API DARI GUNUNG BERAPI DALAM LAUTAN |
1. Dari masa kesemasa Allah SWT akan membuktikan kebenaran
firmanNya dalam Al-Quran. Sebelum ini telah
banyak penemuan fakta-fakta yang telah disebutkan dalam Al-Quran lebih 1,400
tahun lalu oleh ahli sains dan para pengkaji. Satu lagi penemuannya ialah pada pertengahan tahun 1990an. Dua orang ahli geologi dari Rusia, iaitu Anatol
Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama Rona Clint dari Amerika Syarikat telah menyelam
ke dasar laut sedalam 2,000 meter di luar pantai Miami.
UMPAMA LETUSAN GUNUNG BERAPI DI DARATAN |
2. Mereka menggunakan kapal selam canggih untuk turun ke dasar
lautan. Di dasar laut itulah mereka dikejutkan dengan kewujudan aliran air yang
sangat panas mengalir ke arah retakan batu. Cahaya berwarna kemerah-merahan pula
menerangi suasana dasar lautan yang gelap gelita. Aliran air itu disertai
dengan semburan larva cair panas yang berasap seperti larva gunung berapi.
Kepanasannya mencapai 231 darjah selsius. Setelah diteliti cahaya itu ialah api yang dihasilkan dari
aliran lahar gunung berapi dasar laut. Yang mengkagumkan mereka ialah api itu tidak
pernah padam walaupun dikelilingi air laut.
3. Adakah penemuan ini sesuatu yang sangat luar biasa. Bagi orang yang tidak pernah membaca Al-Quran
tentulah mereka akan kehairanan bagaimana mungkin dalam lautan wujud
gunung berapi yang mengeluarkan cahaya dari api yang panas. Sesungguhnya fenomena ini telah pun disebutkan
oleh Allah SWT dalam Al-Quran lebih 1,400 tahun lalu dalam Surah At-Thur[Gunung](52:1) yang berbunyi:
“Demi
Gunung Tursina”
(52:2)
“Dan
demi Kitab yang ditulis”
(52:3)
“Pada
lembaran yang terbuka”
(52:4)
“Dan
demi “Al-Baitul Makmur”
(52:5)
“Dan
demi atap yang ditinggikan (langit)”
(52:6)
“Dan
demi laut yang di dalamnya ada api.”
4. Berkaitan dengan fenomena ganjil ini Rasulullah SAW pernah
bersabda yang bermaksud:
“Tidak
ada yang mengharungi lautan kecuali orang yang berhaji, berumrah atau orang
yang berperang di jalan Allah. Sesungguhnya di bawah lautan terdapat api dan di
bawah api terdapat lautan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).
5. Bagaimana api boleh bertahan di dalam air laut?. Setakat ini belum
ada penjelasan mengenainya. Namun bagi
Allah SWT apa pun boleh terjadi dengan kehendakNya walaupun ia tidak mampu
difikirkan oleh logik akal manusia.
Bukankah Allah SWT itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana?.
6. Apakah lagi dalil yang Allah SWT perlu tunjukkan kepada manusia
agar manusia beriman kepadaNya?.
“Wahai Tuhan,
janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai
Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.” – Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab
No comments:
Post a Comment