Friday, 3 April 2015

OTAK MANUSIA JUGA SUJUD KEPADA ALLAH ?

 
BENTUK OTAK MANUSIA

1.  Adakah kita mengetahui bahawa otak manusia juga sujud kepada Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Agung.  Ketahuilah bahawa otak yang sangat dibanggakan oleh semua manusia sebenarnya juga sujud kepada Allah.  

2.   Dalam Surah Al-Hajj[Haji](22:18) Allah berfirman yang berbunyi:


“Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.”

3.  Cuba kita perhatikan betul-betul bentuk otak manusia di atas.  Ia jelas kelihatan seperti ia sedang sujud kepada Allah. Subhanallah. Jika otak kita juga sujud kepada Allah, kenapakah kita menjadi manusia yang sombong dan angkuh untuk tidak sujud menyembah Allah SWT. Jika otak kita sujud kepada Allah sedangkan kita tidak, bukankah lebih baik kita buang sahaja otak kita dan jadi orang yang tidak berotak.
BANDINGKAN BENTUK OTAK MANUSIA DAN ORANG YANG SEDANG SUJUD - ADA PERSAMAAN KAN?


“Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.” = Saidina Ali Karamallahu Wajhah
 

No comments:

Post a Comment