1. Semua kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW ialah seorang ummi, iaitu tidak tahu membaca dan menulis dan hidup pula di padang pasir Arab Saudi lebih 1,400 tahun yang lalu. Walaupun seorang ummi lihatlah apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah lebih 1,400 tahun lalu. Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ
أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى
جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاء
“Jika
jatuh seekor lalat pada minuman kamu maka tenggelamkanlah ia, lalu keluarkan
ia. Sesungguhnya salah satu sayapnya
terdapat penawar dan pada sebelah sayap lagi mempunyai penyakit”
(Hadis Riwayat Bukhari, Abu Daud , dan Ibnu Majah).
2. Pada masa sabda di atas diucapkan sudah pasti tidak ada sesiapa
pun yang dapat membuktikan kebenaran sabda Rasulullah ini secara ilmiah. Namun para sahabat tetap yakin dan percaya
100% bahawa apa jua sabda Rasulullah adalah benar belaka kerana semuanya
datang dari Allah SWT.
3. Hanya dalam abad ke 20 lalu barulah sabda Rasulullah ini dapat
dibuktikan kebenarannya secara ilmiah. Fakta-fakta ilmiah mengenainya ialah
seperti berikut:
3.1. Pada tahun 1927 seorang saintis yang bernama
Shope telah menemui fakta yang mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman
virus pada badan lalat yang berfungsi untuk membunuh kuman bakteria lain. Kajian
Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virusbacteriophage yang
mampu membunuh kuman-kuman staphylococcus
muscae, escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit
birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus
bacteriophage yang pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong
kajian-kajian seterusnya dilakukan.
3.2. Pada tahun 1938 pula seorang pengkaji lagi yang
bernama Glaser telah mendapati ada kuman-kuman virus pada badan lalat yang
berfungsi untuk membunuh kuman-kuman bakteria yang boleh membawa penyakit.
3.3. Pada tahun 1929, pengkaji-pengkaji yang
bernama H.Y.Yao, I.C.Yuan dan D.Huei telah mengkaji lalat-lalat di Beijing
China dan mendapati bahagian luaran lalat mengandungi lebih dari 3 juta
bakteria manakala bahagian dalamnya pula mengandungi 6 hingga 8 kali ganda
bakteria. Fakta ini telah dimuatkan
dalam buku yang ditulis oleh Edward A. Steinhaus bertajuk “Insect Immunology” terbitan Hafner Publication House, New York.
EDWARD A. STEINHAUS |
3.4. Pada tahun 1934, M.A.Stewart mendapati lalat
berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka akan mengeluarkan bahan amonia
dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva
tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan bengkak
serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai berperanan menelan
kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.
3.5. Pada tahun 1935, seorang lagi pengkaji bernama
S.W. Simmons telah mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva lalat mampu
membunuh kuman-kuman bahaya seperti staphylococcus
aureus, baemolytic streptococcidan clostridium welchii.
3.6. Pada tahun 1935 juga W.Robinson dalam
kajiannya mendapati larva juga mengeluarkan allantoin
iaitu sejenis bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Semua
penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku “Insect
Immunology” karangan Edward A. Steinhaus.
3.7. Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji
mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio
cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya. Penemuan ini telah
dilaporkan dalam buku bertajuk “The
Housefly - Its Natural History, Medical Importance and Control” yang
diterbitkan oleh Luther West.
3.8. Pada tahun 1947 pula, Ernestein seorang rakyat Britain
juga turut membuat penyelidikan tentang lalat. Hasil penyelidikannya beliau
menemui sejenis mikro organisma fitriat pada lalat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali. Beliau menyimpulkan
bahawa fitriat pada lalat ini dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
3.9. Pada tahun 1950 Roleos dari Switzerland
juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para pengkaji lain
iaitu Profesor Kock, Famer (Britain), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner
(Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang
mikro organisma tersebut. Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan
bakteria pada lalat hanya terdapat di hujung kakinya sahaja dan bukan pada
seluruh badannya. Mereka juga menyatakan mikro organisma yang dapat membunuh
kuman itu tidak dapat keluar dari badan lalat kecuali setelah disentuh oleh
benda cair. Caranya ialah dengan merendam lalat tersebut di dalam air.
3.10. Pada tahun 1930an telah terjadi wabak taun
(kolera) di India. Ramai yang kata ramai rakyat India akan mati disebabkan taun
tersebut. Lalatlah dikatakan penyebabnya. Tetapi setelah dua minggu berlaku
wabak itu, pengamal perubatan telah mendapati rakyat India semakin pulih. Kenapa?. Jawapannya dikatakan kerana lalat telah
menukar bakteria yang menyebabkan penyakit taun menjadi sesuatu yang lain yang
dinamakan bacteriphages yang membunuh
bakteria dengan menggunakan sayap kedua. Terlalu banyak lalat telah turun ke
sungai-sungai dan masuk ke dalam air dan membunuh bakteria penyakit. Rakyat
India minum air sungai itu dan mereka sembuh.
4. Penemuan-penemuan di atas menjadikan larva lalat begitu popular
digunakan bagi merawat penyakit, terutamanya luka-luka pada tahun 1930an. Walau
bagaimanpun popularitinya kini mula menurun setelah penemuan ubat-ubat
antibiotik. Namun demikian dikatakan bermula pada tahun 1982 penggunaan larva
menjadi popular kembali berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Perkara ini
dilaporkan oleh Fakulti Perubatan, Universiti Indiana Amerika Syarikat. Ia dicadangkan
untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan oleh kencing manis seperti
dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health
terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan
ini ialah Long Beach Veterans Affairs
Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka
berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat.
Kaedah ini dikatakan berjaya mengawal jangkitan kuman dan menyelamatkan anggota
mangsa dari dipotong. Perkara ini telah dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.
5. Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran dan mengutuskan
seorang nabi akhir zaman Muhammad, Rasulullah. Sesungguhnya sabda Rasulullah di
atas adalah wahyu dari Allah SWT yang Maha
Mengetahui lagi Maha Mencipta. Semoga Allah memberikan hidayah kepada manusia
untuk melihat dan mengakui kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Sudah
tidak ada lagi agama lain di dunia ini yang boleh membawa cahaya kebenaran melainkan Islam yang maha suci. Bukankah
apa yang ditemui secara ilmiah di atas membuktikan kebenaran firman Allah SWT
dalam Surah Fussilat [Yang Dijelaskan](41:53)
yang berbunyi:
"Kami
akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala
wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran
itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas
segala sesuatu? "
“Orang yang
paling aku sukai adalah orang yang menunjukkan kesalahanku”. ~ Mutiara kata
Khalifah Umar Al Khattab
No comments:
Post a Comment