“Sesungguhnya
(amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan
Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haram (Makkah) yang Kami
jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – sama
ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang
berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang
zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya”.
2. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
2.1. “Solat
di masjidku ini lebih baik daripada 1000 kali solat di tempat lain, kecuali di
Masjid Al-Haram.” (Hadis Riwayat Muslim)
2.2. “Janganlah
kamu bersusah payah melakukan perjalanan jauh kecuali menuju ke tiga masjid:
Masjidku ini (Masjid Nawabi), Masjid Al-Haram (diMakkah), dan Masjid AlAqsa.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.3. “Tempat
di antara mimbarku dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman surga. Dan
mimbarku berada di atas telagaku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Apakah keistimewaan yang ada dikedua-dua masjid ini sehingga
ia diberikan kemuliaan oleh Allah SWT?. Tahukah kita bahawa hanya kedua-dua
kawasan masjid ini sahaja yang bercahaya dan cantik apabila dilihat dari
angkasa lepas di waktu malam. Inilah dua
objek dimuka bumi yang memancarkan cahayanya di waktu malam sedangkan tempat
lain dibumi tidak sedemikian.
Subhanallah.
BERCAHAYA WAKTU MALAM. MASJID NABAWI (KIRI) DAN HARAM (KANAN) |
PEMANDANGAN MEKAH DAN MADINAH WAKTU MALAM DARI LUAR ANGKASA LEPAS |
4. Perkara ini telah disahkan oleh angkasawan Russia. Seramai 3 orang angkasawan Russia yang
terdiri dari Anatoli Ivanishin, Anton Shkaplerov dan Dan Burbank telah melawat
Pusat Sains Putera Salman di Riyadh. Lawatan mereka adalah sebahagian dari
program setelah menghadiri Kongres Persatuan Pengembaraan Angkasa Lepas ke 25 yang diadakan
seminggu di Riyadh, Arab Saudi. Kongres ini menjadi forum untuk ahlinya berinteraksi dan
membina program berkaitan angkasa lepas.
Ia merupakan forum perjumpaan terbesar pakar-pakar dunia dalam bidang
angkasa lepas.
ANATOLI IVANISHIN SEMASA MELAWAT PUTERA SULTAN BIN SALMAN |
5. Salah seorang angkasawan berkenaan iaitu Anatoli Ivanishin
telah memberitahu kepada pelajar Arab Saudi di Pusat Sains Putera Salman. Katanya: “Ketika
berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam
gambar bandar raya di bumi pada siang hari. Tetapi sebelah malam, ia begitu
rumit dan kamu perlu menggunakan teknik
khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. Yang
memeranjatkan saya ialah kota Makkah dan Madinah begitu terang berbanding
bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam. Bandar lain tidak begitu jelas
ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak
diduga sama sekali.”
6. Siapakah Anatoli
Alekseyevich Ivanishin (Bahasa Rusian: Анатолий Алексеевич Иванишин). Beliau dilahirkan di Irkutsk Rusia
pada 15.1.1969. Merupakan salah seorang
angkasawan Rusia. Beliau telah pergi ke
angkasa lepas buat pertama kali pada 14.11.2011 menggunakan kapal angkasa Soyuz
TMA-22. Telah berada di angkasa lepas selama 165 hari. Beliau telah berkahwin
dengan Svetlana Ivanishina. Mempunyai
seorang anak lelaki bernama Vladislav.
ANATOLY IVANISHIN |
7. Dalam tahun 1986 Anatoli telah menamatkan pelajarannya di
sekolah menengah di Irkutsk. Dalam tahun tersebut beliau gagal memasuki Sekolah
Tinggi Penerbangan Tentera Chernigov untuk menjadi juruterbang. Oleh itu beliau memasuki Institut Politeknik Irkutsk
dan pada tahun 1987 menamatkan tahun pertamanya. Percubaan kali kedua Anatoli
berjaya memasuki Sekolah Tinggi Penerbangan Tentera pada tahun 1987. Dalam tahun 1991 beliau menamatkan pengajiannya
dengan memperolehi pingat emas. Dalam
tahun 2003 Anatoli menjadi graduan dari Moscow State University dalam bidang
ekonomi, perangkaan dan Teori Maklumat.
8. Kenyataan yang diberikan oleh angkasawan Anatoli Ivanishin ini
membuktikan bahawa kedua-dua masjid ini sememangnya di muliakan oleh Allah
SWT. Tiada penjelasan yang dapat
diberikan oleh Ivanishin kenapa kedua masjid ini cerah bercahaya di waktu
malam. Apa yang kita wajib sedari ialah bukankah kedua-duanya bercahaya kerana
di Masjid Haram itulah terletaknya bangunan yang paling mulia di atas muka
bumi, iaitu Kaabah, Baitullah yang menjadi pusat sembahan orang Islam seluruh
dunia semasa solat. Manakala di dalam Masjid Nabawi pula bersemadinya jasad kekasih
Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW, Rasulullah. Allah SWT pastinya akan memelihara
kemuliaan kedua-dua rumahNya.
“Ketahuilah
bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala
dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan
membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan
rosak.” ~ Mutiara kata Khalifah ‘Ali Karramallah Wajhah
No comments:
Post a Comment