Saturday, 30 July 2016

ADAKAH ASMA UL HUSNA MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT?


                                                   Video Bacaan Asma Ul Husna ESQ

1.  Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran tentang 99 asma ul husna (nama-namanya yang baik dan mulia) seperti dalam surah-surah berikut:

1.1.   Surah Al-A’raf[Tempat Yang Tinggi](7:180) yang berbunyi:


“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”. 

          1.2.   Surah Ta-Ha (20:8) yang berbunyi:


“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik”. 

1.3.   Surah Al-Israq [Memperjalankan Waktu Malam](17:110) pula berbunyi:.
 

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu”.
 
2.      99 Asmaul Husna dan maksudnya ialah:

1. Al-Rahman     الرحمن       Maha Pengasih

2. Al-Rahim        الرحيم        Maha Penyayang

3. Al-Malik         الملك          Maha Merajai/Memerintah

4. Al-Quddus     القدوس       Maha Suci

5. Al-Salam         السلام        Maha Memberi Kesejahteraan

6. Al-Mukmin     المؤمن       Yang Memberi Keamanan

7. Al-Muhaimin  المهيمن      Maha Memelihara

8. Al-Aziz            العزيز       Maha Gagah

9. Al-Jabbar        الجبار        Maha Perkasa

10. Al-Mutakabbir    المتكبر  Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

11. Al-Khaliq      الخالق        Maha Pencipta

12. Al-Barik        البارئ         Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)

13. Al-Musawwir         المصور       Yang Membentuk Rupa (makhluknya)

14. Al-Ghaffar    الغفار        Maha Pengampun

15. Al-Qahhar    القهار          Yang Memaksa

16. Al-Wahhab   الوهاب         Maha Pemberi Kurnia

17. Al-Razzaq     الرزاق          Maha Pemberi Rezeki

18. Al-Fattah       الفتاح       Maha Pembuka Rahmat

19. Al-Alim         العليم         Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)

20. Al-Qabid      القابض      Yang Menyempitkan (makhluknya)

21. Al-Basit          الباسط      Yang Melapangkan (makhluknya)

22. Al-Khafid      الخافض     Yang Merendahkan (makhluknya)

23. Al-Rafik        الرافع        Yang Meninggikan (makhluknya)

24. Al-Muiz         المعز         Yang Memuliakan (makhluknya)

25. Al-Muzil         المذل         Yang Menghinakan (makhluknya)

26. Al-Samak      السميع        Maha Mendengar

27. Al-Basar        البصير       Maha Melihat

28. Al-Hakam     الحكم          Maha Menetapkan

29. Al-Adl           العدل          Maha Adil

30. Al-Latif          اللطيف      Maha Lembut

31. Al-Khabir      الخبير      Maha Mengetahui Rahsia

32. Al-Halim       الحليم         Maha Penyantun

33. Al-Azim         العظيم        Maha Agung

34. Al-Ghafur     الغفور       Maha Pengampun

35. Al-Syakur     الشكور      Maha Pembalas Budi (Menghargai)

36. Al-Ali            العلى         Maha Tinggi

37. Al-Kabir        الكبير      Maha Besar

38. Al-Hafiz         الحفيظ      Maha Menjaga

39. Al-Muqit       المقيت       Maha Pemberi Kecukupan

40. Al-Hasib       الحسيب     Maha Membuat Perhitungan

41. Al-Jalil          الجليل        Maha Mulia

42. Al-Karim       الكريم        Maha Pemurah

43. Al-Raqib       الرقيب       Maha Mengawasi

44. Al-Mujib       المجيب       Maha Mengabulkan

45. Al-Wasik      الواسع        Maha Luas

46. Al-Hakim      الحكيم        Maka Bijaksana

47. Al-Wadud     الودود        Maha Pencinta

48. Al-Majid       المجيد         Maha Mulia

49. Al-Bais          الباعث        Maha Membangkitkan

50. Al-Syahid     الشهيد         Maha Menyaksikan

51. Al-Haq          الحق           Maha Benar

52. Al-Wakil       الوكيل        Maha Memelihara

53. Al-Qawi        القوى         Maha Kuat

54. Al-Matin       المتين        Maha Teguh

55. Al-Wali          الولى         Maha Melindungi

56. Al-Hamid      الحميد         Maha Terpuji

