1. Hampir kesemua daun-daun tumbuhan berwarna hijau. Hijau itu
ialah klorofil yang ada pada setiap helai daun pokok. Pakar-pakar kaji tumbuh-tumbuhan
mendapati bahawa klorofil adalah agen yang menghasilkan makanan untuk daun. Klorofil juga
memainkan peranan penting dalam proses fotosintesis. Fotosintesis merupakan
suatu proses biokimia anabolisme, pembentukan zat makanan atau tenaga yang dilakukan
oleh tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan zat hara, karbon dioksida dan air serta
bantuan tenaga cahaya matahari.
2. Fotosintesis seolah-olah seperti nyawa bagi kehidupan di alam
semesta ini. Apa yang akan terjadi jika tumbuh-tumbuhan tidak dapat melakukan
proses fotosintesis. Oksigen akan habis kerana proses fotosintesis yang menghasilkan
makanan bagi tumbuhan itu turut menghasilkan oksigen. Tanpa bekalan oksigen yang mencukupi manusia dan
haiwan akan mati.
3. Tumbuhan-tumbuhan ialah sumber pembekal oksigen bagi manusia dan haiwan untuk bernafas. Tumbuhan menyimpan tenaga solar dalam bentuk fotosentisis yang diperlukan oleh manusia dan haiwan. Dalam proses fotosintesis ini, pokok-pokok mengambil karbon dioksida dari udara yang dikeluarkan dari badan manusia dan sebaliknya pokok akan mengeluarkan oksigen. Untuk melakukan proses ini pokok-pokok memerlukan cahaya matahari. Produk utama fotosintesis ialah oksigen. Proses fotosintisis banyak berlaku waktu pagi.
4. Disinilah kebenaran apa yang telah Allah firmankan dalam qalamNya. Hal berkaitan dengan klorofil dan proses fotosintesis
ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-An’am[Binatang Ternakan](6:99) yang berbunyi:
“Dan
Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan
itu segala jenis tumbuh-tumbuhan,
kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami
keluarkan pula dari tanaman yang menghijau itu butir-butir (buah) yang
bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami
keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami
jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan
(bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada
buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang
beriman.”
5. Ayat di atas berbunyi: …….”Kami
keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau…….” Perkataan menghijau memberi maksud pigmen hijau pada struktur daun tumbuh-tumbuhan. Dalam istilah sains tumbuhan hari ini ia dikenali dengan nama klorofil.
6. Manusia baru mengenali pigmen hijau pada daun yang dipanggil klorofil. Al-Quran telah membicarakannya dalam surah di atas lebih 1,400 tahun lalu. Rasanya tidak ada kitab agama di dunia ini yang membicarakan tentang klorofil ini. Inilah satu lagi bukti nyata bahawa Islam adalah agama yang benar dan Al-Quran itulah sebenar-benarnya qalam tuhan untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Subhanallah. Maha Suci Allah.
6. Manusia baru mengenali pigmen hijau pada daun yang dipanggil klorofil. Al-Quran telah membicarakannya dalam surah di atas lebih 1,400 tahun lalu. Rasanya tidak ada kitab agama di dunia ini yang membicarakan tentang klorofil ini. Inilah satu lagi bukti nyata bahawa Islam adalah agama yang benar dan Al-Quran itulah sebenar-benarnya qalam tuhan untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Subhanallah. Maha Suci Allah.
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu,
dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat,
dan pinjaman itu haruslah dikembalikan. ~ Mutiara Kata Ibnu Mas’ud
No comments:
Post a Comment