Tuesday, 7 June 2016

SEJARAH BAGAIMANA AZAN SOLAT BERMULA DALAM ISLAM

                         

                                              VIDEO LAUNGAN AZAN SOLAT




“Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.’ {Petikan dari surah Al-Maidah[Hidangan](5:58)}

1.   Di zaman Rasulullah belum ada jam. Kaedah menentukan masuk waktu solat hanyalah dengan menggunakan batang kayu, iaitu  mencacakkan batang kayu atas pasir dan melihat kedudukan dan arah bayang kayu tersebut. Jika bayang telah keluar sedikit dari batang kayu maka masuklah waktu zohor.  Jika bayang sama panjang dengan tiang maka masuklah waktu asar.

2.  Masalah yang timbul ialah tatkala hendak menunaikan solat berjemaah. Ini kerana apabila hendak solat ada jemaah yang datang tidak tepat pada waktunya. Ada yang datang semasa imam telah masuk rakaat pertama, rakaat kedua dan sebagainya.  Ada juga tiba bila solat sudah berakhir dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengetahui bilakah solat akan dimulakan. Justeru para sahabat Rasulullah telah berbincang bagaimana cara hendak memastikan semua jemaah datang serentak untuk bersolat. Ada yang mencadangkan  bila dekat hendak menunaikan solat, unggun kayu api dibakar.  Maknanya bila nampak asap ertinya solat akan dimulakan.  Ada yang mencadangkan supaya  guna loceng seperti amalan orang Kristian. Namun tidak ada keputusan dicapai dalam perbincangan tersebut.

3.   Pada malam selepas perbincangan itu berlangsung, seorang sahabat bernama Abdullah bin Zaid telah bermimpi dalam tidurnya. Beliau bermimpi berjumpa seorang lelaki memakai jubah sambil membawa loceng. Lalu Abdullah bertanya kepadanya; “Wahai tuan apakah tuan mahu menjual loceng itu?. Orang itu bertanya kepadanya; Tuan nak buat apa dengan loceng?”.  Lalu Abdullah menjawab, “Kami hendak solat berjemaah, nak berhimpun serentak sebanyak lima waktu sehari. Sukar untuk menghimpunkan orang ramai serentak.  Jadi aku nak beli loceng ini untuk buat panggil orang solat.” Orang itu melarang pakai loceng kerana ia amalan orang kafir. Sebaliknya dinasihatkan supaya ditentukan seorang wakil dan bila sudah masuk waktu solat laungkanlah kalimah-kalimah berikut:

 

Dan apabila hendak memulakan solat pula lafazkanlah kalimah iqamat.

4.  Keesokan harinya Abdullah bin Zaid pergi menemui Rasulullah dan menceritakan tentang mimpinya. Rasulullah memberitahu kepada Abdullah bahawa mimpi Abdullah adalah benar kerana telah turun wahyu kepada Rasulullah memberitahu cara azan dan iqamat solat.

5. Rasulullah kemudiannya meminta Abdullah pergi ke rumah Bilal bin Rabah supaya Abdullah mengajarkan azan dan iqamat yang dia dengar dalam mimpinya.  Tujuannya supaya Bilal menjadi muazzin (orang yang azan solat) bila masuk waktu solat dan iqamat.

6.   Bila tiba waktu solat zohor pada hari itu, Bilal pun azanlah buat pertama kalinya dalam sejarah Islam. Apabila Bilal selesai azan, Saidina Umar Al-Khattab segera berlari mendapatkan Bilal kerana dia terkejut mendengar bacaan azan itu.  Saidina Umar bertanya Bilal, dari manakah dia memperolehi kalimah azan itu.  Jawab Bilal, dia diajarkan oleh Abdullah bin Zaid yang memperolehinya dalam mimpi dan kalimah itu dipersetujui Rasulullah.  Kemudian Saidina Umar berkata, beliau juga bermimpi perkara yang sama pada malam Abdullah bin Zaid bermimpi.

7.  Sebenarnya orang yang hadir dalam mimpi Abdullah bin Zaid dan Umar Al-Khattab itu ialah malaikat Allah SWT.  Rasulullah mengarahkan supaya Bilal yang memulakan azan kerana suara Bilal lebih kuat dan nyaring.  Ia mudah didengari oleh orang lain.

8. Begitulah kesah bagaimana bermulanya panggilan azan solat dalam agama Islam. Di Malaysia hari ini orang yang azan (muazzin) dipanggil Bilal kerana mengambil sempena nama Bilal bin Rabah, sahabat Rasulullah yang mulia dan dipilih sebagai muazzin pertama dalam Islam.

"Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan rasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT yang sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita dari terus lakukan dosa. Tanpa adanya keyakinan seperti ini, manusia akan hilang brek. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung. Tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka." ~ Mutiaar Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sebahagian kandungan dipetik dari ceramah agama Ustaz Azhar Idrus pada  31 Mac 2011 di Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment