Saturday, 2 May 2015

KENAPA ISLAM LARANG KENCING SAMBIL BERDIRI


1.  Sesungguhnya Islam adalah agama yang serba lengkap.  Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Maidah [Hidangan](5:3) yang berbunyi:


“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

2.  Firman di atas yang berwarna merah adalah wahyu terakhir dari Allah kepada Rasulullah yang juga merupakan ayat terakhir dari Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah.  Allah telah memberikan jaminan bahawa agama Islam telahpun sempurna dan lengkap sepenuhnya.  Masakan tidak sempurna, perkara kecil seperti kencing pun diajar oleh Rasulullah.  Mana ada agama di atas muka bumi ini mengajar penganutnya cara untuk kencing.

3. Kencing sambil berdiri bukanlah haram di sisi agama Islam tetapi kencing secara duduk itu adalah sunah kerana itulah amalan Rasulullah SAW. Saiyidatina Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.  Katanya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Rasulullah SAW pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (Hadis Riwayat Termizi). 

4. Kenapa Rasululah SAW mengajar umatnya kencing sambil duduk.  Jawapannya ialah kerana kebaikan dari segi keshatan. Bila kita kencing sambil berdiri air yang sepatutnya keluar sehingga ke titisan terakhir akan tersumbat di dalam punci kencing dan ia akan bertakung di situ. Ini adalah salah satu punca berlakunya penyakit batu karang. Kencing sambil berdiri juga boleh menyebabkan air kencing yang najis itu boleh terkena pakaian atau betis dan kaki kita.  Malah budaya orang Melayu sendiri menganggap kencing berdiri ini sesutau yang tidak sopan.

5.  Kencing berdiri juga boleh memungkinkan terjadinya penyakit lemah  tenaga batin (syahwat) bagi orang lelaki. Penyakit ini terjadi kerana sisa-sisa air kencing dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan kencing sambil duduk mencangkung.  Dalam keadaan ini tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Dalam posisi ini saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas. Ini akan memudahkan air kencing keluar sepenuhnya. Kita juga digalakkan berdehem selepas kencing bagi menjamin semua air kencing keluar. 

6.  Terdapat berita yang mengatakan Menteri Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shen telah mencadangkan supaya rakyat negaranya kencing sambil duduk mencankung seperti sunnah Rasulullah. Badan Perlindungan Persekitaran Taiwan (EPA) mendedahkan Encik Stephen Shen memang selalu duduk mencakung  bila kencing, samada di rumah ataupun di tandas awam. Badan itu mengatakan, kebiasaan kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Pegawai-pegawai Taiwan mengatakan mereka akan meminta pihak berkuasa daerah memasang tanda di tandas-tandas awam meminta agar orang  lelaki kencing sambil duduk. Dianggarkan terdapat sekitar 100,000 buah tandas umum seluruh Taiwan. "Kami ingin belajar dari Sweden dan Jepun. Di Jepun, kami mendengar 30 peratus orang lelaki buang air kecil sambil duduk." kata Pengarah Sanitasi Persekitaran dan Zat Toksik EPA Taiwan, Yuan Shaw-jing kepada BBC London. 

7. Cadangan kencing sambil duduk di Taiwan ini bukan kali pertama. Sebelumnya beberapa ahli politik sayap kiri di Sweden juga pernah mencadangkan undang-undang baru yang melarang orang lelaki kencing sambil berdiri. Beberapa alasan dan kebaikan dari kencing sambil duduk dikemukakan oleh ahli politik tersebut. Parti Sosialis dan Feminis di Sweden mendakwa lebih bersih (hygine) bila seorang lelaki duduk ketika kencing. Selain itu ia baik untuk kesihatan dan dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

8. Siapakah yang mengarahkan Rasulullah kencing sambil duduk.  Jawapannya tentulah Allah SWT. Allah yang mencipta manusia dengan seluruh sistem dalam badan manusia termasuk perkumuhannya. Tidak ada orang yang lebih pandai dan faham kekuatan dan kelemahan sebuah kereta Honda jika bukan jurutera kereta Honda dari Jepun. Begitu jugalah Allah SWT yang pastinya maha mengetahui manusia yang diciptanya. Bukankah tidak ada lagi agama lain yang lebih baik dari Islam.

“Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah”.- Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah.

Sebahagian kandungan dari nahimunkar.com

No comments:

Post a Comment