1. Di alam sistem suria kita dikatakan terdapat 9 buah planet.
Nama-nama planet itu ialah Utarid, Zuhrah (Kejora), Bumi, Marikh, Musytari (Jupiter), Zuhal, Uranus,
Neptun dan Pluto. Salah satu dari planet yang paling besar adalah planet Musytari. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia dikatakan
320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti
yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa raya ke arahnya. Planet Musytari ini tidak wujud sia-sia di situ.
Ia wujud untuk melindungi bumi daripada dihempap oleh komet (tahi-tahi
bintang) atau meteor yang besar. Komet ini jika jatuh ke bumi akan
mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.
2. Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet Musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah komet dan meteor yang
besar daripada jatuh ke bumi. Berikut ialah kenyataan yang diambil dari website
NASA:
“Jupiter
has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps
protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the
outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons
orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt
water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two
ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present
below the moon’s surface.”
3. Walau bagaimanapun masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa
yang mampu terhempap ke bumi dan memberikan kesan yang sangat dahsyat. Ini kerana
objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan
oleh planet Musytari kerana saiznya yang
kecil. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari bumi juga dilindungi oleh tujuh
lapisan atmosfera (langit) yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini
seperti meteor dan komet. Tujuh lapisan atmosfera ini berperanan untuk memberikan
halangan yang cukup kuat kepada komet dan meteor dari jatuh ke bumi dan
menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh
ke permukaan bumi. Itulah sebabanya komet yang jatuh ke bumi akan terbakar dan
berasap. Tujuh lapisan atmosfera ini
juga memberi perlindungan sinaran ultraviolet (ultralembayung) dari matahari
yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia.
4. Dalam konteks ini apakah pula yang telah difirmankan oleh Allah
SWT dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lalu. Dalam Surah Al-Anbiya[Para Nabi](21:32), Allah berfirman yang berbunyi:
“Dan
Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal,
sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda
(kekuasaan Kami) yang ada padanya.”
5. Dalam Surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:29) pula Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dialah
(Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju
dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit
dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
6. Rupa-rupanya langit yang terbentang luas yang kita lihat
sebagai kosong ini sebenarnya merupakan atap ataupun bumbung bagi melindungi
bumi daripada dihempap oleh komet yang jatuh dari angkasa. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala-galanya. Tiadalah apa yang ada dalam Al-Quran itu melainkan ia semuanya benar belaka.
7. Di bawah ini ialah jarak antara planet-planet dengan matahari. Perhatikan jarak bumi dengan matahari. Jaraknya ialah 149,597,871 km. Hampir 150 juta km. Kita dibumi mengalami panas yang kadang-kadang tidak tertanggung rasanya sedangkan jaraknya hampir 150 juta km. Bayangkanlah di Padang Mahsyar nanti matahari didekatkan dengan manusia sejarak 1 mil yang bersamaan lebih kurang 1.8 km. Masyaallah azabnya di sana nanti.
7. Di bawah ini ialah jarak antara planet-planet dengan matahari. Perhatikan jarak bumi dengan matahari. Jaraknya ialah 149,597,871 km. Hampir 150 juta km. Kita dibumi mengalami panas yang kadang-kadang tidak tertanggung rasanya sedangkan jaraknya hampir 150 juta km. Bayangkanlah di Padang Mahsyar nanti matahari didekatkan dengan manusia sejarak 1 mil yang bersamaan lebih kurang 1.8 km. Masyaallah azabnya di sana nanti.
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan.
Oleh kerana itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu juga benar tetapi
jika niatnya salah maka perbuatan itu juga salah. ~ Mutaira kata Imam AnNawawi
No comments:
Post a Comment