1. Dalam Surah Al-Baqarah
[Lembu Betina](2:222) Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:
"Mereka
bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu
kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di
waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci".
2. Berkaitan dengan wanita haid ini Rasulullah SWT telah bersabda
yang bermaksud:
2.1. Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW
bersabda: “Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
2.2. Dari Siti Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengkada’
puasa dan tidak mengkada’ solat."
2.3. Dari Abu Sai’d, Rasulullah SAW bersabda:
“Bukankah bila wanita haid dia tidak solat
dan tidak pula puasa? Itulah keringanan agama bagi wanita.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
2.4. Dari Mu’adzah, dia berkata bahawa ada seorang
wanita yang bertanya kepada ‘Aisyah, “Apakah
kami perlu mengkada’ solat kami ketika telah suci?” ‘Aisyah menjawab, “Apakah engkau seorang Haruri?. Dahulu
kami mengalami haid di masa Rasulullah masih hidup, namun beliau tidak
memerintahkan kami untuk mengkada’nya. Atau ‘Aisyah berkata, “Kami pun tidak mengkada’nya.” (Hadis
Riwayat Bukhari).
3. Darah haid berwarna hitam pekat dan berbau busuk keluar dari
kemaluan wanita pada waktu-waktu tertentu masa pusingan haidnya. Para ulama telah bersepakat bahawa
diharamkan solat bagi wanita dalam haid dan nifas, samada solat wajib ataupun
solat sunat. Mereka juga sepakat bahawa wanita haid tidak perlu mengkada’ atau
menggantinya ketika telah suci. Solat adalah ibadah yang paling utama dalam
Islam kerana ia adalah ibadah yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di
Padang Mahsyar nanti. Ibadah ini
merupakan saluran perhubungan seorang hamba kepada tuhan dan penciptaNya. Dalam posting pada 12.2.2015 lalu yang bertajuk
“Hikmah DiSebalik Pergerakan Dalam Solat” telah dihuraikan kebaikan solat untuk
kesihatan manusia.
4. Dalam posting kali kita akan dapat melihat manfaat solat untuk
ibu yang sedang hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan
bersolat dan berpuasa?. Inilah jawapan kepada persoalan ini menurut kajian perubatan
moden. Beberapa kajian perubatan moden membuktikan bahawa pergerakan badan seperti dalam solat banyak memberikan manfaat
bagi ibu yang hamil. Namun begitu pergerakan seperti ini berbahaya bagi wanita dalam
haid. Mengapa?:
4.1. Ketika wanita sedang bersolat dalam pergerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah. Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapat zat dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantu membawa darah yang cukup ke janin.
4.2. Bagi wanita yang datang haid pula, jika mereka
mengerjakan solat akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Kesannya
akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana ia akan keluar bersama darah
haid. Semasa sedang haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34
mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain juga. Jika wanita haid menunaikan
solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di badannya akan rosak. Ini kerana sel darah putih yang berperanan sebagai imun
akan hilang dibawa bersama darah haid. Mengalirnya darah akan meningkatkan
kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan
penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat
menjaga badan dan melawan pelbagai penyakit. Jika wanita solat ketika haid,
maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti dia akan
kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya
seperti limpa dan otak mudah diserang penyakit.
4.3. Inilah hikmah besar disebalik larangan kepada
wanita haid agar tidak melakukan solat hingga mereka berada dalam keadaan suci
semula. Disamping itu, gerakan fizikal ketika sujud dan rukuk akan menambah
aliran darah ke rahim. Selain dari itu, wanita haid bersolat akan menyebabkan
kekurangan zat besi dari badannya.
5. Kenapakah pula Islam melarang wanita
berpuasa ketika haid. Kita kerap mendengar doktor akan menasihatkan supaya
wanita dalam haid agar banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Nasihat
ini selaras dengan larangan untuk berpuasa semasa haid.
Ini kerana menurut kajian perubatan berkaitan darah, magnesium dan zat besi dalam badan
yang berharga yang keluar bersama darah haid dapat digantikan dengan zat makanan
yang dimakan semasa dalam haid.
6. Larangan berpuasa bagi wanita dalam haid dapat dilihat dalam
keterangan berikut:
6.1. Mu’adzah pernah bertanya kepada Saiyidatina
‘Aisyah: “Kenapakah wanita yang haid perlu
mengkada’ puasa tetapi tidak perlu mengkada’ solat?”. Maka Aisyah menjawab,
“Apakah kamu dari golongan Haruriyah?”
Aku menjawab: “Aku bukan Haruriyah, akan
tetapi aku hanya bertanya”. Aisyah menjawab, “Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk
mengkada’ puasa dan tidak diperintahkan untuk mengkada’ solat’.” (Hadis
Riwayat Muslim).
6.2. Berdasarkan keterangan di atas, para ulama
memutuskan bahawa wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak wajib berpuasa
tetapi wajib mengkada’ solatnya.
7. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya
setiap larangan dan suruhan dalam agama Islam itu pastinya untuk kebaikan manusia. Faedahnya hanya akan diketahui apabila kajian
mengenainya dilakukan. Al-Quran itu bukanlah
sebuah buku cerita atau novel sehingga boleh menjelaskan segala-galanya. Begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah SAW. Inilah satu lagi bukti bahawa agama Islam itu ialah agama yang serba lengkap dan sempurna.
“Manusia yang
paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah
daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.” –
Mutiara kata Imam Al-Ghazali.
Sebahagian kandungan dipetik dari detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment