1. Dalam Surah Al-Israq [Memperjalankan
Waktu Malam](17:82), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
2. Firman Allah di atas jelas membuktikan bahawa isi kandungan Al-Quran itu bukan hanya sekadar menjelaskan
perintah, larangan, ancaman dan lain-lain dari Allah SWT malah ia juga boleh
menjadi penawar (ruqyah) untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit dengan izin
Allah. Antara ayat-ayat yang sesuai untuk meruqyah adalah surah Al-Fatihah,
ayat Kursi (ayat ke-255 dalam surah Al-Baqarah), dua ayat terakhir dalam surah
Al-Baqarah (ayat 285-286), dan tiga surah terakhir dalam Al-Quran (Al-Ikhlas,
Al-Falaq, An-Nas) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Namun
demikian pada umumnya semua ayat Al-Quran dapat menjadi terapi penyembuhan dan
pencegahan dari berbagai penyakit, insya Allah.
3. Mari sama-sama kita menghayati kesah berikut untuk membuktikan
kebenaran firman Allah SWT dalam Surah Al-Israq di atas. Kesah benar ini diceritakan oleh seorang wanita yang tinggal di sebuah kota kecil di Arab Saudi. Wanita ini memiliki seorang anak perempuan bernama Asma, seorang gadis kecil yang cerdas dan mampu
menghafal Al-Qur'an.
4. Sejak Asma masih kecil, suami wanita ini terbaring koma di hospital.
Kejadian itu berlaku pada 9 Ramadhan
tahun 1395 H (sekitar tahun 1975 Masihi).
Sisuami terlibat dalam kemalangan kereta yang dahsyat. Kereta yang
ditumpanginya terbalik ketika pulang dari tempat kerja di timur Arab Saudi
menuju Riyadh. Kemalangan itu begitu hebat hingga membuatnya koma. Dia segera
dikejarkan ke hospital. Kumpulan doktor
pakar yang merawatnya mengatakan suami wanita itu mengalami kelumpuhan otak. 95
peratus otaknya telah mati. Ketika itu Asma belum cukup mengerti keadaan
ayahnya. Setiap kali Asma bertanya ke mana ayahnya, si ibu selalu merahsiakannya dan tidak bercerita apa yang sebenarnya.
5. Kini Asma sudah berusia
15 tahun. Dia juga sudah boleh menghafal Al-Qur’an dan kelihatan lebih dewasa
dari usianya. Asma juga telah memahami keadaan ayahnya. Sementara sisuami masih
terbaring koma, siisteri pula terus menunggu dan menjaganya dengan penuh
harapan agar sembuh. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Ujian
kesetiaan kepada sisuami pun tiba setelah lima tahun berlalu apabila ada orang menyarankan kepada si isteri
agar berkahwin dengan orang lain. “Tidak,” jawab si isteri dengan tegas.
“Selama suamiku belum dikembumikan, aku akan tetap menjadi isterinya.”
GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN |
7. Asma pun kemudian mengangkat tangannya dan berdoa: “Yaa Rabbi, Yaa
Hayyu…Yaa ‘Adziim… Yaa Jabbaar… Yaa Kabiir… Yaa Mut’aal… Yaa Rahmaan… Yaa
Rahiim… ini adalah ayahku, seorang hamba dari hamba-hambaMu, dia telah ditimpa
penderitaan dan kami telah bersabar, kami Memuji Engkau…, kami beriman dengan
keputusan dan ketetapanMu baginya…
Ya Allah…, sesungguhnya dia berada di bawah kehendakMu dan kasih
sayangMu.., Wahai Engkau yang telah menyembuhkan Nabi Ayub dari penderitaannya,
dan telah mengembalikan Nabi Musa kepada ibunya… Yang telah menyelamatkan Nabi
Yunus dari perut ikan paus, Engkau Yang telah menjadikan api menjadi dingin dan
keselamatan bagi Nabi Ibrahim… sembuhkanlah ayahku dari penderitaannya…
Ya Allah… sesungguhnya mereka telah menyangka bahawasanya dia tidak
mungkin lagi sembuh… Ya Allah milikMulah kekuasaan dan keagungan, sayangilah
ayahku, angkatlah penderitaannya…”
8. Sebelum Subuh rasa mengantuk datang lagi dan Asma pun tertidur.
“Siapa engkau, mengapa engkau ada di sini?”. Suara itu menjadikan Asma tersedar dari tidurnya. Dia
menoleh ke kanan dan ke kiri. Mencari dari mana datang suara itu. Tetapi tidak
ada orang. Asma terkejut! Subhanallah, Masyaallah. Betapa bahagia dirinya kerana suara
itu adalah suara ayahnya. Dia telah sedar dari koma panjangnya. Begitu
gembiranya Asma lalu terus memeluk ayahnya yang masih terbaring. Siayah terkejut. “Takutlah
engkau kepada Allah. Engkau tidak halal bagiku” kata si ayah. “Aku ini anakmu wahai
ayah. Aku Asma” kata Asma kepada ayahnya. Ayahnya kelihatan seperti orang yang sangat kehairanan. Asma segera memberitahu doktor apa yang telah terjadi.
9. Para doktor yang bertugas pada pagi itu segera ke katil ayah Asma. Para doktor hanya mampu mengucapkan
“Allahuakbar, Subhanallah dan MasyaAllah”. Mereka tidak percaya sama sekali dengan peristiwa yang menakjubkan ini.
Bagaimana mungkin otak yang telah mati kini kembali berfungsi? Ini benar-benar tanda
kekuasaan Allah SWT.
10. Ketika Asma dan ibunya menceritakan kepada ayahnya bahawa dia telah koma selama
15 tahun si ayah terus bertasbih dan memuji Allah. “Sesungguhnya Allah Maha
Pengasih dan Penyayang. Dialah yang menjaga hamba-hambaNya” kata ayahnya.
11. Semoga kesah ini menjadi inspirasi para pembaca, khususnya mereka
yang memiliki anak-anak yang sedang membesar, agar mereka dididik menjadi
zuriat yang soleh dan solehah, keturunan yang menjadi cahaya mata untuk kedua
ibu bapanya. Galakan hendaklah diberikan kepada anak-anak agar mereka dapat membaca Al-Quran dengan baik. Anak yang soleh adalah merupakan barakah bagi kedua ibu bapa mereka. Selain itu kita hendaklah menyakini sepenuhnya bahawa Al-Quran itu
mampu menyembuhkan penyakit manusia. Selain dari berubat dengan cara moden,
jangan lupa untuk membaca Al-Quran sambil berdoa kepada Allah SWT agar menyembuhkan penyakit yang kita alami.
Bacaan surah Al Baqarah oleh Sheikh Saad AlGhamidi
“Aku mengamati
semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang
menjaga lidahnya. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan
pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis
amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat
yang baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang
lebih baik daripada sabar”. ~ Mutiara Kata Saidina Umar bin Al-Khattab
No comments:
Post a Comment