GAMBARAN PADANG MAHSYAR? |
1. Dalam Surah Ibrahim[Nabi
Ibrahim](14:48) Allah SWT berfirman yang berbunyi:
"(Ingatlah)
masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia
semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa."
2. Di Padang Mahsyar nanti akan terdapat 10 puak/golongan manusia
yang akan di halau. Mereka ialah:
2.1. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak
serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan orang yang riak, sombong dan
bangga diri.
2.2. Mereka diusir dalam keadaan muka dan badan seperti
seekor kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
2.3. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah
sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari
mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang
ucapannya berlainan dengan perilakunya.
2.4. Mereka diusir dalam keadaan muka berupa babi.
Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
2.5. Mereka dihalau dalam keaadan terbalik kaki di
atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan orang yang suka berdusta.
2.6. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih
busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu
syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat dan tidak
menjalankan kerja dakwah.
2.7. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di
pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang
ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur dan jahat.
2.8. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan
dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
2.9. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka
adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum hakam.
2.10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai
pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah
SWT.
3. Gerunilah perkara-perkara yang wajib akan berlaku ini. Jika
kita termasuk dalam salah satu kumpulan di atas, segeralah bertaubat dan
tinggalkan segera perbuatan keji itu. Insafilah bahawa Padang Mahsyar itu
tempat yang maha azab dan dahsyat.
“Orang yang
menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang
tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi
manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.”
– Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah,
No comments:
Post a Comment