POSISI TIDUR SUNNAH RASULULLAH |
“Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada
waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari
limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang
demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu
mendengar (nasihat pengajaran). {Petikan
dari surah Ar-Rum[Kerajaan Rom](30:23)}.
“Dan
Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan
tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki”.
{Petikan dari surah Al-Furqan[Pembeza](25:47)}
1. Apakah maksud perkataan sunnah Rasulullah?. Maksud sunnah dari pandangan para muhadditsun (ulama pakar hadis) ialah: "segala hal yang disandarkan kepada Rasulullah, samada ia berupa
perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan), maupun sifat perangai atau sifat
fisikal, samada sebelum diutus menjadi nabi ataupun selepasnya".
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Jika
kamu mendatangi tempat tidurmu maka berwuduklah seperti wuduk untuk solat, lalu
berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
3. Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah tidak tidur melentang,
ataupun meniarap. Sebaliknya baginda
tidur dengan cara mengerengkan badan baginda ke kanan dengan meletakkan tangan
kanannya di bawah pipi ataupun bantal,
iaitu seperti gambar di atas.
4. Mungkin tidak ada penjelasan dalam Al-Quran mahupun hadis
Rasulullah kenapa cara tidur sedemikian di amalkan baginda. Namun kita sebagai orang Islam wajib
menyakini setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu pasti ada kebaikan dan manfaatnya
kepada manusia. Ini kerana tidaklah
berkelakuan Rasulullah itu melainkan ianya mendapat petunjuk dari Allah SWT. Bukankah dalam surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21) Allah SWT telah berfirman yang
berbunyi:
"Sesungguhnya
pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu
bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat
dan orang yang banyak mengingati Allah".
5. Apakah kebaikan dari sudut kesihatan cara tidur
mengikut sunnah Rasulullah ini. Kebaikannya berbanding dengan kaedah tidur lain
ialah:
5.1. Jantung kita tidak terbeban:
Jantung
manusia terletak di dalam dada sebelah kiri. Jadi ketika kita tidur dengan
posisi mengerengkan badan ke kanan, maka
jantung kita tidak akan terbeban kerana jantung berada di sebelah kiri.
5.2. Saiz paru-paru sebelah kanan lebih besar dari
sebelah kiri
Bronkus
adalah salah satu dari dua cabang besar trakea yang dilalui udara menuju dan
dari paru-paru. Bronkus sebelah kanan posisinya menyamping sehingga lendir
mudah dikeluarkan, sebaliknya bronkus sebelah kiri posisinya menegak sehingga sukar
lendir dikeluarkan. Oleh itu dengan tidur mengereng kesebelah kanan membantu
mengeluarkan lendir yang terdapat di dalam paru-paru.
5.3. Peranan
Lambung:
LAMBUNG |
5.3.1. Lambung adalah salah satu dari organ
pencernaan makanan pada manusia. Lambung berfungsi untuk menyimpan makanan
untuk sementara dan mengolah makanan supaya dapat masuk ke usus kecil. Lambung
memiliki pH = 2 dan ia bersifat sangat asam supaya lambung boleh berfungsi
menghancurkan makanan dan membunuh mikroorganisme asing yang masuk ke dalam
badan.
5.3.2.
Pada saluran sebelum dan sesudah lambung terdapat penyempitan untuk menjaga
makanan yang diolah dalam lambung tetap berada di sana. Pada bahagian dalam
lambung terdapat kelenjar-kelenjar yang menghasilkan getah lambung. Getah
lambung mengandungi asam lambung (HCl), pepsin, renin, dan musin. Getah lambung
inilah yang akan menjadi bahan tatkala lambung menjalankan tugasnya.
5.3.3.
Posisi hujung tutup keluaran usus yang ada dilambung terdapat di bahagian kanan
bawah. Oleh kerana itu jika kita tidur disebelah kiri ia akan mempercepatkan proses
pengeluaran chime (makanan yang telah
dicerna oleh lambung yang bercampur asam lambung). Akibatnya ia boleh menghakis
dinding lambung kerana meningkatnya kadar asam.
6. Kesimpulannya kaedah tidur mengikut sunnah Rasulullah adalah
yang terbaik untuk kesihatan manusia. Yang
pastinya apa jua yang ditunjukkan oleh Rasulullah wajar dicontohi oleh manusia,
lebih lebih kita orang Islam yang mengaku umat Nabi Muhammad, Rasulullah. Jom
kita ubah cara tidur kita. Bukan apa. Kesihatan kita menjadi lebih baik. Tapi yang lebih penting dan aula lagi ialah kita mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bukankah beroleh pahala percuma di sisi Allah SWT?.
"Jika
kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah,
doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta
manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT
sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan
masalah." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment