1. Besi merupakan salah satu dari bahan logam yang sangat berguna
untuk manusia. Dulu, kini malah
selamanya. Rasanya tidak ada kitab agama
di dunia ini yang membicarakan tentang asal usul besi.
Namun Al-Quran semenjak diwahyukan kepada Rasulullah SAW lebih 1,440
tahun telah menjelaskan tentang besi ini.
Malah dalam Al-Quran terdapat surah khas yang bernama Al-Hadid (Besi),
iaitu surah ke 57. Nama surah ini
diambil dari ayat yang ke 25 dalam surah tersebut. Dalam ayat ini Allah SWT berfirman yang
berbunyi:
“Demi
sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti
dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka
Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat
menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata
pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk)
menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal
balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi
Maha Kuasa.”
2. Perkataan ‘anzalna’ dalam ayat di atas bererti kami turunkan
besi. Penyelidik sains angkasa lepas
mendapati besi berasal dari bintang-bintang yang terdapat di ruang
angkasa (outer space).
Seiring dengan peredaran masa,
pengetahuan manusia telah bertambah. Saintis seperti Profesor Armstrong dari
NASA atau Mohamed Asadi berpandangan bahawa “memang besi diturunkan dari
langit”. Sains memberikan maklumat kepada kita bahwa besi termasuk logam berat
tidak mungkin dihasilkan oleh bumi sendiri. Ini kerana tenaga sistem suria kita
tidak cukup untuk menghasilkan besi. Dianggarkan tenaga yang diperlukan untuk
penghasilan besi ialah empat kali ganda kuasa matahari. Dengan itu besi hanya
dapat dihasilkan oleh suatu bintang yang jauh lebih besar daripada matahari, dengan
suhu ratusan juta darjah selsius. Kemudian ia meledak dahsyat sebagai nova atau supernova. Hasilnya ia
bertebaran di angkasa raya sebagai meteor yang mengandungi besi. Melayang di angkasa hingga ditarik oleh
graviti bumi ketika pembentukan bumi jutaan tahun yang lalu
3.Yang lebih mengejutkan ialah tentang kod matematiknya di mana
Surah Hadid ialah surah ke 57 dalam Al-Quran.
Hadid juga dari segi numerical
value dalam bahasa Arab ialah 57. Nilai abjad bagi perkataan hadid ialah 26
manakala 26 ialah nilai atomic number
untuk besi (26 Fe Iron 55.847).
ELEMENT 26 Fe IALAH BESI |
4. Selain itu, Al-Quran juga menggambarkan proses pengolahan besi.
Dalam Surat Al-Khafi [Gua](18:96)
Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Bawalah
kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya
menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya
dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia
menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair
supaya aku tuangkan atasnya”.
5. Besi banyak kegunaannya. Pengetahuan pengolahan besi telah
dikuasai oleh manusia sejak dari zaman Nabi Allah Daud lagi. Mengikut catatan sejarah, Nabi Daud dikatakan hidup di Palestin selama 70 tahun, iaitu sekitar tahun 1041 - 971 Sebelum Masihi (SM). Jaraknya dengan masa kini ialah 3,054 tahun. Jaraknya dengan zaman Rasulullah SAW pula sekitar 1,670 tahun. Pengetahuan beliau tentang besi ini dapat
dibuktikan oleh firman-firman Allah SWT dalam surah-surah berikut:
5.1. Surah Al-Anbiyaa
[Para Nabi](21:80) berbunyi:
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat
baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana
peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?.”
5.2. Surah Saba[Kaum
Saba](34:10) pula berbunyi:
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman):
“Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi
Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga
telah melembutkan besi baginya.”
(34:11)
“(Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah
baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang
dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh,
sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”
5.3. Surah Al-Nahl[Lebah](16:81) berbunyi:
“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian
dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi
kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga
menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk,
juga pakaian-pakaian (baju besi) yang memelihara kamu semasa berjuang.
Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri
kepadaNya dan mematuhi perintahNya.”
6. Pelbagai jenis barangan yang dibuat manusia kini adalah bersumberkan besi. Mampukah kita membayangkan kehidupan manusia di muka bumi ini jika tiada besi yang Allah turunkan dari langit. Ataupun besi yang ada dalam perut bumi kini tiba-tiba telah habis. Inilah sebabnya kenapa kita wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang maha besar yang diberikan kepada kita.
“Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana
suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.” ~ Mutiara kata Sayidina Abu Bakar Assyiddiq
No comments:
Post a Comment