1. Dalam Surah An-Nahl[Lebah](16:15)
Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
Dia memacakkan gunung-gunung dibumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu,
(dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat
petunjuk.”
2. Dalam firman di atas Allah menjelaskan tujuanNya mencipta
gunung, iaitu sebagai pasak bumi bagi memastikan bumi tidak bergoyang. Di gunung-gunung jugalah kita dapat melihat
bermulanya aliran air sungai dan juga terdapatnya luruh-lurah seperti
jalan-jalan.
3. Seorang ulama tafsir terkenal yang bernama Imam Al-Tabari
mengatakan: Allah memacakkan di bumi ini gunung-gunung yang sangat kukuh
sehingga ia terpacak dengan amat kuat supaya bumi tempat kediaman manusia tidak
bergoncang. Dalam ayat ini juga Allah menerangkan adanya jalan-jalan yang
terbentang dari bawah menuju ke atas agar manusia menjadikannya tempat laluan
dan tidak tersesat.
4. Penemuan ilmiah yang dilakukan saintis membuktikan kepada kita bahawa memang pada pada gunung terdapat jalan-jalan yang berbagai bentuk yang membujur mengikuti arah gunung agar kita tidak tersesat.
5. Penemuan ini mengesahkan lagi tanpa keraguan bahawa Al-Quran adalah dari tuhan pencipta
alam. Apa yang telah dibicarakan oleh Al-Quran lebih 1,400 tahun lalu adalah
benar. Al-Quran akan tetap benar sehingga hari kiamat. Sesungguhnya Al-Quran
itu adalah mukjizat dari Allah SWT untuk manusia dan Al-Quran selama-lamanya tidak
akan bertentangan dengan sebarang penemuan sains moden.
“Nilai seseorang
sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya,
keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan
kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan
dirinya” – Mutiara Kata Khalifah Ali bin Abi Talib
Sebahagian kandungan dari sumber
islampos.com
No comments:
Post a Comment