1. Di alam sistem suria kita dikatakan terdapat 9 buah planet.
Nama-nama planet itu ialah Utarid, Zuhrah (Kejora), Bumi, Marikh, Musytari
(Jupiter), Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Dalam sistem suria ini semua planet
bergerak berpusing mengelilingi matahari.
Allah telah menentukan kedudukan dan pergerakan setiap planet supaya ia tidak berlanggar
antara satu sama lain.
2. Diangkasa raya dunia, selain dari planet-planet di atas
terdapat juga pelbagai jenis objek yang boleh jatuh ke bumi dan berkemungkinan
merosakkan bumi. Antara objek-objek itu ialah:
KOMET MELINTASI BUMI |
2.1. Komet: Komet ataupun juga dikenali dengan
nama bintang berekor adalah objek angkasa yang mirip asteroid, tetapi hampir
seluruhnya terbentuk dari gas (karbon dioksida, metana, air) dan debu yang
membeku. Ekor komet terhasil kerana pembalikan cahaya matahari. Komet memiliki
orbit atau laluan pergerakannya. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan ukurannya.
Semakin dekat komet tersebut dengan matahari, semakin panjanglah ekornya. Ada
juga komet yang tidak berekor. Komet bergerak mengelilingi matahari
berkali-kali tetapi peredarannya memakan waktu yang lama. Komet dibezakan mengikut
tempoh waktunya mengorbit matahari. Waktu
mengorbit paling pendek adalah kurang dari 200 tahun dan waktu yang paling
panjang pula melebihi 200 tahun.
ASTEROID MENGHAMPIRI BUMI |
2.2. Asteroid: Ia adalah objek dari langit. Struktur badannya terdiri dari batu, karbon,
dan logam. Sama seperti objek langit lain ia juga mengorbit matahari. Bersaiz
agar kecil dan padat yang terdapat dalam sistem suria dunia. Asteroid adalah contoh
dari sejenis planet kecil atau disebut juga planetoida. Saiznya jauh lebih kecil dari sebuah planet. Asteroid
berada dalam lingkungan antara
planet Marikh dan Jupiter.
METEOROID DI ANGKASA RAYA |
2.3. Meteoroid: Ia adalah batu-batu angkasa
berukuran kecil yang melayang-layang bebas di angkasa dan bergerak pantas.
Lintasan meteoroid tidak teratur dan ia tidak mengorbit matahari.
2.4. Meteor: Meteor atau juga dipanggil tahi
bintang ialah meteoroid yang tertarik masuk ke dalam atmosfera bumi kerana
pengaruh tarikan graviti bumi. Meteroid mengalami pergeseran yang hebat di atmosfera bumi dan menyebabkannya terbakar. Meteoroid yang terbakar inilah yang disebut
meteor. Penduduk bumi boleh melihat meteor yang terbakar ini dan ia dikatakan sebagai
tahi bintang yang jatuh ke bumi. Meteor yang jatuh ke bumi dipanggil meteorit.
GAMBARAN METEOR JATUH KE BUMI |
METEORIT |
3. Kesimpulannya ialah runtuhan asteroid dan komet dikatakan
meteoroid. Jika sudah memasuki atmosfera bumi dan terlihat cahayanya ia disebut
meteor. Jika meteor ini mampu sampai dan
jatuh dipermukaan bumi/tanah ia
dipanggil meteorit. Jika berlaku
perlanggaran sesebuah objek di langit, maka serpihannya kemungkinan akan
bertebaran jatuh ke bumi. Saintis yang
mengkaji bidang astronomi mengesahkan serpihan yang jatuh ada yang bersaiz
besar dan mampu mencapai berat hingga ribuan tan.
4. Peristiwa hentaman meteor ke bumi sudah acap kali berlaku. Namun yang paling hebat ialah apa yang
berlaku 107 tahun lalu, iaitu pada 30 Jun 1908. Meteor terbesar telah menghentam
bumi di daerah Tunguska, Siberia Rusia. Kesan hentakannya dapat dirasai hingga 64
kilometer dari tempat kejadian. Pengkaji menganggarkan ukuran meteor itu ialah
sekitar 60 hingga 190 meter. Kekuatan ledakan yang dihasilkan mencapai 30
megaton. Kekuatan ledakan sehebat ini dianggarkan sama dengan kekuatan ledakan
1000 kali bom nuklear yang pernah digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat di kota
Hiroshima Jepun pada tahun 1945. Ledakan meteor Tunguska ini telah membakar sekitar
80 juta pokok di kawasan seluas 2.15 kilometer persegi dan ia terasa seperti gempa
bumi dengan kekuatan 5 skala Richter.
KESAN HENTAMAN METEOR DI TUNGUSKA, RUSIA |
5. Sesungguhnya amaran akan berlakunya kejadian hentaman meteor (tahi
bintang) ke bumi ini telahpun difirmankan oleh Allah SWT lebih 1,400 tahun lalu
dalam Al-Quran. Firman- firman Allah itu
ialah dalam surah-surah berikut:
5.1. Surah Al-Mulk [Kerajaan](67:16) yang berbunyi:
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut)
kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi
menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu
di bawahnya)?”
(67:17)
“Atau patutkah kamu merasa aman (tidak
takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan
kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu
akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?”
(67:18)
“Dan demi sesungguhnya! orang-orang
(kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu
mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya
kesan kemurkaanKu.”
5.2. Surah Saba [Negeri Saba](34:9) yang
berbunyi:
“(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat
tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan
yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan
diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami
gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan
membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang
memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadanya
(dengan taat dan berbakti)”.
6. Rasulullah SAW juga telah bersabda tentang peristiwa akhir
zaman ini. Antaranya ialah:
6.1. "Pada
umat ini akan terjadi (di akhir zaman) penenggelaman bumi, hujan batu dan
pengubahan rupa. Ada seorang dari kaum muslimin yang bertanya, bilakah peristiwa
itu akan terjadi? Rasulullah menjawab, " Apabila muzik dan nyanyian telah
maharajalela dan khamr (arak) telah dianggap halal. (Hadis Riwayat
Termizi).
6.2. "Menjelang
terjadinya Kiamat akan terjadi pengubahan rupa, penenggelaman bumi dan hujan
batu." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
7. Berlakunya peristiwa hentaman bumi ini hanyalah mengesahkan
kebenaran dan ketepatan apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang Maha
Mengetahui dalam Al-Quran. Ini satu lagi bukti bahawa Al-Quran itu datangnya
dari pencipta manusia dan alam semesta. Adakah ramalan seperti dalam Al-Quran
ini juga ada dalam kitab-kitab agama yang lain di dunia?. Jawabnya sudah tentu tidak. Bukankah ini
bukti nyata bahawa Islam itu agama yang benar?. Kenapakah manusia mesti
menafikannya.
“Syaitan lebih
suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim
apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya
sedangkan orang jahil tidak begitu” – Mutiara Kata Imam Abdullah bin Alwi
al-Haddad al-Husaini
No comments:
Post a Comment