ARNOUD VAN DOORN |
1. Sesungguhnya hidayah atau nur Ilahi itu adalah milik mutlak
Allah SWT. Tidak ada manusia yang mampu
memberi hidayah kepada manusia lain hatta Rasulullah SAW sendiri. Hakikat ini
telah Allah tegaskan lebih 1,400 tahun lalu dalam firmanNya dalam surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56) yang
berbunyi:
“Sesungguhnya
kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi
Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.
2. Posting kali ini akan membicarakan seorang lagi penganut agama
Kristian yang telah memeluk Islam.
Beliau ialah Arnoud Van Doorn. Kemasukannya ke dalam agama Islam
membuatkan seluruh negara kelahirannya, Belanda menjadi gempar. Betapa tidak. Beliau adalah teman rapat Geert Wilder yang merupakan
mantan Ketua Parti Kebebasan Belanda (Partij Voor de Vrijheid - PVV). Geert Wilders amat dikenali sebagai
tokoh politik Belanda yang sangat anti Islam. PVV sangat dikenali sebagai parti politik
berhaluan liberal yang lantang menentang Islam. Dengan sokongan Van Doorn,
beliau telah membuat filem bertajuk “Fitna” pada 2008. Filem ini cuba
mengaitkan Al-Quran dan agama Islam dengan aktiviti keganasan.
3. Arnoud Van Doorn dilahirkan pada 18 March 1966 di The Hague,
Belanda. Beliau merupakan salah seorang
pemimpin tinggi dalam parti PVV. Perkara
yang kerap menjadi pertanyaan dalam sanubarinya ialah kenapakah partinya
menjadi sangat membenci agama Islam dan penganutnya. Pertanyaan ini menjadikan
beliau tergerak hati untuk mengetahui dan mempelajari agama Islam dengan lebih
mendalam. Dari sifat ingin tahu beliau inilah yang telah membawa kepada
pengislamannya.
4. Sifat dan naluri ingin tahu itulah menyebabkannya mula membaca
Al-Quran terjemahan, hadis Rasulullah dan buku buku tentang Islam. Bermulalah
dalam hidupnya mengenali Islam dari dekat.
Sebelum ini beliau mengenali Islam dari orang orang yang sangat
membenci agama Islam. Orang-orang yang rapat dengan Van Doorn mengetahui beliau
banyak membaca buku buku tentang Islam
tetapi mereka tidak pernah menyangka Van Doorn akan menganut Islam.
Beliau menghabiskan masa hampir setahun untuk mengkaji Al-Quran, hadis dan
sejumlah kitab agama Islam. Malah dikatakan beliau juga berkesempatan berdialog
dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih dalam tentang agama yang mula
menarik minatnya itu.
5. Semakin lama mempelajari agama Islam, Van Doorn semakin
tertarik dengan Islam. Dia mula merasakan Islam adalah satu agama yang istimewa
berbanding dengan agama Kristian. Apa yang selama ini ada dalam fikirannya bahawa
Islam adalah agama yang fanatik, menindas wanita, tidak toleran, memusuhi agama
Kristian dan Barat mula hilang. Beliau mula mendapati Islam yang sama sekali
berbeda dari apa yang pernah beliau sangka dan fikirkan. Van Doorn juga
menemukan bahawa Islam adalah agama yang mencinta perdamaian, tidak seperti
tuduhan media Barat yang selama ini menggambarkan Islam sebagai agama anutan pengganas. Katanya:
"99 persen kaum muslimin adalah
pekerja keras dan pecinta damai. Jika lebih ramai orang mempelajari Islam yang
benar, semakin ramai orang yang akan
melihat keindahan itu," kata Van Doorn ketika diwawancara oleh MNA.
KETIKA MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH |
6. Jalan menemui hidayah Allah bagi Van Doorn semakin terbuka luas
apabila beliau bertemu dengan seorang
Islam bernama Aboe Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.
Selain menerangkan tentang Islam dengan lebih mendalam, Aboe Khoulani juga bertanggung jawab membawa Van
Doorn ke Masjid As-Soennah di Belanda. Van Doorn telah mengumumkan
pengislamannya pada tahun 2012. Selepas menunaikan haji di Mekah dan
menziarahi makam Rasulullah beliau telah memohon kemaafan kepada ulama di Saudi
di atas penglibatan dan percubaannya menanamkan kebencian kepada agama Islam.
Beliau pernah berkata: “Hinggga kini saya
masih menyesal kerana terlibat menyebarkan filem “Fitna”. Saya mempunyai tanggungjawab untuk
memperbetulkan kesilapan saya di masa lepas”.
7. Pada bulan April 2013, Van Doorn menjelaskan beliau akan menggunakan
pengalamannya untuk menerbitkan filem bertaraf antarabangsa yang menceritakan
kehebatan Nabi Muhammad. Filem berjudul “Muhammad:
Master of Human Beings” itu diusahakan bersama dengan Persatuan Dakwah
Kanada yang bertanggung jawab membawanya menunaikan haji. Hingga Mei 2014, beliau
berkhidmat sebagai ahli Majlis Bandaraya The Hague untuk parti PvdE, sebuah
parti politik berasaskan Islam.
8. Lebih kurang setahun selepas Van Doorn memeluk Islam, jejak
langkahnya telah diikuti oleh anaknya, Iskander Amien De Vries yang berumur 22
tahun. Beliau melihat betapa bapanya menjadi seorang yang bertambah tenang dan
damai setelah masuk Islam. Iskandar bersama sama dengan 37 orang lain telah
memeluk Islam dalam Konvensyen Keamanan Antarabangsa di Dubai. Iskandar
juga mendapat ransangan dari Younis, seorang pemuda Islam yang banyak
membimbingnya kepada agama Islam.
9. Sesungguhnya apa yang berlaku kepada Van Doorne ini bersesuaian
dengan firman Allah SWT di atas. Tidak
ada siapa menyangka beliau boleh berubah 360 darjah. Memeluk Islam dan menjadi
pembela Islam. Pengislamannya akan mengingatkan kita kepada pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab yang asalnya merupakah musuh Islam dan Rasulullah nombor satu tetapi
akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela Islam. Malah beliau telah menjadi khalifah Islam
kedua menggantilakn Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
“ Kita hidup di
dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke
akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampai ke
akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam manna nak sampai
ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat
?...” =Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment