1. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran tentang 99 asma ul husna (nama-namanya yang baik dan mulia) seperti dalam surah-surah berikut:
1.1. Surah Al-A’raf[Tempat
Yang Tinggi](7:180) yang berbunyi:
“Dan Allah
mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang
berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.
1.2. Surah Ta-Ha (20:8) yang berbunyi:
“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik”.
1.3. Surah Al-Israq
[Memperjalankan Waktu Malam](17:110) pula berbunyi:.
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta
mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu
cara yang sederhana antara itu”.
2. 99 Asmaul Husna dan maksudnya ialah:
1. Al-Rahman
الرحمن Maha Pengasih
2. Al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3. Al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4. Al-Quddus القدوس Maha Suci
5. Al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6. Al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7. Al-Muhaimin المهيمن Maha Memelihara
8. Al-Aziz العزيز Maha Gagah
9. Al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10. Al-Mutakabbir المتكبر Maha
Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11. Al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12. Al-Barik
البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk,
Menyeimbangkan)
13. Al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14. Al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15. Al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16. Al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17. Al-Razzaq
الرزاق Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19. Al-Alim
العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20. Al-Qabid
القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
21. Al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22. Al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23. Al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24. Al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25. Al-Muzil
المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26. Al-Samak
السميع Maha Mendengar
27. Al-Basar البصير Maha Melihat
28. Al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29. Al-Adl العدل Maha Adil
30. Al-Latif اللطيف Maha Lembut
31. Al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahsia
32. Al-Halim
الحليم Maha Penyantun
33. Al-Azim العظيم Maha Agung
34. Al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35. Al-Syakur
الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36. Al-Ali
العلى Maha Tinggi
37. Al-Kabir الكبير Maha Besar
38. Al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39. Al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40. Al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
41. Al-Jalil
الجليل Maha Mulia
42. Al-Karim
الكريم Maha Pemurah
43. Al-Raqib
الرقيب Maha Mengawasi
44. Al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45. Al-Wasik الواسع Maha Luas
46. Al-Hakim
الحكيم Maka Bijaksana
47. Al-Wadud
الودود Maha Pencinta
48. Al-Majid
المجيد Maha Mulia
49. Al-Bais
الباعث Maha Membangkitkan
50. Al-Syahid
الشهيد Maha Menyaksikan
51. Al-Haq
الحق Maha Benar
52. Al-Wakil
الوكيل Maha Memelihara
53. Al-Qawi القوى Maha Kuat
54. Al-Matin
المتين Maha Teguh
55. Al-Wali الولى Maha Melindungi
56. Al-Hamid
الحميد Maha Terpuji
57.
Al-Muhsi المحصى Maha Menghitung
58. Al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59. Al-Muaid
المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60. Al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit المميت Maha Mematikan
62. Al-Hai
الحي Maha Hidup
63. Al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64. Al-Wajid
الواجد Maha Penemu
65. Al-Majid
الماجد Maha Mulia
66. Al-Wahid
الواحد Maha Esa
67. Al-Ahad الاحد Maha Esa
68. Al-Samad الصمد Tempat Meminta
69. Al-Qadir
القادر Maha Menentukan
70. Al-Muqtadir
المقتدر Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim
المقدم Maha Mendahulukan
72. Al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73. Al-Awwal الأول Maha Awal
74. Al-Akhir
الأخر Maha Akhir
75. Al-Zahir
الظاهر Maha Nyata
76. Al-Batin الباطن Maha Ghaib
77. Al-Wali الوالي Maha Memerintah
78. Al-Mutaali
المتعالي Maha Tinggi
79. Al-Bar البر Maha Penderma
80. Al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim
المنتقم Maha Penyiksa
82. Al-Afu العفو Maha Pemaaf
83. Al-Rauf
الرؤوف Maha Pengasih
84.
Al-Malik ul-Mulk مالك الملك
Penguasa Kerajaan (Semesta)
85.
Al- Zul Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik
Kebesaran dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit المقسط Maha Adil
87. Al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghani
الغنى Maha Berkecukupan
89. Al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
90. Al-Manik المانع Maha Mencegah
91. Al-Dhar الضار Maha Memberi Derita
92. Al-Nafi’
النافع Maha Memberi Manfaat
93. Al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi
Cahaya)
94. Al-Hadi
الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badik البديع Maha Pencipta
96. Al-Baqi
الباقي Maha Kekal
97. Al-Waris الوارث Maha Pewaris
98. Al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99. Al-Sabur الصبور Maha Sabar
3. Apakah maksud Asmaul Husna?. Dari segi bahasa ia bermaksud
nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya.
Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu
dalam kebesaran dan kehebatan Allah sebagai pencipta dan pemelihara alam
semesta dengan segala isinya.
