KAYU SIWAK SEDIA UNTUK DIJUAL |
1. Ada empat perkara yang sentiasa dibawa oleh Rasulullah SAW ke mana-mana
baginda pergi, iaitu minyak wangi, sikat, celak dan kayu siwak untuk memberus
gigi. Bagi posting ini kita sama-sama melihat kebaikan bersiwak yang menjadi
amalan Rasulullah setiap kali baginda bangun tidur. Antara sabda Rasululah
tentang bersiwak ini ialah:
1.1. “Seandainya
tidak memberatkan aku ke atas umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan
bersiwak” (Hadis Riwayat Bukhari)
1.2. “Telah
aku sering (memperingatkan) atas kamu semua mengenai bersiwak”. (Hadis
Riwayat Bukhari)
1.3. Di riwayatkan oleh Aisyah ra, isteri
Rasulullah: "Kami biasa menyiapkan
sebuah siwak dan air untuk wuduk bagi Rasulullah SAW pada bila-bila pun Allah
menghendaki baginda bangun dari tidur malam, beliau akan membersihkan giginya
dengan siwak, mengambil wudhu, dan lalu mendirikan solat". (Hadis Riwayat
Muslim).
POKOK SIWAK |
2. Pokok siwak ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai nama latinnya
‘Salvadora persica’. Lebih 1,400 tahun lalu namanya telah
disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. Siwak berasal dari bahasa arab 'yudlik' yang ertinya mengurut (massage). Siwak lebih dari sekadar berus
gigi biasa. Ini kerana selain memiliki serat batang yang elastik dan tidak
merosakkan gigi, siwak juga mempunyai
kandungan antimikrobial dan antidecay system. Ranting pokok siwak
yang berdiameter kecil senang untuk masuk ke dalam mulut dan dapat mengikis
plak pada gigi. Siwak juga selamat dan sihat bagi perkembangan gusi.
3. Siwak adalah pembersih gigi yang baik kerana terbukti
mengandungi mineral-mineral semulajadi yang dapat membunuh bakteria,
menghilangkan plak gigi, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi. Siwak
juga berfungsi mengikis dan membersihkan bahagian dalam mulut. Siwak dikatakan
mempunyai kandungan kimia yang bermanfaat dan berkhasiat seperti berikut:
3.1. Klorida, Pottasium, Sodium Bicarbonate,
Fluorida, Silika, Sulfur, Vitamin C, Trimetilamin, Salvadorin, Tannin dan
beberapa mineral lain yang berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan
menyehatkan gigi dan gusi.
3.2. Antibacterial Acids, seperti astringents,
abrasive dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah
jangkitan, menghentikan pendarahan pada gusi.
3.3. Enzim yang mencegah pembentukan plak yang
merupakan penyebab radang gusi dan penyebab utama kerosakan gigi.
3.4. Anti decay agent (zat anti pembusukan) dan antigermal
system yang bertindak seperti Penicilin untuk menurunkan jumlah bakteria di
mulut dan mencegah terjadinya proses pembusukan.
4. Kajian dari aspek kimia terhadap tanaman ini telah dilakukan
semenjak abad ke-19 dan ditemui sejumlah besar klorida, fluorin, trimetilamin
dan resin padanya. Kemudian ditemui juga kandungan silika, sulfur dan vitamin
C. Kandungan kimia tersebut sangat bermanfaat bagi kesihatan gigi dan mulut di
mana trimetilamin dan vitamin C membantu penyembuhan dan pembaikan rangkaian
gusi. Klorida bermanfaat untuk menghilangkan kekotoran pada gigi. Silika pula dapat
bertindak balas sebagai penyental. Fluorin amat berguna bagi kesihatan gigi
sebagai pencegah terjadinya plak gigi.
5. Pada tahun 1986 WHO juga mengesyorkan penggunaan siwak.
Pelbagai kajian ilmiah lain melaporkan bahawa ekstrak tanaman siwak pada kepekatan
yang tinggi boleh disamakan dengan zat desinfektan oral dan anti plak lain
iaitu triklosan dan klorheksidin glukonat. Penyelidikan terakhir pada tahun
2007 telah dilakukan oleh penyelidik di Syarikat Wrigley. Dalam laporannya di
Jurnal Agrikultur dan Kimia Bahan Makanan membuktikan bahawa batang kayu
Magnoliofita (sejenis pokok seperti siwak) mempunyai kebaikan anti bakteria
yang tinggi terhadap bakteria penyebab bau mulut.
6. Kini telah ada ubat gigi di pasaran yang menggunakan ekstrak dari kayu siwak. Tujuannya untuk memancing pelanggan beragama Islam barangkali. Apa pun sebagai seorang Islam, kita wajib menyakini sepenuhnya bahawa apa juga sabda Rasulullah SAW dan amalannya pasti akan ada kebaikan kepada
manusia. Ini kerana apa jua yang datang dari Rasulullah itu hakikatnya ialah wahyu dan perintah dari Allah SWT yang maha mengetahui.
Barangsiapa menjaga
kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ~ Mutiara Kata
Saidina Umar Al-Khattab
Sebahagian kandungan dari
sumber voa-islam.com
No comments:
Post a Comment