Saturday, 2 July 2016

BERAPA BANYAKKAH JUMLAH HURUF AL-QURAN ?




“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” {Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:2)}

1.   Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad, Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibrail lebih 1,400 tahun yang lalu. Rasulullah tidak pernah memberitahu kepada kita berapakah jumlah huruf dalam Al-Quran. Sekitar 1,200 tahun yang lalu dunia belum lagi mengenali komputer atau alat perkakas untuk menghitung sesuatu. Namun pada masa itu, Imam Syafie Rahimahullah telah mampu membilang jumlah setiap huruf dalam Al-Quran secara terperinci dan tepat. Masyaallah. Dalam kitab Imam Shafie yang bertajuk “Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi dalam mukaddimah Al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al-Quran mengikut susunan jumlah bilangannya adalah seperti berikut:

HURUF
SEBUTAN HURUF
BILANGAN HURUF
ا 
Alif
48,740
ل 
Lam
33,922
م
Mim
28,922
ح   
Ha
26,925
ي
Ya
25,717
و 
Wau
25,506
ن  
Nun
17,000
لا
Lam alif
14,707
ب
Ba
11,420
ث
Tsa
10,480
ف
Fa
9,813
ع
‘Ain
9,470
ق
Qaf
8,099
ك
Kaf
8,022
د
Dal
5,998
س  
Sin
5,799
 ذ
Zal
4,934
ه
Ha
4,138
ج
Jin
3,322
ص
Sad
2,780
ر
Ra
2,206
ش
Shin
2,115
ض
Dhad
1,822
ز 
Zai
1,680
خ  
Kha’
1,503
ت
Ta
1,404
غ
Ghain
1,229
ط  
Tha’
1,204
ظ  
Dza
842

2.  Jumlah keseluruhan huruf dalam Al-Quran ialah sebanyak 1,027,000 (satu juta dua puluh tujuh ribu).

3.   Ini bererti setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf. Jika 1 huruf itu memperolehi 1 kebaikan dan 1 kebaikan pula sama dengan 10 pahala, maka lebih dari 10 juta pahala kita mampu perolehi. Alangkah besarnya ganjaran pahalanya. Itulah salah satu sumber kekayaan kita di negeri akhirat nanti.

4.  Perincian yang dibentangkan di atas diharap dapat memberi motivasi kepada kita untuk sentiasa terus membaca qalam Allah, Al-Quranulqarim. Mudah-mudahan hidup kita akan terus disinari oleh cahaya Al-Quran.

JOM KITA PAKAT BACA AL-QURAN !!!

                    VIDEO Bacaan Al-Quran oleh Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

"Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup..."  ~Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sebahagian kandungan dipetik dari blog lampuislam.org

No comments:

Post a Comment