57. Al-Muhsi       المحصى      Maha Menghitung

58. Al-Mubdik    المبدئ        Maha Memulai

59. Al-Muaid      المعيد          Maha Mengembalikan Kehidupan

60. Al-Muhyi      المحيى       Maha Menghidupkan

61. Al-Mumit      المميت        Maha Mematikan

62. Al-Hai            الحي          Maha Hidup

63. Al-Qayyum   القيوم        Maha Mandiri

64. Al-Wajid       الواجد         Maha Penemu

65. Al-Majid       الماجد           Maha Mulia

66. Al-Wahid      الواحد           Maha Esa

67. Al-Ahad        الاحد           Maha Esa

68. Al-Samad      الصمد         Tempat Meminta

69. Al-Qadir       القادر          Maha Menentukan

70. Al-Muqtadir    المقتدر       Maha Berkuasa

71. Al-Muqaddim المقدم        Maha Mendahulukan

72. Al-Muakhir   المؤخر         Maha Mengakhirkan

73. Al-Awwal      الأول           Maha Awal

74. Al-Akhir        الأخر            Maha Akhir

75. Al-Zahir        الظاهر           Maha Nyata

76. Al-Batin         الباطن            Maha Ghaib

77. Al-Wali             الوالي         Maha Memerintah

78. Al-Mutaali    المتعالي          Maha Tinggi
  
79. Al-Bar            البر              Maha Penderma

80. Al-Tawwab   التواب           Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim المنتقم          Maha Penyiksa

82. Al-Afu           العفو              Maha Pemaaf

83. Al-Rauf          الرؤوف        Maha Pengasih

84. Al-Malik ul-Mulk  مالك الملك  Penguasa Kerajaan (Semesta)

85. Al- Zul Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan

86. Al-Muqsit     المقسط       Maha Adil 

87. Al-Jamik        الجامع         Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghani       الغنى          Maha Berkecukupan

89. Al-Mughni    المغنى        Maha Memberi Kekayaan

90. Al-Manik      المانع          Maha Mencegah

91. Al-Dhar         الضار        Maha Memberi Derita

92. Al-Nafi’         النافع         Maha Memberi Manfaat

93. Al-Nur       النور         Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)

94. Al-Hadi         الهادئ       Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badik       البديع       Maha Pencipta

96. Al-Baqi          الباقي        Maha Kekal

97. Al-Waris       الوارث        Maha Pewaris

98. Al-Rasyid     الرشيد       Maha Pandai

99. Al-Sabur       الصبور     Maha Sabar

3. Apakah maksud Asmaul Husna?. Dari segi bahasa ia bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta dengan segala isinya.

4. Dalam surah Al-‘Araf seperti dinyatakan di para 1.1 di atas, Allah berfirman yang bermaksud: maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-namanya. Adakah seruan ataupun berdoa dengan menyebut nama-nama Allah itu dapat mengubati penyakit?. 
 
DR. IBRAHIM KARIM
5.  Satu kajian telah dibuat oleh Dr. Ibrahim Karim yang menunjukkan asma ul husna mampu mengubati beberapa jenis penyakit. Siapakah Dr. Ibrahim Karim?. Beliau berasal dari Mesir tetapi kini menetap di Montreal, Kanada. Seorang graduan dari sebuah institut teknologi berprestij di Zurich Switzerland.  Memperolehi MA dan PhD dalam bidang arkitek. Beliau ialah seorang saintis dan  pengasas bidang BioGeometry, iaitu kaedah sains yang menggunakan prinsip-prinsip  tenaga untuk membentuk kesaimbangan sistem biologi dengan persekitaran. Dr. Ibrahim merupakan seorang CEO, Presiden BioGeometry Energy Systems LTD serta pemilik Juru Perunding Arkitek Alemara yang telah diasaskan oleh bapanya pada tahun 1930an.

 
6. Syarikat BioGeometry Energy Systems adalah sebuah syarikat penyelidikan terulung yang mencari penyelesaian dalam perseimbangan antara tenaga dan kualiti.  Ia diguna pakai dalam bidang arkitek, rangkaian telekomunikasi,  reka bentuk industri dan lain-lain.  Dr.Ibrahim telah menulis sebuah buku tentang bidang BioGeometry bertajuk “Back to A Future For Mankind”.

