1. Setiap perintah dari Allah SWT wajib akan ada kebaikannya kepada
manusia. Sebagai pencipta manusia pastinya Allah maha mengetahui apakah perkara
yang terbaik untuk manusia ciptaanNya. Salah satu perintah Allah yang banyak manfaat
ialah solat. Solat sangat baik untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya
ialah untuk kesihatan tulang belakang. Satu kajian yang dibuat di Universiti
Winscosin, Amerika Syarikat merumuskan bahawa solat dengan tumaninah (tertib) dapat
menyembuhkan sakit belakang yang kronik.
Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah Ali
Imran[Keluarga Imran](3:191) yang berbunyi:
“(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka.”
2. Dua jenis manfaat boleh diperolehi dari ibadat solat, iaitu
manfaat fizikal (jasmani) dan juga spiritual (rohani). Manfaat fizikal dapat
dinilai dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah manakala manfaat spiritual
pula dapat dilihat dari kekhusyukan dalam solat. Justeru itu adalah sangat
penting untuk melakukan solat dengan tumaninah dan khusyuk sehingga orang yang
melakukan solat akan mendapat kelebihan/kebaikan.
3. Dalam posting kali ini dua pergerakan/perbuatan dalam solat
yang akan dibincangkan, iaitu qiam (berdiri tegak) dan rukuk (membongkokkan badan).
Setiap gerakan ini jika dilakukan dengan cara yang betul dan tumaninah akan
memberikan kesan yang hebat pada badan kita.
SULTAN MUHAMMAD V, SULTAN KELANTAN (BERJUBAH HITAM) |
4. Dengan berniat dan takbiratul ikhram yang khusyuk memberikan
manfaat ketenangan jiwa dan fikiran yang akan menimbulkan peningkatan endorphin
dalam badan yang boleh merangsang pembentukan tenaga. Qiyam adalah pergerakan/perbuatan
awal dalam solat. Ia perbuatan berdiri tegak dengan kedua kaki direnggangkan. Tangan
kanan diletakkan di atas tangan kiri dan kedua-dua tangan itu diletakkan di
atas perut. Dalam posisi ini pengucupan otot tangan, siku dan aliran darah berada
dalam kedudukan rehat dan seimbang yang memberi manfaat untuk melancarkan
pergerakan sendi yang boleh menghalang simpulan sendi (joint stiffnes). Ia juga meningkatkan kadar sel darah Eosinophil
yang berperanan dalam fungsi kekebalan badan. Gerak balas badan yang lain juga akan
menurunkan kadar hormon cortison darah yang jika kadarnya rendah akan mencegah
risiko kerosakan organ. Tiga kesan ini telah dibuktikan dengan penelitian oleh Dr. M.
Soleh dari Universiti Airlanga, Indonesia. Beliau telah meneliti ketiga kadar
zat tubuh badan tersebut pada dua kumpulan pelajar yang solat tahajjud di mana
satu kumpulan diajarkan solat dengan cara yang khusyuk dan kumpulan lain
dibiarkan solat seperti biasa.
5. Kedudukan kedua adalah posisi rukuk. Rukuk yang betul ialah posisi
dimana tulang punggung berkedudukaan seperti 90 darjah. Kedudukan kepala tidak
boleh lebih tinggi atau lebih rendah dari bahu. Kedua tangan diletakkan di
kedua-dua lutut seperti menggenggam tempurung lutut. Disebutkan dalam Hadis
Riwayat Al Baihaqi dan Darquthi, "Sesungguhnya
Rasulullah SAW, ketika rukuk, beliau membuka (meregangkan jari-jarinya) dan
apabila sujud merapatkan jari-jarinya." Dalam Hadis Riwayat Ibn Kuzaimah dan Ibn
Hibban pula, "Jika kamu rukuk,
letakkan kedua tanganmu pada kedua lututmu dan rengangkanlah jari-jarimu,
kemudian tenanglah hingga ruas tulang belakang tegak pada tempatnya. Apabila
Rasulullah rukuk, beliau melurus dan meratakan tulang punggungnya (90 darjah)
sehingga apabila diletakkan segelas air di atasnya, airnya tidak akan tumpah.
