1. Bila berdoa lazimnya manusia akan meminta kepada Allah SWT agar
dipanjangkan umurnya. Berapa tahunkah kita mahu hidup di dunia ini?. 50 tahun, 60 tahun atau 100 tahun?. Tersangat jarang kita akan temui manusia yang
boleh hidup sampai 100 tahun sekarang.
Sesungguhnya umur manusia adalah dalam lingkungan 63 tahun sahaja.
Kenapa?. Kerana itu adalah umur
Rasulullah SAW. Sesiapa yang masih lagi hidup selepas umur 63 tahun anggaplah ia
hanyalah umur bonus dari Allah SWT sahaja.
2. Sesungguhnya umur kita di dunia ini tersangat sangat singkat
berbanding umur kita di akhirat. Diandaikan
kita mampu hidup seperti umur Rasulullah, berapakah pula bandingannya dengan
umur di akhirat?. Untuk mengetahuinya
kita perlu merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah-surah berikut:
2.1. Surah Al-Hajj[Haji](22:47) yang berbunyi:
“Dan mereka meminta kepadamu (wahai
Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan
memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari
dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu
hitung”.
2.2. Surah AsSajadah[Sujud](32:5)
yang berbunyi:
“Dia mengatur segala urusan dari langit ke
bumi. Kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya
(lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.”
3. Bersandarkan firman Allah tersebut masa kehidupan kita di dunia jika hidup
selama 63 tahun hanyalah bersamaan lebih kurang 1.5 jam mengikut ukuran
akhirat. Bagaimanakah masa itu
ditentukan mengikut perkiraan matematik?. 24 jam(sehari) di akhirat bersamaan
dengan 1,000 tahun di dunia. Ini bermakna 3 jam di akhirat bersamaan dengan 125
tahun dunia dan 1.5 jam di akhirat pula bersamaan dengan 62.5 tahun di dunia. Justeru,
jika manusia mampu hidup di dunia ini dalam lingkungan 60-70 tahun maka masa hidup
di akhirat adalah sekitar 1.5 jam sahaja.
4. Jika sebegitu singkatnya masa di dunia berbanding akhirat,
apakah keperluan untuk kita mengejar dan memburu kehidupan di dunia ini?. Apakah
keperluannya mencari harta kekayaan hingga sampai merompak, mencuri, membunuh, makan
riba, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Bukankah jika kita miliki rumah banglo
besar dan mewah serta kereta yang mewah pun kita akan tinggalkan dan berpindah ke
alam akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
Bukankah tidak berakal namanya kita jika mencari kekayaan untuk
ditinggalkan tetapi sebaliknya tidak pernah mempedulikan harta untuk di bawa
pergi setelah mati?. Apakah kita tidak menyakini adanya fitnah kubur, soalan
malaikat mungkir dan nakir dalam kubur, azab di Padang Mahsyar serta hari
pengadilan di sana, titian sirat serta pembalasan syurga dan neraka?.
5. Bukankah Rasulullah SAW itu utusan Allah SWT untuk menjadi
contoh teladan, role model terbaik
kepada manusia?. Apakah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam hal memiliki
kekayaan dunia. Apakah Rasulullah
seorang yang kaya raya dan hidup mewah bersama keluarganya?. Bukankah kehidupan
Rasulullah itu susah malah menghampiri kemiskinan?. Bukankah yang telah
Rasulullah tunjukkan teladan itu ialah amal ibadat, amalan soleh dan
mendekatkan diri dengan Allah SWT demi mencapai kesenangan dan kenikmatan
akhirat yang kekal abadi?. Kenapakah
kita mencari perkara lain dari apa yang telah Rasulullah tunjukkan. Bukankah
kita mengaku kita umat Nabi Muhammad, Rasulullah dan mencintai beliau?.
“Aku tidak pernah
melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap kekuasaan. Kita
banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman, harta dan
pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka dia pun akan
mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya.” ~~ Mutiara Kata Sheikh
Sufyan Ats-Tsauri
No comments:
Post a Comment