1. Subhanallah. Maha Suci Allah, tuhan yang maha Mengetahui. Lebih 1,400 tahun yang lalu Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia telah berbicara tentang pencemaran
alam sekitar yang menjadi salah satu dari masalah manusia hari ini. Dengan segala macam aktiviti yang tidak
terkawal oleh penduduk dunia menyebabkan berlakunya kerosakan dan
pencemaran alam sekitar. Pencemaran yang berlaku, samada pencemaran
udara, pencemaran air (sungai, tasik atau laut), pembuangan sampah dan sebagainya sudah jadi tidak
terkawal lagi. Dalam Surah Ar-Ruum[Kerajaan Rom](30:41), Allah SWT
telah berfirman yang berbunyi:
“Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
PENCEMARAN SUNGAI |
2. Dari masa kesemasa badan-badan utama di dunia yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar mengadakan persidangan bagi membincangkan
masalah pencemaran alam sekitar ini. Dalam Persidangan Paris II yang telah diadakan
awal tahun 2007, lebih dari 500 saintis dari seluruh dunia bertemu dan membuat
seruan mendesak untuk kembali ke persekitaran yang bersih. Persidangan tersebut
telah merumuskan bahawa kerosakan dan pencemaran alam telah melibatlan kawasan di daratan,
lautan, udara bahkan manusia, tumbuhan dan haiwan. Manusialah yang bertanggungjawab atas kerosakan dan pencemaran
ini kerana kerakusan dan tamak haloba untuk mencari kekayaan.
PENCEMARAN UDARA |
3. Masalah ini hanya dapat diatasi jika manusia sendiri
memberhentikan aktiviti mereka yang boleh mencemarkan alam sekitar. Masalah alam sekitar yang dihadapi kini
membuktikan betapa benarnya Al-Quran yang diturunkan lebih 1,400 tahun
lalu. Allah telah menegaskan bahawa
tangan-tangan manusialah yang bertanggungjawab melakukan kerosakan di muka bumi
ini.
4. Apakah pula kesan buruk dari pencemaran alam sekitar ini:
4.1. Pokok-pokok akan mengalami keguguran daun dan akhirnya mati.
4.2. Kepupusan beberapa jenis haiwan dan serangga.
4.3 Hujan asid.
4.4. Pencemaran sungai akan mengakibatkan matinya semua hidupan dalam sungai.
4.5. Pencemaran sungai yang serius akan mengakibatkan terbatasnya sumber air untuk dirawat bagi dijadikan air minuman.
"Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat
sendirian, di saat inilah saksimu juga adalah hakimmu". ~ Mutiara Kata Khalifah
‘Ali Karramalah Wajhah
No comments:
Post a Comment