Sunday, 10 May 2015

TANDA-TANDA HATI (QALBU) YANG MATI



1.  Hati atau dalam bahasa Arabnya ‘Qalbu’ adalah perkara terpenting dalam diri setiap manusia. Ia seumpama raja atau penguasa dalam diri manusia. Hatilah yang menentukan halatuju hidup seseorang sedangkan anggota lainnya hanya mengikut sahaja arahan hati. Hati yang dimaksudkan dalam konteks ini bukanlah hati zahir (liver) yang dapat dilihat oleh mata kasar apabila kita membedah dada manusia. Maksud hati di sini ialah hati batin yang kewujudannya dapat dirasai oleh perasaan dalaman kita, iaitu hati yang darinya lahir iman atau kufur, ikhlas atau riyak, redha atau kecewa, tenang atau resah dan sebagainya.

2.      Berkaitan hati ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ

فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).

3. Dari hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa perjalanan hidup manusia ditentukan oleh hatinya. Jika hatinya bersih, elok dan baik maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota badannya juga akan turut bersih, elok dan baik. Kesannya tangan akan hanya mengambil benda/barang yang baik yang tidak mendatangkan dosa.  Mata pula hanya akan memandang kepada benda-benda yang baik-baik dan tidak haram. Telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang baik. Kaki pula hanya akan berjalan ke tempat-tempat yang elok dan begitulah dengan anggota lainnya. Sebaliknya jika hati kotor, jahat dan fasiq maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya. Hati adalah tempat berbunga dan berputiknya pelbagai perasaan, tumbuh menjadi sumber ilham kepada kebaikan dan keburukan ataupun keimanan dan kekufuran.

4.  Berkaitan dengan hati ini Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran dalam surah-surah berikut:

          4.1.   Surah Al-Hajj [Haji]  (22:46) yang berbunyi:


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”.

4.2.   Surah Al-A’araf [Tempat Tinggi](7:179) berbunyi:
 

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.

4.3.   Surah At-Taubah[Pengampunan](9:87) yang berbunyi:


“Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka dimeteraikan atasnya, sehingga mereka tidak dapat memahami sesuatu”.

4.4. Surah Al-Israq [Perjalanan Waktu Malam](17:46) pula berbunyi:


“Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri”.

          4.5.   Surah Qaf (50:37) berbunyi:


“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya”.

5.    Hati yang kotor boleh mengakibatkan kapasiti ruangnya menjadi rimas, gelap dan bahkan mati. Jika hati sudah mati maka seluruh anggota juga akan turut mati. Dalam konteks ini, Abu Hurairah RA pernah berkata, "Hati ibarat panglima, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika panglima itu baik maka akan baik pulalah tenteranya. Jika panglima itu buruk maka akan buruk pula tenteranya."

6.   Apakah pula akibat dari hati yang mati. Kita boleh mengenali keadaan seseorang apabila hatinya telah mati.  Antara tanda-tandanya ialah:

6.1.  Taarikush shalah, meninggalkan solat tanpa uzur atau tidak dengan alasan yang dibenarkan oleh syarak. Sebaik sahaja solat yang menjadi tiang agama ditinggalkaan maka segala kemaksiatan dan kejahatan lain akan hadir dalam hidup seseorang.

6.2.  Adz-dzanbu bil farhi, iaitu melakukan kemaksiatan dan dosa dengan rasa bangga  dan tidak merasa bersalah atau berdosa. Pemilik hati yang mati akan merasa nikmat dalam kemaksiatan dan dosanya.

6.3. Karhul Qur'an, iaitu benci kepada Al-Quran. Allah telah menganugerahkan Al-Quran yang merupakan mukjizat kepada orang Islam untuk menjadi  pedoman bagi menyelamatkan mereka. Tetapi bagi orang yang mati hatinya mereka tidak mahu kepada pedoman Al-Quran  bahkan mereka akan membencinya dan tidak senang terhadap orang  yang membaca, memuliakan dan beramal dengan ajaran dalam Al-Quran.

6.4.  Hubbul ma'asyi, iaitu gemar melakukan maksiat dan mencintai kemaksiatan. Mereka mengikut hawa nafsu yang akan membawa kepada tertutupnya mata hatinya sehingga sukar menerima cahaya Ilahi. Mereka lebih  senang berbuat maksiat daripada beribadat kepada Allah SWT.

6.5.   Asikhru, iaitu memiliki sifat buruk sangka kepada orang lain serta merasa hanya dirinya lebih mulia dari orang lain. 

6.6.  Ghodbul ulamai, iaitu sangat benci dengan nasihat baik dan fatwa-fatwa dari ulama.  

6.7.  Qolbul hajari, iaitu tidak ada rasa takut akan peringatan tentang kematian, azab di alam kubur dan kehidupan di negeri akhirat.

6.8.   Himmatuhul Bathni, iaitu gila kepada dunia sehingga melupakan halal haram.  Yang difikirkan hanyalah kaya semata-mata. 

6.9.  Ghodhbaanun, iaitu sifat cepat marah, angkuh dan dengki kepada orang lain.

7. Berwaspadalah dengan penyakit hati (qalbu) ini.  Ia boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka Allah. Nauzubillah. Suburkan dan peliharalah iman kita dengan menjaga hati agar sentiasa berada di atas landasan ketaqwaan yang diajarkan oleh Rasulullah SWT.

“Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya sehinggalah dia melepaskan perhiasan itu.” ~ Mutiara kata Sayidina Abu Bakar Assyiddiq

Sebahagian kandungan dari republika.co.id

1 comment:

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete