“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi
petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada
orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu
menerima petunjuk”. {Petikan dari Surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56)}
“Barang
siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang
dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi
sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa
kepada orang-orang yang tidak beriman”. {Petikan dari Surah Al-An’am[Binatang Ternakan](6:125)}.
1. Joseph Cohen ialah seorang Yahudi Ortodoks kelahiran Amerika
Syarikat dan beliau menetap di sana. Pada tahun 1998 beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Israel
kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Judaisme, agama anutan orang
berketurunan Yahudi. Di Israel, beliau menetap di kawasan penempatan Yahudi di
Netivot, sebuah kawasan gurun di Israel.
2. Sebenarnya gerak hatinya untuk berpindah ke Israel adalah kerana
Allah mempunyai perancangan untuknya.
Selepas tiga tahun menetap di Israel, Cohen membuat keputusan untuk
menganut agama Islam setelah beliau dikatakan bertemu dengan seorang syeikh berasal
dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hasil pertemuan itu beliau kerap berbincang
tentang agama (teologi) dengan sheikh tersebut melalui internet. Setelah
memeluk Islam, Cohen menukar namanya kepada Yusuf Muhammad Khattab.
YUSUF DAN ISTERINYA, LUNA |
3. Tidak berapa lama setelah menganut Islam, isterinya Luna serta
empat orang anaknya mengikuti jejaknya
menjadi Islam. Kini Yusuf Khattab aktif berdakwah kepada orang-orang Yahudi
walaupun dia sendiri tidak diterima lagi oleh keluarga orang tuanya yang tidak suka melihatnya masuk Islam. Beliau
mengakui berdakwah tentang Islam kepada orang-orang Yahudi bukan satu pekerjaan
yang mudah. Baginya yang pertama harus dilakukan dalam memperkenalkan Islam
adalah bahawa hanya ada satu manhaj dalam Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh
Rasululullah SAW yang kemudian diteruskan oleh sahabat-sahabat dan penerusnya
hingga sekarang. Keyakinan beliau ialah bahawa cara yang paling baik untuk
membuktikan Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan
penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara manusia itu
adalah tahap ketaqwaannya pada Allah SWT.
YUSUF DAN KELUARGANYA |
4. Yusuf dan keluarganya telah berpindah dari Netivot ke kawasan penempatan
Arab di Jurusalem Timur. Anak-anak Yusuf tidak lagi belajar kitab Taurat,
sebaliknya membaca Al-Quran. Yusuf mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi
sangat berbeda dengan Islam. Perbedaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama
Yahudi, kata Yusuf percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para
rabbi (ulama) mereka. Orang-orang Yahudi
berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka. "Judaisme adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeda
dengan Islam, agama yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan
pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia al-Quran
yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama," begitulah kata Yusuf.
5. Yusuf pernah berkata “Kitab
Taurat yang diyakini oleh orang Yahudi
sekarang ini memiliki sebelas versi yang berbeda dan naskah-naskah Taurat itu
bukan lagi dari naskah asli. Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita
semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang boleh menghafal
al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran.".
Beliau masih yakin bahawa dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama
di kalangan orang Yahudi.
6. Ketika ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mendakwa
mereka anti Zionis, Yusuf menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari segi
agama, dia tidak percaya kepada orang Yahudi yang mendakwa mereka anti Zionis.
Dari sejarahnya mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar perjanjian dan kesepakatan.
Mereka pernah membunuh para nabi utusan Allah SWT.
7. Sebagai seorang yang pernah tinggal di kawasan penempatan
Yahudi di wilayah Palestin, Yusuf mengakui wujudnya diskriminasi yang dilakukan
oleh pemerintah Israel terhadap orang Islam Palestin. Beliau sendiri pernah
dipukul oleh tentara-tentara Israel walaupun tidaklah seburuk perlakuan
tentara-tentera Zionis kepada rakyat Palestin.
8. Yusuf dan keluarganya telah termasuk dalam golongan orang yang
diuji oleh Allah SWT. Allah akan tetap menguji hamba-hambanya bagi mengetahui
tahap keimanan seseorang. Maka benarlah firman Allah seperti dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:214) yang
berbunyi:
“Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda)
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”.
“Ambil wudhu tak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana
basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis
yang ada diwajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata,
mulut, telinga, tangan dan kaki...” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dari
eramuslim
No comments:
Post a Comment