Friday, 17 April 2015

BACAAN AL-QURAN MEMPENGARUHI SEL-SEL OTAK ?

 
1.  Hasil dari satu penyelidikan dalam tahun 1839, seorang saintis bernama Enrick William Duve telah menemui satu fakta bahawa mendedahkan otak kepada gelombang suara rendah akan memberi pengaruh yang positif pada sel di dalam badan manusia. Beliau merumuskan bahawa memperdengarkan gelombang rendah ini akan membuatkan sel-sel otak berada dalam keadaan bergetar. Setiap sel yang bergetar mempengaruhi sel-sel lain di sekitarnya.

2. Oleh kerana itulah ada penyelidik menggunakan cara ini untuk mengubati beberapa jenis penyakit psikologi seperti skizofrenia, kecemasan, masalah tidur dan beberapa tabiat buruk seperti ketagihan rokok, dadah atau minuman keras.  Di dalam kepercayaan masyarakat Barat, mendengar lagu klasik boleh menimbulkan 'mozart effect' yang mempengaruhi janin dalam kandungan dan seterusnya boleh menjadikan anak semakin bijak. 

JANIN KELIHATAN SUJUD TATKALA AYAT QURAN DIBACAKAN
3.   Tahukah kita bahawa bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang merdu juga memiliki gelombang alpha yang sama. Memperdengarkan ayat Al-Quran yang dibacakan dengan merdu juga mempunyai gelombang alpha pada otak bayi dalam kandungan. Satu kajian telah dibuat ke atas ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan scan dan Ultra Sono Grafi (USG).  Hasilnya ia  menunjukkan bayi dalam kandungan bersujud ketika dibacakan ayat-ayat Al-Quran.  Ini membuktikan bahawa bayi boleh berinteraksi dengan bunyi yang didengarnya.  Malah lebih penting dari itu kedudukan bayi dalam kandungan kelihatan seperti sedang sujud seolah-olah memahami apa yang didengarnya. Kepada orang dewasa pula, bacaan Al-Quran akan menjadikan fikiran seseorang itu  tenang dan berupaya  meningkatkan daya kecerdikan.

4.  Dalam konteks ini kita lihat apakah firman-firman Allah SWT yang dengan jelas menegaskan kekuatan dan kehebatan ayat-ayat Al-Quran:

4.1. Dalam Surah Ar-Ra’ad [Guruh](13:31) Allah SWT berfirman yang berbunyi:


“Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.”

4.2. Dalam Surah Al-Waqiah [Hari Kiamat](56:57) pula Allah berfirman yang berbunyi:

“Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)”

(56:58)


“(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?”

(56:59)

“Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?”

5.   Maha Suci Allah SWT yang memberikan kepada manusia qalamNya yang teramat tinggi nilainya.  Sesungguhnya beruntunglah manusia yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan sehariannya. Sebaliknya celakalah sesiapa yang meninggalkan atau memalingkan mukanya dari perintah dan larangan Allah SWT dalam Al-Quran.


Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu juga adalah hakimmu. ~ Mutiara Kata Khalifah ‘Ali Karramalah Wajhah

No comments:

Post a Comment