1. Semenjak Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400
yang lalu Allah SWT telahpun memberitahu kepada Rasulullah adanya gunung yang
berwarna-warna seperti warna pelangi. Firman Allah SWT itu ialah dalam Surah Fathir [Pencipta](35:27) yang berbunyi”
"Tidakkah
engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami
hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung
itu ada garis-garis putih dan merah, yang beranika macam warnanya dan ada
(pula) yang hitam pekat."
2. Ketika menjelaskan ayat ini di dalam tafsirnya, Ibnu Kathir
berkata: "Dia menciptakan
gunung-gunung yang beraneka macam warnanya sebagaimana yang dapat kita
saksikan, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Pada sebahagiannya
ada yang bergaris-garis." Tafsir yang datang dari ulama muta'akhirin
lebih terperinci dalam menjelaskan "gunung
aneka warna". Misalnya tafsir Fi Zhilalil Qur'an yang ditulis Sayyid
Qutb. Bahawa warna-warna batu disebutkan setelah warna-warna buah-buahan memberi
pengertian dan isyarat bahawa adanya gunung yang mempunyai pelbagai warna.
3. Pada hari ini kita dapat melihat gunung berwarna warni
seperti pelangi ini di kawasan kota Zhangye, Wilayah Gansu, China.
Dikatakan kawasan gunung itu berkeluasan lebih 500 kilometer persegi. Gunung ini dipenuhi dengan pelbagai warna
seperti biru, kuning, hitam, merah, hijau, coklat dan sebagainya. Warnanya pula
tersusun bergaris-garis yang kelihatan sangat cantik. Gunung yang merupakan
sebahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park ini lebih dikenali
dengan nama Gunung Pelangi (Rainbow Mountains). Lihat gambar-gambar di bawah. Pasti kita akan bertasbih dan membesarkan Allah SWT.
Klik Video
4. Gunung Pelangi juga boleh didapati di Iceland. Ia adalah Gunung Brennisteinsalda dengan pemandangan warna warni unik yang terdapat di Landmannalaugar, Iceland Selatan. Gunung ini merupakan sebahagian dari Fjallabak Nature Reserve, Iceland. Lihat gambar-gambar di bawah:
4. Gunung Pelangi juga boleh didapati di Iceland. Ia adalah Gunung Brennisteinsalda dengan pemandangan warna warni unik yang terdapat di Landmannalaugar, Iceland Selatan. Gunung ini merupakan sebahagian dari Fjallabak Nature Reserve, Iceland. Lihat gambar-gambar di bawah:
6. Subhanallah. Maha Besar dan Maha Agung Allah SWT yang Maha Pencipta. Gunung Pelangi di China, Iceland dan Argentina ini adalah bukti nyata kebenaran firman Allah dalam ayat d atas. Ayat ke 27 dalam Surat Fathir ini diturunkan kepada Rasulullah lebih dari 1,400 tahun yang lalu. Waktu itu sudah pastinya Rasulullah, malah orang-orang Arab Mekah tidak mengetahui adanya Gunung Pelangi di China, Iceland dan Argentina. Malah mereka tidak pernah pun mengenali dan menjejakkan kaki ke negara-negara tersebut. Oleh itu dari manakah Rasulullah tahu perkara ini. Jawapannya tidak lain melainkan ia adalah bukti nyata bahawa Al-Quran itu bukan ciptaan dan rekaan Rasulullah dan orang Arab Mekah. Ia adalah bukti bahawa Al-Quran itu adalah sebenar-benarnya qalam Allah SWT, tuhan sekalian alam yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
7. Justeru, sebagai seorang Islam kita wajib sentiasa bertasbih
untuk membesarkan, mengagungkan dan
memuliakan Allah SWT. Bagi orang bukan Islam pula fikirkanlah fakta ini. Nescaya anda akan mengakui kebenaran agama Islam jika anda hanya ingin mencari KEBENARAN (TRUTH) dalam beragama. Usahlah berlengah lagi untuk mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam.
“Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan
membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak. Kawan yang jahat ialah
orang yang suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah. Barang
siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina oleh Allah.” –
Mutiara Kata Imam Hassan Basri.
No comments:
Post a Comment