1. Posting kali ini adalah bahagian terakhir yang berkaitan dengan
tajuk “Al-Quran Berbicara Tentang Haiwan”. Posting kali ini akan memaparkan sejumlah
6 jenis lagi binatang yang disebut dalam Al-Quran, iaitu seperti berikut:
1.1. GAJAH:
1.1.1.
Allah SWT berfirman tentang gajah dalam surah Al-Fiil[Gajah](105:1) yang berbunyi:
“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana
Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah,
(yang hendak meruntuhkan Kaabah)?”.
1.1.2.
Surah ini membicarakan tentang kesah pasukan bergajah pimpinan Abrahah, gabenor
Yaman yang tidak beragama Islam hendak menyerang Mekah dan meruntuhkan Kaabah.
1.1.3.
Allah telah memberikan pertolongannya dengan mengirim pasukan burung ababil
untuk menggempur mereka dari atas. Dalam
waktu yang singkat, pasukan tentera bergajah ini termasuk Abrahah telah hancur binasa
akibat terkena batu batu kerikil yang dijatuhkan oleh geromblan burung tersebut.
1.1.4. Pengajaran dari peristiwa besar ini ialah
bahawa sebesar mana kekuasan manusia sekalipun tetapi bila ia berhadapan dengan
kekuasaan Allah, pasti manusia akan kalah dan binasa.
1.2. SERIGALA
1.2.1.
Perkataan serigala Allah firmankan dalam surah Yusuf(12:13) yang berbunyi:
“Bapa mereka menjawab: "Permergian
kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia
akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya.”
(12:14)
Mereka berkata: "Kalau dia dimakan
oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu
menjadilah orang-orang yang rugi".
(12:17)
Mereka berkata: "Wahai ayah kami!
Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan
Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu dia dimakan oleh serigala; dan sudah
tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah
orang-orang yang benar".
1.2.2.
Ayat di atas menjelaskan helah dan penipuan adik beradik Yusuf (kemudian
menjadi Nabi Yusuf) yang telah membuang adik mereka, Yusuf ke dalam
perigi. Mereka memberitahu kepada bapa
mereka, iaitu Nabi Yaakub bahawa Yusuf telah mati dimakan oleh serigala. Bagi
menyakinkan ayah mereka, adik beradik Yusuf telah melumurkan darah kambing pada
baju Yusuf. Namun Nabi Yaakub tidak mempercayainya kerana baju Yusuf tidak
terkoyak walaupun ia berlumuran darah.
1.3. KERA
1.3.1.
Firman Allah SWT tentang kera ini terdapat dalam surah Al-A’araf[Tempat Tinggi](7:166) yang berbunyi:
Maka setelah mereka berlaku sombong takbur
(tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya,
Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
1.3.2.
Peristiwa menggerunkan ini (bertukar menjadi kera) terjadi kepada kaum Bani
Israel, umat Nabi Musa. Mereka jadi demikian kerana telah melanggar perintah
Allah yang melarang mereka mencari ikan pada hari Sabtu. Namun sebahagian dari
mereka telah melanggarnya.
1.4. LEMBU
1.4.1.
Salah satu firman Allah SWT tentang lembu ialah dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:67) yang
berbunyi:
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata
kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih
seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak
menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung
kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang
melakukan sesuatu yang tidak patut)".
1.4.2. Firman-firman Allah yang lain tentang lembu ialah
dalam surah Al-Baqarah(2:68,69,70 dan 71),
Al-An’am [Binatang Ternakan](6:146).
1.5. KAMBING
1.5.1. Firman Allah SWT tentang kambing terdapat
dalam surah Al-An’am[Binatang
Ternakan](6:146) yang berbunyi:
“Dan
Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari
lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak)
yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau
yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab
kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar.”
1.5.2.
Ibnu Jarir menjelaskan binatang berkuku itu meliputi semua jenis binatang ternakan dan burung. Semuanya dengan ketentuan yang berjari kaki
tidak terpisah seperti unta, burung, angsa dan itik. Ketentuan hukum ini tetap
berlaku ke atas orang Yahudi sepanjang mereka masih berpegang pada syariat masa
lampau. Tetapi apabila mereka masuk Islam, maka ketentuan itu gugur dengan
sendirinya. Bolehlah dikatakan bahawa
ketentuan hukum itu berkait dengan syariat dan sekali gus sebagai hukuman.
{Tafsir Al-Quran, Al-Muhtamir. Cetakan
tahun 2004).
Singa
difirman oleh Allah SWT dalam surah Al-Muddatsir[Yang
Berselimut] (74:49) yang berbunyi:
“(Kalau demikianlah halnya orang-orang
yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?”
(74:50)
“Seolah-olah mereka sekawan keldai liar
yang lari,”
(74:51)
“Lari (menjauhi) dari (ancaman) singa”
“Manusia yang paling
lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada
itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.” – Mutiara Kata
Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment