Wednesday, 6 May 2015

KENAPA MANDI JUNUB PERLU DISEGERAKAN

 


1.  Adalah menjadi kelaziman bagi pasangan yang melakukan perhubungan kelamin untuk terus tidur selepas jimak.  Ini kerana masing-masing keletihan. Mereka menunda mandi junub hingga bangun tidur diwaktu paginya.  Tahukah kita bahawa perbuatan melengah-lengahkan mandi junub ini sesuatu yang tidak baik.  Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khas bertajuk "Ancaman Menunda Mandi Junub Tanpa Alasan".  Dalam bab itu dimasukkan dua hadis sahih yang menjelaskan keburukan menunda mandi junub tanpa alasan. Apakah keburukannya?. Orang yang menunda mandi junub tidak akan didekati oleh malaikat rahmat. Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

ثَلَاثَةٌ لَا تَقْرَبُهُمُ الْمَلَائِكَةُ الْجُنُبُ وَالسَّكْرَانُ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوْقِ

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq." (Hadis Riwayat Al Bazzar).  Yang dimaksudkan dengan minyak wangi khaluq ialah minyak wangi dengan gabungan za'faran dan lain-lain serta ia didominasi oleh warna merah dan kuning.

2.   Hadis lain dalam bab menunda mandi junub menjelaskan bahawa tidak didekati malaikat rahmat kerana menunda mandi junub tanpa berwuduk. Rasulullah SAW bersabda:


ثَلاَثَةٌ لاَ تَقْرَبُهُمُ الْمَلاَئِكَةُ جِيفَةُ الْكَافِرِ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوقِ وَالْجُنُبُ إِلاَّ أَنْ يَتَوَضَّأَ       

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat: bangkai orang kafir, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan orang junub kecuali jika dia berwuduk" (Hadis Riwayat Abu Daud).

3.   Dijelaskan oleh Al Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis di atas adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia setiap saat. Oleh itu bagi orang yang menunda mandi junub maka dia tidak didekati oleh malaikat rahmat. Jadi apakah seseorang itu harus segera mandi junub sebaik selesai jimak?.  Rasulullah SAW memberi contoh, selepas bersama isterinya, kadang-kadang beliau terus mandi junub dan kadang kala tidak terus mandi junub. Ketika beliau tidak terus mandi junub beliau berwuduk dahulu sebelum tidur.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً

4.  Dari Abdullah bin Abi Qais beliau berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah SAW. Lalu dia menyebutkan suatu hadis. Aku bertanya lagi, 'Bagaimana yang Rasulullah lakukan ketika dalam keadaan junub, apakah beliau terus mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi junub? 'Aisyah menjawab,' Sungguh semuanya telah dilakukan beliau. Kadang kala Rasulullah mandi lalu tidur, kadang kala beliau berwuduk lalu terus tidur. 'Aku berkata lagi,' Segala puji bagi Allah yang memberikan keringanan dalam perkara tersebut'. "(Hadis Riwayat Muslim).

“Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang menjaga lidahnya. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar”. ~ Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab.

Sebahagian kandungan dari sumber detikislam.blogspot

No comments:

Post a Comment