Friday, 24 April 2015

KESAN BACAAN AYAT AL-QURAN KEPADA BUAH EPAL

 

1.  Ramai orang yang mengatakan tidaklah salah jika kita mendengar muzik, terutamanya untuk menenangkan jiwa. Benarkah begitu.  Sebagai seorang Islam kita perlu yakin bahawa penawar paling baik untuk menenangkan jiwa ialah dengan membaca Al-Quran.   Selain dapat menenangkan jiwa membaca Al-Quran juga boleh memberi pahala kepada pembacanya. Insyaallah, setelah membaca artikel ini, mungkin kita boleh  berubah dan berhenti dari mendengar musik.

2.  Satu ujikaji telah dilakukan di Institut Al-Huda, Kanada ke atas sebiji buah epal. Epal dipilih kerana ia mengandungi  kandungan air sekitar 60-70%, sama seperti tubuh manusia. Epal itu dibelah dua. Kedua-dua bahagiannya dimasukkan ke dalam bag plastik.  Selama tujuh hari ayat-ayat Al-Qur'an dibacakan untuk salah satu bahagian epal, manakala sebahagian lagi diperdengarkan muzik. Hasilnya sangat luar biasa dan hipotesis itu disahkan sangat benar dan bertepatanlah dengan firman Allah SWT dalam Surah Yunus [Nabi Yunus] (10:57) yang berbunyi:


“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

3.  Hasil ujikaji ini ialah seperti gambar-gambar di bawah. Gambar atas adalah ketika buah epal baru dibelah. Gambar bawah pula setelah tiga minggu melakukan ujikaji.  Subhanallah. Sungguh luar biasa keputusannya.

SETELAH DIPERDENGARKAN MUZIK (KIRI) DAN BACAAN AL-QURAN (KANAN)
4.  Kemudiannya kakitangan di sebuah sekolah Islam di Karachi, Pakistan melakukan ujikaji yang sama untuk mengesahkan kebenarannya. Asim Ismail, ketua pendidikan Islam di sekolah itu memaklumkan selama dua minggu, seorang guru memainkan musik di hadapan potongan epal selama sepuluh minit sehari. Dan bacaan Al-Qur'an diperdengarkan di hadapan potongan epal satu lagi selama 10 minit juga sehari. 

5.  Gambar di bawah menunjukkan hasil ujikaji ini. Potongan epal yang membusuk adalah potongan epal yang diperdengarkan musik manakala potongan epal yang nampak masih agak segar adalah potongan epal yang diperdengarkan ayat Al-Qur'an. Subhanallah! Satu hal lagi yang perlu diperhatikan adalah epal yang diperdengarkan ayat Al-Qur'an masih mengeluarkan aroma yang segar sedangkan epal yang diperdengarkan musik sudah membusuk.
 
SELEPAS DIPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN
SELEPAS DIPERDENGARKAN MUZIK
6. Bukankah apa yang terhasil ini membuktikan ia bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ar-Raad[Guruh](13:28) yang berbunyi:




“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.”. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang dan tenteramlah hati manusia.”

7.  Subhanallah. Jika buah epal boleh kelihatan baik dengan diperdengarkan  ayat-ayat Allah, masakan jiwa manusia tidak boleh menjadi baik dan tenteram dengan zikrullah dan selalu membaca dan mendengar Al-Quran. Semoga Allah menjaga hati kita dari kerosakan dan menyembuhkannya dengan selalu berzikir kepadaNya.

"Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya" – Mutara Kata Imam Abu Hanifah.

Sebahagian kandungan dari lampuislam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment