1. Dalam Surah Qaf (50:9), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan juga Kami telah
menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan
dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.”
2. Semua kita mengetahui
bahawa setiap manusia mempunyai perasaan masing-masing. Begitu juga binatang. Tahukah kita bahawa air yang kita gunakan
seharian itu juga mempunyai perasaan dan ia berupaya menunjukkan perasaannya. Dr.
Masaru Emoto dari Jepun telah membuat kajian tentang air. Gambar sebelah kiri ialah bentuk
molekul kristal air Zam Zam. Rangkaian
heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna ketika dibacakan
ayat-ayat Al-Quran.
Perbandingan molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa
4. Oleh itu, kita perlulah
membaca doa sebelum meminum air. Ini kerana dengan doa itu ekspresi molekul air
akan berubah menjadi indah dan pastinya ia baik untuk badan orang yang
meminumnya.
Molekul air yang indah ketika dibacakan doa
Molekul air yang indah ketika dibacakan ayat suci
Ketika dimainkan musik simfoni Mozard, molekul air berbentuk bunga
Ketika dimainkan musik metal pula molekul air tersebut telah pecah
Ketika disebutkan perkataan 'peace' bentuk molekul air ialah seperti sebelah kanan manakala bentuk kristal molekul sebelah kiri pula apabila disebutkan perkataan 'war'. Molekul air telah pecah.
Setelah itu disebutkan pula perkataan "Malaikat", molekul air berbentuk rantai dengan molekul kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan
apabila disebutkan perkataan "Syaitan", molekul kristal berbentuk sangat buruk
dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).
Video Temu ramah Dengan Dr. Masaru Emoto tentang air
5. Subhanallah inilah salah satu lagi tanda nyata kebesaran Allah SWT yang perlu diketahui oleh manusia. Dengan menyedari kebesaran Allah ini maka kita sebagai seorang hambaNya wajiblah mentaati perintah Allah dan menjauhi semua laranganNya.
“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah
untuk tenang dan sabar”. ~ Mutiara Kata Khalifah ‘Umar AlKhattab
Sebahagian artikel dipetik dari www.taotauajer.blogspot.com
No comments:
Post a Comment