1. Allah SWT telah memberi jaminan bahawa agama Islam telah
lengkap dan sempurna sepenuhnya apabila turunnya wahyu terakhir kepada Rasulullah SAW. Wahyu
terakhir ini dalam Surah Al-Maidah[Hidangan](5:3)
yang berbunyi:
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi
(termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang
lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang
mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang
mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum
habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan
juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang
demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir
telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah
mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu
takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan
gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha
Islam menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2. Lengkap dan sempurnanya agama Islam ini bukan hanya dari sudut ibadat,
muamalat, jenayah, berkeluarga, bernegara dan sebagainya. Malah
cara makan dan minum juga turut diajar oleh Rasulullah. Apakah ajaran Rasulullah dalam konteks ini:
2.1. Makan
menggunakan tangan:
2.1.1.
Mengikut cara Rasulullah SAW, beliau akan menggaulkan makanan dengan menggunakan
tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar. Kemudian Rasulullah akan
mengambil sedikit garam menggunakan jarinya dan menghisap garam itu. Kemudian
barulah Rasulullah. Rasulullah berbuat begitu kerana kedua belah tangan kita mengeluarkan
3 jenis enzim tetapi konsentrasi di
tangan kanan lebih sedikit berbanding tangan kiri. Enzim yang ada di tangan
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion).
2.1.2. Mengapa perlu menghisap garam?:
Garam
adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cubit
garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Manusia
berasal dari tanah. Oleh itu bahan yang
asal dari bumi (tanah) inilah yang berkhasiat untuk manusia. Garam juga adalah
penawar yang mujarab bagi keracunan. Jika berlaku kes keracunan, doktor akan
memberi sodium kloride, iaitu garam
kepada pesakit. Garam juga dikatakan boleh menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang ingin menggangu manusia.
2.2. Cara Rasulullah mengunyah:
Rasulullah
akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membolehkan makanan betul-betul lumat agar
perut kita senang memproses makanan itu.
2.3. Membaca Bismillah:
Membaca
Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan
iblis masuk ke dalam perut kita bersama-sama dengan makanan selian dari
menyatakan kesyukuran kita kepada Allah SWT.
2.4. Cara Rasulullah minum.
2.4.1. Rasulullah melarang minum sambil berdiri.
Walaupun ia makruh tetapi makruh yang
menghampiri kepada haram.
2.4.2. Jangan kita minum dari bekas yang
besar dan jangan bernafas ketika sedang minum. Jika kita minum dari bekas yang
besar, biasanya kita akan meneguk air dan dalam minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita
akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon diokside yang akan bercampur dengan H2O (air). Maka akan terhasillah H2CO3, iaitu sejenis bahan yang sama dengan
cuka. Ini akan menyebabkan minuman itu
menjadi asidik.
2.4.3. Jangan meniup air yang panas. Sebabnya sama seperti diatas. Cara minum yang
betul ialah: minum seteguk dan bernafas, minum seteguk lagi dan bernafas
sehingga selesai.
“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah
untuk tenang dan sabar”. ~ Mutiara Kata Khalifah ‘Umar AlKhattab
No comments:
Post a Comment