1. Daripada Hakim bin Hizam R.a berkata: Aku meminta dari
Rasulullah SAW, kemudian diberikannya kepadaku.
Selepas itu aku meminta lagi, kemudian diberikan kepadaku. Seterusnya aku meminta dan diberikan lagi
padaku. Kemudian Rasulullah bersabda
yang bermaksud:
“
Hai Hakim, sesungguhnya harta itu hijau dan manis. Maka sesiapa yang
mengambilnya dengan jiwa yang besar dan lapang nescaya diberkatkan
baginya. Sebaliknya sesiapa yang
mengambil dengan jiwa yang tamak nescaya
tidak diberkatkannya dan adalah ia
seumpama makan yang tidak pernah kenyang dan tangan di atas itu (memberi)
adalah lebih baik dari tangan di bawah (menerima)”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
2.Rasulullah SAW mengajar sahabatnya tentang harta yang perlu dianggap
sebagai alat dalam kehidupan dan bukannya sebagai matlamat yang utama. Ini
kerana apabila dijadikan matlamat, ia bertukar menjadi agenda utama dan sanggup
menjadi hamba kepada dunia. Akhirnya
mereka sanggup berkorban apa sahaja dan lupa untuk meninggikan syariat agama
Allah dan memperolehi mardhatillah
(redha Allah).
3. Marilah kita lihat firman-firman Allah tentang harta untuk menjadi
renungan bersama:
3.1. Harta kekayaan tidak mampu menyatukan
hati-hati manusia:
Dalam Surah Al-Anfal [Harta Rampasan Perang] (8:63) Allah berfirman yang berbunyi:
“Dan Dialah yang menyatu-padukan di antara
hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda)
yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati
mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
3.2. Harta dan anak-pinak boleh menjadi penghalang
kepada jalan Allah:
3.2.1. Dalam Surah At-Taubah [Pengampunan](9:24) Allah berfirman berbunyi:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika
bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri
(atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu
usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang
kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab
seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik (derhaka).
3.2.2. Dalam Surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:14) pula Allah berfirman yang berbunyi:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada
manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan
binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali
yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
3.3. Harta tidak dapat menebus diri daripada
siksaan dan azab Allah:
3.3.1. Dalam Surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:10) Allah berfirman berbunyi:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir,
harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (siksa) Allah
dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka.”
(3:116)
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir baik
harta mereka maupun anak-anak mereka, sekali-kali tidak dapat menolak azab
Allah dari mereka sedikitpun. Dan mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal
di dalamnya.”
3.3.2. Dalam Surah Ar-Raad [Guruh](13:18) Allah berfirman:
“Bagi orang-orang yang memenuhi seruan
Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak
memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di
bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, nescaya mereka akan
menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab
yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk
tempat kediaman.”
4. Kita lihat pula apakah sabda Rasulullah SAW berkaitan dengan
harta ini:
4.1. “Sesiapa
yang pada waktu paginya hanya memikirkan dan menginginkan dunia pasti Allah akan selerakkan segala
urusannya. Menjadikan kehidupannya kelam
kabut serta kefakiran berada dihadapannya.
Dia tidak akan memperolehi satu pun dari dunia melainkan apa yang telah
dicatatkan untuknya. Manakala sesiapa yang
diwaktu paginya berkeinginan hanyalah untuk mendapat akhirat, Allah akan memperteguhkan
keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan
dihatinya. Dan dunia akan datang kepadanya
dengan tunduk dan terpaksa”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu
Hibban).
4.2. “Yang
dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta-benda tetapi kekayaan yang
sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati). (Hadis Riwayat Abu Yu'la).
4.3. “Tiap
menjelang pagi hari dua malaikat turun. Yang satu berdoa: "Ya Allah, kurniakanlah
bagi orang yang menginfaqkan hartanya tambahan peninggalan." Malaikat yang
satu lagi berdoa: "Ya Allah, timpakan kerosakan (kemusnahan) bagi harta
yang ditahannya (dibakhilkannya)." (Mutafaq 'alaih).
4.4. “Harta
yang ditunaikan zakat tidak akan susut (berkurang)”. (Hadis Riwayat Muslim).
4.5. “Cinta
yang sangat-sangat terhadap harta dan kedudukan dapat mengikis agama seseorang.
(Hadis Riwayat Aththusi).
4.6. "Anak
Adam berkata: 'Hartaku... hartaku'. Rasulullah SAW bersabda:
"Adakah hartamu, hai anak Adam kecuali yang telah kamu belanjakan untuk
makan, engkau infaq atau sedekahkan lalu kamu tinggalkannya." (Hadis
Riwayat Muslim).
4.7. “Apa
yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
4.8. “Bagi
tiap sesuatu terdapat ujian dan cubaan, dan ujian serta cubaan terhadap umatku
ialah harta benda”. (Hadis Riwayat Termidzi).
4.9. “Akan
datang bagi manusia suatu masa dimana orang tidak peduli apakah harta yang
diperolehinya halal atau haram”. (Hadis Riwayat Bukhari).
4.10. Wahai
'Amru, alangkah baiknya harta yang baik di tangan orang yang soleh”. (Hadis
Riwayat Ahmad.)
4.11. “Pada
akhir zaman nanti manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama
dan urusan dunianya”. (Hadis Riwayat AtThabrani).
4.12. “Orang
yang paling dirundung penyesalan pada hari kiamat ialah orang yang memperolehi
harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka”. (Hadis
Riwayat Bukhari).
