Wednesday, 22 June 2016

ARAH PERGERAKAN LAWAN JAM ADALAH ARAH MENGIKUT FITRAH PENCIPTAAN ALLAH SWT



1.   Tahukah kita bahawa semua objek dilangit samada planet- planet, bulan, bintang dan sebagainya berpusing (berputar) mengelilingi matahari dari arah kiri ke kanan, iaitu arah lawan jam (anticlockwise movement). Bahkan peredaran pusingan darah (blood circulation) dalam badan manusia juga bergerak di mulai dari arah kiri ke kanan. Peredaran darah  bermula  dari jantung kemudian dipam hingga mengalir ke keseluruh badan kita dari sebelah kiri ke kanan.

2.   Arah pergerakan semua itu adalah rangkaian tasbih alam semesta kepada Allah SWT., Pencipta dan Penguasa  alam semesta.  Ia adalah sunnatullah. Benarlah firman Allah seperti dalam  surah Al-Israq [Memperjalankan Waktu Malam](17:44) yang berbunyi:


“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”.

3. Arah pergerakan dari kiri ke kanan ini samalah dengan pererakan/pusingan tawaf  jemaah haji dan umrah di hadapan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Begitulah juga arah pergerkan tawaf para malaikat Allah di Baitul Makmur seperti disaksikan sendiri oleh Rasulullah dalam peristiwa Israq dan Mikraj. 

4.    Dalam surah Al-Anbiya [Para Nabi](21:33), Allah SWT berfirman yang berbunyi:

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat peredaran masing-masing (di angkasa lepas)".

Firman Allah di atas menjelaskan kepada kita berkenaan dengan objek-objek (cakerawala) yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit(landasan) masing-masing. Semua cakerawala, planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain kerana masing-masing bergerak mengikut arahan dan ketetapan dari Allah SWT. Semuanya patuh kepada perintah Allah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah. Bulan pula beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah manakala semua planet yang berada di angkasa lepas mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan tawaf atau anticlockwise.

5.      Hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek atau cakerawala di angkasa lepas sahaja malah ia juga termasuk ciptaan Allah sekecil zarah atom yang hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nukleus atom pada arah pergerakan tawaf. 

6. Cuba kita perhatikan tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar/memanjat.  Ia akan memanjat ikut arah tawaf. Begitulah ciptaan Allah SWT daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar bumi masing-masing melakukan pusingan pada arah tawaf.

7.      Maha Suci Allah SWT yang telah mencipta seluruh makhluk ciptaanNya untuk bertasbih dan tunduk patuh kepada perintahNya. Kenapakah pula manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan Allah engkar kepada perintah dan larangan Allah?.

 

"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment