1. Islam mengajar kita supaya membaca doa berikut apabila bangun
dari tidur:
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Alhamdulillaahil Ladzii
Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur
Maknanya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah
mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."
2. Sebenarnya setiap dari manusia adalah seperti berada dalam
keadaan mati ketika tidur. Kenapa Allah SWT menghidupkan manusia semula setelah
mematikannya tatkala tidur. Dalam Surah Az-Zumar
[Rombongan-Rombongan](39:42), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Allah
(Yang Menguasai Segala-galanya). Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa
dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang
yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia
tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga
sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk
memahaminya).”
3. Orang berkata bahawa tidur itu adalah kematian kecil manakala kematian
adalah tidur yang besar. Kita wajib bertanya kepada diri kita kenapakah Allah
menghidupkan kita semula ketika kita telah dimatikan olehNya semasa kita
tidur. Jawapannya bukan kerana Allah
mahu kita pergi kerja atau menghantar anak ke sekolah atau menguruskan
perniagaan kita dan sebagainya. Tujuan
Allah SWT hanyalah satu, iaitu supaya kita masih dapat terus mengabdikan diri
kita kepadaNya. Dalam konteks ini Allah SWT berfirman dalam Surah
AzZariyaat [Angin Yang Kencang](51:56)
yang berbunyi:
“Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.”
4. Hakikat yang perlu kita sedari ialah Allah menciptakan kita
untuk beribadah kepadaNya, untuk mengenaliNya, berzikir kepada-Nya, solat
kepada-Nya, memuji-Nya, menyembah-Nya dan menyeru orang lain untuk mendekatkan
diri kepada-Nya. Inilah sebenarnya tujuan mengapa Allah memberi kita kehidupan
setelah Dia mematikan kita tatkala kita tidur.
“Satu dirham
disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus
dirham diwasiatkan ketika akan mati”. – Mutiara Kata Ibnu Mas’ud.
No comments:
Post a Comment