4.13. “Sesungguhnya
orang-orang yang menguruskan harta Allah dengan tidak benar maka bagi mereka
api neraka pada hari kiamat”. (Hadis Riwayat Bukhari).
4.14. “Janganlah
kamu mengkagumi orang yang terbentang kedua lengannya menumpahkan darah. Di
sisi Allah dia adalah pembunuh yang tidak mati. Jangan pula kamu mengkagumi
orang yang memperolehi harta dari sumber yang haram. Sesungguhnya bila dia
menafkahkannya atau bersedekah maka tidak akan diterima oleh Allah dan bila
disimpan hartanya tidak akan ada berakah. Bila tersisa pun hartanya akan
menjadi bekalnya di neraka”. (Hadis Riwayat Abu Daud).
4.15. “Sesungguhnya
dinar dan dirham ini telah membinasakan orang-orang sebelum kamu dan di masa
akan datang pun ia akan membinasakan”. (Hadis Riwayat AtThabrani).
4.16. “Barang siapa
mengumpulkan harta dengan tidak sewajarnya (tidak benar) maka Allah akan
memusnahkannya dengan air (banjir) dan tanah (runtuh). (Hadis Riwayat Al
Baihaqi).
5. Berdasarkan nas Al-Quran dan hadis Rasulullah di atas, tidak
ada dinyatakan dengan jelas larangan mencari harta kekayaan. Islam tidak
menegah umatnya mencari kekayaan harta benda dan kesenangan duniawi walaupun
Rasulullah sendiri tidak menunjukkan modelnya.
Namun begitu harta yang dicari wajiblah bersumberkan yang halal di sisi
agama. Selain dari sumber yang halal
wajib dipastikan juga pemiliknya melaksanakan tuntutan Islam seperti mengeluarkan
zakat, membantu fakir miskin, anak yatim dan sebagainya. Rasulullah tidak
menegah sahabatnya Abdul Rahman bin Auf mencari kekayaan dunia semasa di Madinah. Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai
korporat yang sangat berjaya di zaman Rasulullah. Tetapi kita kena faham bahawa sebahagian besar kekayaannya telah dihabiskan/dinfaqkan untuk jalan Allah. Rasulullah pernah bersabda Abdul Rahman bin
Auf ialah salah seorang dari 10 sahabatnya yang dijamin masuk syurga.
6. Rasulullah tidak menegah Abdul Rahman bin Auf mencari dan memiliki harta bukan kerana Islam menggalakkan carilah harta sebanyak manapun. Tetapi kerana Rasulullah mengetahui hati dan budi Abdul Rahman bin Auf yang tidak akan binasa imannya kerana harta dan kekayaan. Dalam kes lain, Rasulullah cuba menghalang pemilikan harta oleh seorang sahabat bernama Syaalabah. Kenapa?. Kerana Rasulullah mengetahui hati Syaalabah. Akhirnya Syaalabah menjadi kaya raya berkat doa Rasulullah kepada Allah setelah Syalaabah merayu-merayu kepada Rasulullah untuk menjadi kaya. Apa kesudahan hidup Syaalabah?. Dia mati dalam keadaan berdosa dan kufur kepada Allah kerana enggan mengeluarkan zakat. Begitulah jadinya manusia yang lemah imannya apabila berhadapan dengan sedikit kekayaan dunia kurniaan dari Allah.
6. Rasulullah tidak menegah Abdul Rahman bin Auf mencari dan memiliki harta bukan kerana Islam menggalakkan carilah harta sebanyak manapun. Tetapi kerana Rasulullah mengetahui hati dan budi Abdul Rahman bin Auf yang tidak akan binasa imannya kerana harta dan kekayaan. Dalam kes lain, Rasulullah cuba menghalang pemilikan harta oleh seorang sahabat bernama Syaalabah. Kenapa?. Kerana Rasulullah mengetahui hati Syaalabah. Akhirnya Syaalabah menjadi kaya raya berkat doa Rasulullah kepada Allah setelah Syalaabah merayu-merayu kepada Rasulullah untuk menjadi kaya. Apa kesudahan hidup Syaalabah?. Dia mati dalam keadaan berdosa dan kufur kepada Allah kerana enggan mengeluarkan zakat. Begitulah jadinya manusia yang lemah imannya apabila berhadapan dengan sedikit kekayaan dunia kurniaan dari Allah.
7. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Ada 3 golongan
manusia yang lama hisabnya di Padang Mahsyar, iaitu (1) orang yang memiliki banyak
harta kekayaan, (2) orang yang memiliki banyak ilmu, (3) orang yang mempunyai
ramai anak. Justeru bersiap sedialah bagi 3 golongan ini untuk menghadapi hisab Allah di sana. Di tempat di mana tidak ada seorang pun yang boleh memberi pertolongan kepada kita. Hanya amalan kita di dunia sahaja yang menjadi bekalannya. Pada saat itulah manusia akan mula berfikir menyesalnya mereka kerana memiliki perkara-perkara tersebut dalam keadaan gagal mematuhi perintah Allah mengenainya.
“Tiada bekal yang lebih utama daripada takwa.
Tiada sesuatu yang lebih baik daripada diam. Tiada musuh yang lebih berbahaya
daripada kebodohan. Tiada penyakit yang lebih parah daripada berbohong”. –
Mutaiara Kata Al-Imam Jaa’far Ash-Shodiq