"
6. Kedudukan sempurna dan tumaninah seperti itu akan memberikan kesan kesihatan yang sangat baik
bagi kesihatan tulang belakang. Dalam kedudukan rukuk tumaninah otot rangka
seluruh tulang belakang menjadi lebih rehat dan tenang tanpa beban dari berat
badan. Daripada kajian yang dilakukan oleh Fakulti Kejuruteraan BioPerubatan
Universiti Malaya, telah dibuktikan bahawa kedudukan sempurna rukuk berperanan
dalam melambatkan proses degeneratif dengan meningkatkan pertumbuhan semula
tisu baru dan juga menjaga keseimbangan cecair sel dan melancarkan fungsi buah
pinggang.
7. Posisi rukuk yang sempurna juga menjadikan aktiviti otot
lumbosacral ke 4 dan 5 (buku tulang pinggang) menjadi lebih rileks. Pada awal
pergerakan rukuk otot-otot pinggang mengecut kemudian setelah mencapai
kedudukan sempurna ia akan menjadi rileks. Kedudukan seperti ini juga dapat
menambah kelonggaran 'spinal canal'
atau saluran saraf tulang belakang. Dengan
itu ia akan mengurangkan risiko kemampatan saraf. Gerakan berulang seperti itu
juga akan meningkatkan fleksibiliti tulang belakang yang penting untuk
kelenturan dalam menyokong beban dari badan.
Badan kita menjadi lebih baik dan sihat dengan mengerjakan solat yang
khusyuk dan tumaninah.
“Niat adalah ukuran
dalam menilai benarnya suatu perbuatan. Oleh kerana itu, ketika niatnya benar,
maka perbuatan itu juga benar tetapi jika niatnya salah maka perbuatan itu juga
salah.” ~ Mutaira Kata Imam Nawawi Rahimahullah
Sebahagian kandungan dipetik dari
detikislam.blogspot.
Majoriti muslim tidak kiralah apa bangsa dan negara lebih mementingkan bacaan(sunat muakad) dalam iktidal, ruku', sujud dan duduk antara dua sujud lebih dari rukun tumakninah yang wajib. membaca bacaan tidak dikira tumakninah. tumakninah mewajibkan untuk berhenti termasuklah membaca bacaan. salah faham tentang tumakninah dari majoriti kita ialah menyangka berhenti dalam tempoh bacaan adalah berhenti dalam tempoh membaca bacaan. walhal sebenarnya tumakninah ialah berhenti segala anggota badan termasuk mulut dalam tempoh kita membaca(dalam hati) bacaan yang ditetapkan untuk setiap iktidal, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud. tidak dijadikan rukun untuk membaca bacaan secara lisan. untuk mendapatkan ketenangan dari tumakninah adalah ditegaskan supaya berhenti bernafas untuk memastikan semua anggota tidak bergerak. berhenti bernafas bukan bermakna tahan nafas, tetapi lebih kepada teknik pernafasan seperti yang dipraktikkan dalam yoga.
ReplyDeleteSelain daripada ia adalah kewajipan solat itu sendiri, solat merupakan pergerakan2 tubuh badan dan teknik pernafasan untuk menghasilkan ketenangan. itu adalah tujuan sebenar solat diturunkan kepada umat akhir zaman tidak pada umat sebelumnya kerana umat akhir zaman akan melalui kehidupan yang sukar dan tidak menenangkan(anxiety).
Sama2lah memperbaiki solat kita, kurangkan bebanan pada bacaan rukun jika tidak dapat menyempurnakan tumakninah yang wajib(hukum sah solat).
Terima kasih saudara kerana sudi membaca blog saya dan memberikan komen yang bermanfaat
ReplyDelete