1. Di dalam Al-Quran terdapat banyak firman-firman Allah SWT
tentang perintah/kewajipan solat. Sebahagian darinya ialah:
1.1. Dalam Surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:43) yang berbunyi:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang
yang rukuk.”
1.2. Dalam Surah Hud [Nabi Hud] (11:114) yang berbunyi:
“Dan dirikanlah sembahyang (wahai
Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan
pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat.”
1.3. Dalam Surah Israq [Memperjalankan Waktu Malam](17:78) berbunyi:
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika
gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh
sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”
1.4. Dalam Surah Ta-Ha (20:14) pula berbunyi:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan
melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk
mengingati Daku”.
2. Rasulullah SAW juga turut bersabda tentang solat. Antaranya ialah:
"Solat
berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali
ganda" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Solat ialah ibadah utama seorang Islam. Solat ialah cara untuk
seorang hamba berkomunikasi secara langsung dengan PenciptaNya. Banyak hikmah
dan kebaikan yang boleh di perolehi dari perintah solat ini samada dari sudut
kesihatan, psikologi ataupun sains. Rahsia ini terungkap berdasarkan beberapa
kajian dan pengamatan pengkaji dalam bidangnya. Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya bertepatan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur
dan dapat dilihat melalui perubahan warna alam.
4. Setiap kali azan dikumandangkan ataupun setiap kali masuknya
waktu solat menunjukkan perubahan warna alam yang berkait rapat dengan warna
badan manusia. Cuba kita lihat kebaikan/kelebihan waktu-waktu solat dari sudut
sains:
Pada
waktu ini alam berada dalam spektrum berwarna biru muda yang bersesuaian dengan
frekuensi tiroid (kelenjar tiroid). Dalam bidang fisiologi, tiroid mempunyai
pengaruh terhadap sistem metabolisme badan manusia. Mereka yang masih tertidur
pada waktu Subuh akan menghadapi masalah mendapatkan rezeki dan komunikasi. Hal
ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika
roh dan jasad masih tertidur. Pada masa azan Subuh berkumandang, tenaga alam
ini berada pada tingkatan optima. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh
tubuh kita terutama pada waktu rukuk dan sujud.
Warna alam telah menguning dan mempengaruhi terhadap perut dan sistem pencernaan manusia. Warna pada masa ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Ia juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam sistem penghadaman serta berkurangnya keceriaan dalam hidupnya.
Warna
alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan
terhadap kesihatan prostate, uretus, ovari, testis dan sistem pembiakan manusia
secara keseluruhannya. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti
seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya
kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan
tenaga positif dari warna alam tersebut.
4.4. WAKTU MAGHRIB
Warna
alam telah berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat
orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada
benarnya. Ini kerana pada waktu Maghrib
tiba, spektrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu
ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar
dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti
sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu.
Warna
alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isyak menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sisitem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isyak akan sering merasa
gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk
merehatkan tubuh badan. Dengan tidur di waktu tersebut menjadikan keadaan jiwa
kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh
sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan
warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar
Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun
dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam.
5. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui. Setiap apa jua
perintahNya wajib akan ada kebaikan kepada manusia. Begitu juga setiap
laranganNya pasti ada manfaat kepada manusia. Sesungguhnya agama Islam itu
adalah agama yang maha benar lagi lengkap.
“Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak
sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.” – Mutiara kata Imam Al-Ghazali
Jom ke website saya untuk waktu solat terkini.
ReplyDeleteZ
ReplyDelete