Monday, 6 April 2015

PUSAT DUNIA IALAH KOTA MEKAH DAN BUKANNYA GREENWICH


1.   Kaabah di Mekah sebagai pusat tumpuan manusia dari seluruh dunia telah difirmankan oleh Allah SWT lebih 1,400 tahun lalu dalam Al-Quran.  Dalam Suran Al-Maidah[Hidangan](5:97) Allah berfirman yang berbunyi:




“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah yang suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia.  Dan demikian pula bulan haram, hadya dan qala’id. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu mengetahui, bahawa Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

 NEIL ARMSTRONG
2.  Neil Amstrong orang pertama yang telah menjejakkan kaki dibulan pada 20.7.1969 telah menyatakan bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet bumi.  Dalam konteks ini, Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah sebagai pusat bumi. Antara fiman  Allah bahawa Mekah itu pusat bumi ialah seperti dalam Surah AsSyura[Musyawarah](42:7) yang berbunyi:



“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya) serta memberi peringatan tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak diragukan lagi adanya.  Segolongan masuk syurga dan segolongan lagi masuk neraka.”
  
3.   Perkataan “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain dan kota-kota di sekelilingnya.  Ini menunjukkan bahawa Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, perkataan “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber bagi semua negeri lain.

4.   Terdapat hadis Rasulullah yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu adalah di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan  bumi. Sabda Rasulullah berbunyi:

 “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”


5.  Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi dari kapal angkasa dia berkata, “Planet Bumi bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Para angkasawan National Aeronautics and Space Administration (NASA), Amerika Syarikat telah menemui bahawa planet bumi itu mengeluarkan satu radiasi.  Secara rasmi mereka mengumumkannya di internet, tetapi malangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik lenyapnya website tersebut.
6. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan lebih tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tiada kesudahan). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Bagi pengkaji bidang astronomi beragama Islam mereka mempercayai bahawa radiasi ini memiliki perhubungan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

7.  Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah maka mereka akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan tarikan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

8.  Berdasarkan penelitian di atas, menunjukkan bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia). Oleh sebab itu sebenarnya Kota Suci Mekah yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia (mean time) dan bukannya Greenwich yang terletak di England. Kini dunia menggunakan GMT (Greenwich Mean Time) kerana ia dipaksakan oleh pihak penjajah British zaman dahulu.  Ini kerana banyak negara di dunia masa dahulu dibawah jajahan British. Jika waktu Mekah digunakan sebagai mean time, maka waktu solat seluruh dunia mudah ditentukan.

9.  Dalam Surah Ar-Rahman [Maha Pemurah](55:33), Allah berfirman yang berbunyi:




“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”
 
10.   Perkataan “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter.  Ia merujuk kepada langit dan bumi yang mempunyai diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

                 GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MENUNJUKKAN MEKAH ADALAH PUSAT DUNIA













"Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya". ~ Mutiara kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah


Sebahagian artikel dipetik dari www.eramuslim.com dan www.hasnulhadi.com

No comments:

Post a Comment