1. Bersedekah atau menginfaq harta ke jalan Allah SWT banyak sekali di firmankan Allah dalam Al-Quran, terutamanya dalam surah Al-Baqarah. Antaranya ialah:
“Bandingan
(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
{Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:261)}.
2. Firman-firman lain dari Allah ialah dalam surah-surah berikut:
2.1. Al-Baqarah
(2:195, 215, 245, 254, 262, 263, 264, 265, 267, 268, 271, 271, 273, 274, 276
dan 280).
2.2. An-Nisa
[Kaum Wanita] (4:8, 39,114).
2.3. Al-Anfal
[Harta Rampasan Perang](8:3 dan 60).
2.4. At-Taubah
[Pengampunan](9:20, 98, 99, 103 dan 104).
2.5. Yusuf
(12:88).
2.6. Ar-Raad
[Guruh](13:22).
2.7. Ibrahim
(14:31).
2.8. Al-Nahl
[Lebah](16: 75 dan 90).
2.9. Al-Isra’[Memperjalankan
Waktu Malam](17:26 dan 28).
2.10 Saba [Negeri
Saba](34:39).
2.11. Faatir
[Pencipta](35:29).
2.12. Al-Hadid
[Besi](57:7 dan 10).
2.13. As-Saff[Barisan](61:11).
2.14. Munafiqun[Orang
Munafik](63:10).
2.15. Al-Insan[Manusia](76:9).
2.16 Al-Lail
[Malam](92:20) dan
2.17. Dhuha[Waktu
Dhuha](93:10)
3. Betapa besarnya kepentingan bersedekah ini dapat dibuktikan
dengan beberapa sabda Rasulullah, iaitu deperti berikut:
3.1. “Bersedekahlah
kamu, meski hanya dengan sebiji kurma. Sebab sedekah dapat memenuhi keperluan
orang yang kelaparan dan memadamkan kesalahan, sebagaimana air mampu memadamkan
api.” (Hadis Riwayat Ahmad).
3.2. “Ubatilah
sakitmu dengan sedekah, bentengilah harta bendamu dengan zakat, dan bersiaplah
menghadapi cubaan dengan doa.” (Hadis Riwayat Baihaqi).
3.3. “Ubatilah
orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah.” (Hadis Riwayat Baihaqi).
4. Sabda Rasulullah di atas ada menjelaskan tentang kemampuan
sedekah untuk mengubati penyakit. Apakah
benar kenyataan itu. Memang Rasulullah
tidak menghuraikannya dengan lebih lanjut.
Namun kajian telah dilakukan oleh para pengkaji di zaman moden ini.
Contohnya seperti dilaporkan dalam akhbar The Huffington Post, Kanada. Para
pengkaji di Jabatan Psikologi, Universiti British Columbia, Kanada berhasil menghubungkan
antara penggunaan wang untuk orang lain dengan penurunan tekanan darah.
UNIVERSITY OF BRITISH COLUMBIA, KANADA
5. Kajian tersebut terbahagi menjadi dua bahagian. Bahagian pertama terdiri dari 128 peserta berusia lebih
dari 40 tahun yang didiagnosis mempunyai tekanan darah tinggi. Mereka diberi
sejumlah wang untuk dihabiskan selama tempoh masa tertentu. Mereka juga diberi
pilihan, samada untuk menghabiskan wang untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Kemudiannya didapati ada diantara
mereka yang memilih untuk menghabiskan wang tersebut untuk orang lain. Ketika
dilakukan pemeriksaan perubatan, didapati berlaku penurunan tekanan darah
sistolik dan diastolik kepada mereka yang menghabiskan wangnya untuk orang lain. Sebaliknya tidak terjadi perubahan pada
kesihatan bagi mereka yang menghabiskan wang untuk diri sendiri.
6. Pada bahagian kedua penelitian, pengkaji telah menganalisis data 186 orang yang telah lanjut
usia yang memiliki tekanan darah tinggi. Hasilnya didapati bahawa semakin
banyak wang dihabiskan untuk kebahagiaan orang lain maka semakin rendah tekanan
darah mereka.
7. Subhanallah. Maha Suci Allah dan maha benarlah sabda
kekasihNya, Rasulullah. Sesungguhnya setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah
untuk umatnya wajib dan pasti akan ada kebaikannya untuk manusia. Ini kerana
Rasulullah tidak akan bersabda sesuatu melainkan ianya diberikan hidayah oleh
Allah, tuhan semesta alam. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang benar yang
datangnya dari tuhan yang sebenar (The True God).
Ceramah Ustaz Azhar Idrus bertajuk "Kelebihan Bersedekah"
"Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan
berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika
salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti
juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah
Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar,
syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah
balasannya..." ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik
Mat
Sebahagian kandungan dipetik
dari lampuislam.org
No comments:
Post a Comment