7.   Dr. Ibrahim telah menemui bahawa  Asma ul Husna, nama-nama Allah mempunyai kuasa untuk menyembuh beberapa jenis penyakit.  Beliau menggunakan kaedah yang tepat  untuk mengukur  tenaga dalam badan manusia dan menemui setiap nama Allah dapat merangsang tenaga dalam sistem kekebalan (immune) badan supaya berfungsi dengan cekap. Caranya ialah dengan meletak tangan ditempat yang mengalami masalah (sakit) dan membaca nama-nama Allah mengikut jenis-jenis penyakit. Beliau mendapati dengan cara ini ia boleh membawa kepada peningkatan trek BioEnergy dalam badan manusia.  Penemuan ini diperolehi setelah 3 tahun membuat kajian. Jenis penyakit dan bacaan asma ul husna yang sesuai ialah seperti berikut:

7.1.   Telinga      - Al Samak 

7.2.   Tulang       - Al Nafi 

7.3.   Tulang belakang         - Al Jabbar

7.4.   Lutut         - Al Rauf 

7.5.   Rambut      - Al Badi 

7.6.   Jantung     - Al Nur 

7.7.   Otot           - Al Qawi 

7.8.   Gelombang jantung   - Al Wahab

7.9.   Otot jantung       - Al Razaqq 

7.10. Saraf                    - Al Mughni 

7.11. Arteri         - Al Jabbar

7.12. Perut          - Al Razaqq

7.13. Kanser       - Al Jalil 

7.14. Tiroid        - Al Jabbar 

7.15. Paha           - Al Rafi 

7.16. Maigrin     - Al Ghani 

7.17. Arteri mata         - Al Muta’ali 

7.18. Buah pinggang - Al Hayy

7.19. Kolon         - Al Rauf 

7.20. Usus           - Al Razzaq

7.21. Hati            - Al Nafi 

7.22. Pankreas   - Al Bari 

7.23. Rahim        - Al Khaliq 

7.24. Pundi kencing   - Al Hadi 

7.24. Sengal-sengal    - Al Muhaymin

7.25. Prostat       - Al Rashid 

7.26. Saraf mata           - Al Zahir

7.27. Kelenjar pinial   - Al Hadi

7.28. Tekanan darah   - Al Khafed

7.29. Paru-paru   - Al Razzaq

7.30. Kelenjar thymus           - Al Qawi 

7.31. Kelenjar atas buah pinggang       - Al Bari

7.32. Rongga hidung - Al Latif, Al Ghani, Al Rahiim

7.33. Mata - Al Nur, Al Basir, Al Wahab

8.  Walaupun kaedah telah ditemui, sembuhnya sesuatu penyakit adalah bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah.  Kita orang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit tidak akan datang kepada manusia melainkan telah ditentukan/ditakdirkan oleh Allah SWT.  Begitu juga setiap penyakit tidak akan sembuh tanpa izinNya.  Manusia hanyalah sekadar berusaha sahaja dan yang menentukannya adalah Allah SWT. Apa yang perlu kita miliki ialah keyakinan bahawa nama-nama Allah mampu mengubati penyakit. SELAMAT MENCUBA.
                                                    
“Para Nabi tidak diutus untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk menyelamatkan diri di akhirat kelak...” ~~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.




Sebahagian kecil kandungan dipetik dari grup watsap ALUMNI 6AIP73

4 comments:

  1. Masya Allah. Alhamdullillah. Terpanggil jemari saya diawal subuh ini utk menjengah blog YBhg Dato Mohamed Jaafar melalui mekmad.blogspot.com. Sekali imbas, sungguh menarik sekali. Tp belum ada kesempatan membaca dgn teliti. In syaa Allah, Mohon dipermudahkn urusan saya utk kembali semula ke blog YBhg Dato dlm masa terdekat sebelum menyebarluaskan penulisan YBhg Dato yg sungguh berIlmu dn bermanfaat sbg hamba2 Allah SWT. SYABAS & Tahniah atas perkongsian Ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menjengok blog saya. Semoga memberi manfaat

      Delete
  2. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian cerita dari anda

    ReplyDelete