1. Sejarah telah merakamkan pembinaan piramid di Lembah Raja-Raja,
bandar purba Giza, Mesir semenjak lebih 3,300 tahun yang lalu. Terdapat tiga
piramid yang terkenal iaitu Piamid Khufu, Piramid Menkaure dan Piramid Khefre.
Ia dikatakan mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Bangunan yang dianggap 7
perkara ajaib di dunia ini digunakan untuk menyimpan mayat/mumia dan harta
kepunyaan raja (firaun) Mesir purba. Semenjak penemuannya ia menimbulkan
kehairanan ramai orang dan pengkaji sejarah purba. Bangunannya yang dibina dari batu besar menimbulkan tanda
tanya yang amat besar. Dari manakah batu yang
sangat besar dan berat yang setiap seketul melebihi 1 tan itu diperolehi. Dan bagaimanakah pula ia disusun?. Ini kerana kawasan sekitarnya adalah padang
pasir dan tidak ada gunung ataupun bukit berbatu. Sewaktu piramid dibina ia dikatakan
berukuran 145.75 meter (481 kaki) tinggi. Setelah ribuan tahun berlalu, piramid
telah hilang 10 meter (30 kaki) ketinggiannya akibat hakisan.
2. Kajian-kajian terbaru tentang rahsia pembinaan piramid ini
telah ditemui. Misalnya akhbar American Times keluaran 1.12.2006 telah
menyiarkan berita ilmiah yang mengesahkan bahawa rakyat Firaun telah menggunakan tanah
liat untuk membina piramid. Pengkaji berpendapat rakyat Firaun mahir dalam ilmu
kimia dan mengolah tanah liat. Walau
bagaimanapun kaedah yang mereka gunakan masih menjadi misteri hingga kini. Berita
yang telah diterbitkan dalam majalah “Journal
of American Ceramic Society” menegaskan bahawa rakyat Firaun menggunakan jenis
tanah slurry untuk membina piramid.
DR. JOSEPH DAVIDOVITS |
3. Menurut penelitian pengkaji dari Perancis dan Belgium, mereka menyebutkan
bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid berasal dari tanah liat yang
dibakar. Profesor Dr. Joseph Davidovits seorang saintis dari Peranchis telah melakukan
eksperimen selama dua puluh tahun lamanya. Beliau telah mengambil contoh batu piramid
untuk dianalisis dengan menggunakan mikroskop elektron. Hasilnya beliau
merumuskan batu piramid diperbuat dari lumpur atau tanah liat terutama dibahagian
atasnya di mana sukar untuk menaikkan batu yang besar. Seorang lagi pengkaji, iaitu Profesor Guy Demortier
dari Universiti Namur, Belgium berkata setelah bertahun-tahun melakukan kajian barulah ditemui bahawa piramid diperbuat dengan menggunakan tanah
liat.
PROF.GUY DOMERTIER |
4. Rupa rupanya rahsia bahan binaan piramid yang amat dikagumi dan menjadi salah
satu perkara ajaib di dunia ini telahpun dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang diturunkan
kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lalu. Apakah dalilnya. Dalam Surah Al-Qashah [Kisah-kisah] (28:38), Allah SWT telah berfirman yang
berbunyi:
“Dan
Firaun pula berkata: “Wahai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu
tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah tanah liat,
serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa
(yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari
orang-orang yang berdusta”.
5. Ayat
di atas membuktikan bahawa binaan bangunan tinggi pada zaman Firaun/Nabi Musa
ialah dengan menggunakan tanah liat yang
dibakar. Ia disokong oleh penemuan
pengkaji moden abad ini seperti huraian di atas yang mengesahkan bahawa piramid dibina
dari bahan tanah liat.
6. Bukankah mustahil sama sekali untuk Rasulullah SAW mengetahui binaan piramid
itu dari tanah liat kerana jarak masa Firaun/Nabi Musa dengan Rasulullah ialah melebihi
2,000 tahun. Malah di Mekah sendiri pada zaman Rasulullah tidak ada bangunan
tinggi yang diperbuat dari tanah liat. Justeru
yang pastinya ialah perkhabaran dalam Al-Quran seperti ayat di atas sudah tentu
dari tuhan yang menurunkan Al-Quran itu sendiri.
Ini adalah satu lagi bukti bahawa Al-Quran itu adalah dari tuhan seluruh
alam dan bukannya ciptaan manusia yang bernama Muhammad.
7. Apakah tidak ada keyakinan lagi kepada orang bukan Islam untuk
menyakini bahawa Islam adalah agama yang benar yang datangnya dari tuhan yang Maha Besar, Maha Benar, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
“Janganlah
seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya”. ~ Mutiara kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah
No comments:
Post a Comment