4. Dalam surah Al-‘Araf seperti dinyatakan di para 1.1 di atas,
Allah berfirman yang bermaksud: maka
serulah (dan berdoalah) kepadaNya
dengan menyebut nama-namanya. Adakah
seruan ataupun berdoa dengan menyebut nama-nama Allah itu dapat mengubati
penyakit?.
5. Satu kajian telah dibuat oleh Dr. Ibrahim Karim yang menunjukkan
asma ul husna mampu mengubati beberapa jenis penyakit. Siapakah Dr. Ibrahim
Karim?. Beliau berasal dari Mesir tetapi kini menetap di Montreal, Kanada. Seorang
graduan dari sebuah institut teknologi berprestij di Zurich Switzerland. Memperolehi MA dan PhD dalam bidang arkitek.
Beliau ialah seorang saintis dan pengasas bidang BioGeometry, iaitu kaedah
sains yang menggunakan prinsip-prinsip
tenaga untuk membentuk kesaimbangan sistem biologi dengan persekitaran. Dr. Ibrahim merupakan seorang CEO, Presiden BioGeometry Energy Systems
LTD serta pemilik Juru Perunding Arkitek Alemara yang telah diasaskan oleh bapanya
pada tahun 1930an.
6. Syarikat BioGeometry Energy Systems adalah
sebuah syarikat penyelidikan terulung yang mencari penyelesaian dalam perseimbangan
antara tenaga dan kualiti. Ia diguna
pakai dalam bidang arkitek, rangkaian telekomunikasi, reka bentuk industri dan lain-lain. Dr.Ibrahim telah menulis sebuah buku tentang
bidang BioGeometry bertajuk “Back to A
Future For Mankind”.
7. Dr. Ibrahim telah menemui bahawa Asma ul Husna, nama-nama Allah mempunyai
kuasa untuk menyembuh beberapa jenis penyakit.
Beliau menggunakan kaedah yang tepat
untuk mengukur tenaga dalam badan
manusia dan menemui setiap nama Allah dapat merangsang tenaga dalam
sistem kekebalan (immune) badan
supaya berfungsi dengan cekap. Caranya ialah dengan meletak tangan ditempat
yang mengalami masalah (sakit) dan membaca nama-nama Allah mengikut jenis-jenis
penyakit. Beliau mendapati dengan cara ini ia boleh membawa kepada peningkatan trek BioEnergy dalam badan manusia. Penemuan ini diperolehi
setelah 3 tahun membuat kajian. Jenis penyakit dan bacaan asma ul husna yang
sesuai ialah seperti berikut:
7.1. Telinga -
Al Samak
7.2. Tulang -
Al Nafi
7.3. Tulang belakang - Al Jabbar
7.4. Lutut -
Al Rauf
7.5. Rambut -
Al Badi
7.6. Jantung
- Al Nur
7.7. Otot - Al Qawi
7.8. Gelombang jantung - Al Wahab
7.9. Otot jantung -
Al Razaqq
7.10. Saraf -
Al Mughni
7.11. Arteri -
Al Jabbar
7.12. Perut -
Al Razaqq
7.13. Kanser -
Al Jalil
7.14. Tiroid -
Al Jabbar
7.15. Paha -
Al Rafi
7.16.
Maigrin - Al Ghani
7.17.
Arteri mata - Al Muta’ali
7.18.
Buah pinggang - Al Hayy
7.19.
Kolon - Al Rauf
7.20. Usus
- Al Razzaq
7.21.
Hati - Al Nafi
7.22.
Pankreas - Al Bari
7.23.
Rahim - Al Khaliq
7.24.
Pundi kencing - Al Hadi
7.24.
Sengal-sengal - Al Muhaymin
7.25.
Prostat - Al Rashid
7.26.
Saraf mata - Al Zahir
7.27.
Kelenjar pinial - Al Hadi
7.28.
Tekanan darah - Al Khafed
7.29.
Paru-paru - Al Razzaq
7.30.
Kelenjar thymus - Al Qawi
7.31.
Kelenjar atas buah pinggang - Al
Bari
7.32.
Rongga hidung - Al Latif, Al Ghani, Al Rahiim
7.33.
Mata - Al Nur, Al Basir, Al Wahab
8. Walaupun kaedah telah ditemui, sembuhnya sesuatu penyakit adalah
bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah. Kita
orang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit tidak akan datang kepada
manusia melainkan telah ditentukan/ditakdirkan oleh Allah SWT. Begitu juga setiap penyakit tidak akan sembuh
tanpa izinNya. Manusia hanyalah sekadar
berusaha sahaja dan yang menentukannya adalah Allah SWT. Apa yang perlu kita miliki
ialah keyakinan bahawa nama-nama Allah mampu mengubati penyakit. SELAMAT MENCUBA.
“Para Nabi tidak
diutus untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa
yang lebih penting ialah bagaimana untuk menyelamatkan diri di akhirat
kelak...” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Sebahagian kecil kandungan dipetik dari grup watsap ALUMNI 6AIP73