1. Dalam
sesi soal jawab satu ceramah umum yang telah diberikan oleh Dr. Zakir Naik,
seorang wanita telah bertanya kepada Dr. Zakir. Apakah rahsia beliau yang mudah
mengingati terlalu banyak perkara samada kandungan Al-Quran, Bible ataupun
kitab agama Hindu. Ringkasnya wanita
tersebut mahu tahu apakah rahsia kejayaan Dr. Zakir.
2. Dr. Zakir, seorang cendekiawan Islam dan pakar perbandingan agama menjawab kebolehannnya itu adalah pemberiaan dari Allah
SWT kepadanya. Beliau menjelaskan dalam latihan program dakwah kepada
murid-muridnya, beliau tekankan tiga perkara bagi mudah memahami dan mengingati
apa yang dibaca ataupun dipelajari, iaitu:
2.1. Pertama ialah bertawakal dan yakin kepada
pertolongan Allah SWT. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran, surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:160)
yang berbunyi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai
kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan
jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah
Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu berserah diri”.
Perkara
utama di sini ialah sifat tawakkal kita kepada Allah SWT. Yakinlah akan adanya pertolongan dari Allah
yang maha berkuasa lagi perkasa ke atas hamba-hamba yang berserah diri
kepadaNya.
2.2. Kedua pula ialah bekerja keras di jalan
Allah. Dalam surah Al-Ankabut[Labah-Labah](29:69),
Allah SWT berfrman yang berbunyi:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.
Kata
kunci di sini ialah berusaha dan bekerja keras, bersungguh-sungguh untuk
mempelajari sesuatu ilmu. Disamping itu sanggup berkorban untuk memberi
sumbangan kepada agama Allah SWT.
2.3. Ketiga pula beliau merujuk kepada
firman-firman Allah dalam Al-Quran seperti berikut:
2.3.1. Surah An-Nahl[Lebah](16:43)
yang berbunyi:
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang
Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik)
kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”.
2.3.2. Surah Al-Anbiya[Para Nabi](21:7) yang berbunyi:
“Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan
kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri"
jika kamu tidak mengetahui”.
Perkara
penting dalam konteks ini ialah jika kita tidak mengetahui sesuatu perkara,
semestinya kita bertanya kepada sesiapa sahaja yang lebih faham dan pandai dari
kita. Dr. Zakir Naik sendiri pernah belajar dan berguru dengan Allayarham Ahmed
Hossen Deedat.
3. Beliau juga memberitahu, murid-muridnya diajar memulakan
sesuatu ceramah dengan membaca doa Nabi Musa seperti dalam surah Ta Ha (20:25) yang berbunyi seperti
berikut:
“Nabi
Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku”
(20:26)
"Dan
mudahkanlah bagiku, tugasku”
(20:27)
"Dan
lepaskanlah simpulan dari lidahku”
(20:28)
"Supaya
mereka faham perkataanku”.
4. Sama-samalah kita beramal dengan amalan oleh Dr. Zakir Naik. In
sha Allah mudah-mdahan Allah memberikan kelebihan dan kemuliaan kepada kita
yang menyakini ajaran agamaNya.
5. Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam kita tidak boleh sama sekali berbangga diri dan menyombong dengan ilmu yang Allah anugerahkan. Ia hanya semata-mata ihsan dan rahmat dari Allah sahaja. Ingatlah bahawa Allah boleh sahaja mengambil kembali ilmu dari kita pada bila-bila masa jika Dia menghendaki. Ini kerana ilmu itu hanyalah pinjaman Allah kepada kita.
5. Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam kita tidak boleh sama sekali berbangga diri dan menyombong dengan ilmu yang Allah anugerahkan. Ia hanya semata-mata ihsan dan rahmat dari Allah sahaja. Ingatlah bahawa Allah boleh sahaja mengambil kembali ilmu dari kita pada bila-bila masa jika Dia menghendaki. Ini kerana ilmu itu hanyalah pinjaman Allah kepada kita.
“Kita hidup di
dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke
akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampai ke
akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam manna nak sampai
ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat
?...” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment