1. Islam ialah agama (addin) yang serba lengkap. Dalam Al-Quran Allah SWT telah menegaskan
perkara ini dalam surah-surah berikut:
1.1.
Surah Al-Maidah[Hidangan](5:3)
yang berbunyi:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai
(binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging
babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang
lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati
jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan
yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib
dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu)
dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab
itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu,
dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa
yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia
tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
1.2.
Surah Al-An’Am[Binatang
Ternakan](6:115) yang berbunyi:
“Dan telah sempurnalah Kalimah
Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan
adil; tiada sesiapa yang dapat
mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimahNya; dan Dialah yang sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.”
2. Maksud firman di atas ialah benar dalam khabar yang disampaikan dan adil dalam
seluruh perintah dan larangan Allah. Setelah agama disempurnakan bagi manusia
maka sempurnalah nikmat yang diberikan Allah kepada mereka.
3. Rasulullah SAW tidak hanya mengajarkan kepada umat Islam soal
ibadat, jinayah, muamalat dan hukum hakam sahaja. Malah apa yang perlu dibuat
selepas bangun dari tidur juga turut diajarkan oleh baginda. Islam adalah agama yang indah dan sempurna. Setiap
aspek kehidupan telah diatur ataupun sudah ditunjukkan contoh tauladan oleh
Rasulullah SAW sendiri. Salah satu dari sunah-sunah Rasulullah SAW ialah sunah setelah
bangun dari tidur. Berikut ini sunah-sunah amalan Rasulullah SAW setelah bangun
tidur:
3.1. Membasuh muka dengan tangan:
“Rasulullah kemudian bangun dari tidur,
lalu duduk sambil mengusap (bekas) tidur di wajah beliau dengan tangan beliau”. (Hadis
Riwayat Muslim)
3.2. Membaca doa bangun tidur:
3.3. Menyuci gigi dengan bersiwak:
“Rasulullah SAW ketika bangun tidur
menggosok mulutnya dengan siwak”. (Muttafaq’alaih)
3.4. Menghisap air ke dalam hidung:
Rasulullah
SAW bersabda: “Tatkala salah seorang di
antara kamu bangun dari tidur hendaklah dia menghisap air ke hidung sebanyak
tiga kali, sesungguhnya syaitan menginap di lubang hidungnya.” (Muttafaq
‘alaih)
3.5. Membasuh kedua belah tangan tiga kali:
Rasulullah
SAW bersabda: “Ketika salah seorang di
antara kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia tidak mencelupkan tangannya ke
dalam bekas air sehingga dia membasuh tangannya itu sebanyak tiga kali.”
(Muttafaq ‘alaih)
4. Salah satu dari tanda menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kita
kepada Rasulullah ialah dengan beramal apa yang dipraktikkan oleh baginda
semasa hayatnya. Beramallah dengan sunah-sunah Rasulullah SAW semoga kita
memperolehi syafaatnya di Padang Mahsyar nanti.
“Aku mengamati
semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang
menjaga lidahnya. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan
pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis
amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat
yang baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang
lebih baik daripada sabar”. ~ Mutiara Kata Saidina Umar bin Al-Khattab
No comments:
Post a Comment