“Dialah
yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan
agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya
atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” {Petikan
dari Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)}
Rasulullah SAW pernah bersabda
yang berbunyi:
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به
“Pasti
akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah
tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan
dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan
al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari
& Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
PETA KESATUAN SOVIET RUSIA (USSR)
PETA KESATUAN SOVIET RUSIA (USSR)
1.
Moldova
2.
Armenia
3.
Azerbaijan
4.
Belarus
5.
Estonia
6.
Georgia
7.
Kazakhstan
8.
Kirgizstan
9.
Latvia
10. Lituania
11.
Rusia
12. Tajikistan
13. Turkmenistan
14. Ukraine
15. Uzbekistan
1. SEJARAH RUSIA SECARA
RINGKAS
1.1. Sejarah Kesatuan Soviet bermula apabila runtuhnya kerajaan beraja yang dipanggil Tsar.
Pemerintahan Tsar berakhir pada tahun 1917 apabila raja terakhir iaitu Tsar
Nicholas II telah digulingkan. Pada 7.11.1917, kelompok Bolshevik (majoriti)
pimpinan Lenin telah mengambil alih pemerintahan dan kerajaan Soviet.
1.2. Kesatuan Soviet yang dipanggil Union of
Soviet Socialist Republic (USSR) merupakan negara yang menganut fahaman
komunis. Kerajaannya berpusat di Moscow dan
mengandungi konfedarasi 15 buah negeri. Negeri-negeri itu ialah Rusia,
Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgistan, Latvia,
Lithuania, Moldova, Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Ukraine. Rusia
mempunyai saiz negeri paling besar.
1.3. Kesatuan (USSR) negara Komunis ini telah
berakhir pada tahun 1991 dan selepas itu kesemua 15 buah negara di dalamnya
telah berpisah dan membentuk kerajaan sendiri dengan Rusia menjadi negara
paling kuat.
2. SEJARAH ISLAM DI RUSIA
2.1. Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia
selepas agama Kristian ortodoks.
Dianggarkan terdapat seramai 28 juta orang umat Islam di Rusia dari
sejumlah sekitar 142 juta penduduk. Ia mewakili lebih dari 15% penduduk Rusia. Di Moscow sahaja bilangan umat Islam melebihi 2 juta orang.
2.2. Catatan sejarah mendapati agama Islam mula
masuk ke Rusia seawal tahun 992 Masihi melalui sekelompok etnik yang tinggal di
daerah Siberia (yang disebut Bulgar) dan kemudiannya menyebarkannya ke seluruh
Rusia. Islam diberitakan masuk ke Rusia melalui jalan perdagangan, iaitu seperti
cara yang sama penyebaran agama Islam di negara lain. Ada sejarawan berpendapat
Islam datang ke Moscow melalui bahagian selatan kerana laluan tersebut paling
mudah dilalui untuk rombongan kafilah dagang. Hal tersebut membuat para pedagang
Islam dan para daei senang untuk melintasi stapa Asia Tengah menuju Siberia dengan
bantuan kaum Islam Tartar.
2.3. Dianggarkan agama Islam masuk ke Moscow
sekitar tahun 1,200 Masihi. Ketika itu
ibu kota Islam berpusat di Kazan. Kazan menjadi ibu kota Islam hingga tahun
1552 apabila Tsar Rusia berjaya memasuki dan menghancurkan Kazan serta membakar
masjid dan memindahkan kubah-kubah masjid yang indah ke Moscow. Berikutnya
tentera Tzar menduduki kota Astrakhan pada tahun 1556, Siberia Barat pada tahun
1598 dan pada akhir abad ke 16 mereka tiba di daerah-daerah Islam di Karbordino
dan Chechnya. Semenjak itulah bermulanya persengketaan antara mereka dengan
penduduk Islam. Walaupun demikian, sebahagian
besar orang Islam tetap dengan kepercayaan Islam mereka dan mengikuti ajaran
agama Islam. Ini membuktikan bahawa kekejaman Rusia tidak mampu menghentikan
penyebaran Islam. Sebaliknya pula Islam mencapai kemajuan di pertengahan abad ke-18 pada masa
pemerintahan Ratu Rusia, Catherine II. Pada masa ini orang Islam dapat merasai sedikit
kebebasan. Pada tahun 1767, pengusiran kaum Tatar Islam dari Kazan dihentikan.
Pemerintah Rusia mula berlembut dengan umat Islam sekitar tahun 1773 apabila memberikan kaum Tatar Volga
kebebasan beragama. Dengan sebab itu masjid-masjid
mula di bina semula. Pedagang Tartar Volga menjadi mediator yang baik antara Tsar Rusia dan Asia Tengah. Mereka juga
bertindak sebagai daei dan mubaligh.
2.4. Masjid Marcani adalah masjid tertua yang
didirikan di Kazan. Ia dibina pada tahun 1766-1770 M ketika Catherine II berkuasa dengan menggunakan derma dari orang
ramai. Masjid Marcani menjadi satu-satunya masjid yang tidak ditutup ketika
era Soviet Union. Akiteknya ialah Vasily
Kaftyrev. Beliau menggabungkan gaya barok dan gaya arkitek abad pertengahan.
Masjid dua tingkat ini terletak di tepi Tasik Qaban.
2.5. Ketika perang dunia pertama meletus, orang
Islam ada yang memegang jawatan yang agak tinggi di kalangan pemerintah Tsar
Rusia. Namun demikian, keadaan mereka mula berubah diakhir pemerintahan Tsar.
Kerajaan Komunis Soviet yang mengambil alih pemerintahan sangat berbeda sikap
mereka. Ini kerana tujuan komunis adalah untuk menghapuskan segala
bentuk agama yang dianggap candu kepada masyarakat. Pelbagai bentuk penindasan dilakukan
terhadap orang Islam Rusia. Penindasan bermula sejak tahun 1928 hingga Perang
Dunia Kedua. Menjelang Perang Dunia Kedua nasib umat Islam berubah sedikit apabila
terjalin kesepakatan antara mereka
dengan pemerintah Rusia untuk sama-sama menghadapi perang. Pada bulan Julai
1942, Mufti Rusia dan Eropa, Abdul Rahman Rasulev menjalin hubungan dengan pemerintah
Rusia, Stalin. Semenjak itu propaganda memusuhi Islam di Rusia mulai reda
sedikit. Situasi ini berlanjutan sehingga Stalin mati.
2.6. Walau bagaimanapun, toleransi dengan umat
Islam telah berakhir di era Krushchev
sebagai Presiden Rusia. Propaganda memusuhi Islam bergema semula dari tahun 1954
hingga tahun 1964. Disebalik pelbagai propaganda memusuhi Islam, Islam tetap
berkembang. Percetakan Al-Quran meningkat.
Di sekolah dan madrasah, bahasa Arab diajarkan yang bertujuan supaya
kanak-kanak Islam dapat membaca dan memahami Al-Quran. Beberapa buah majalah Islam telah diterbitkan
dalam bahasa Rusia seperti “Ислам” (transliteration: Islam), “Эхо Кавказа” (Ekho
Kavkaza) dan “Исламский вестник”
(Islamsky Vestnik). Suratkhabar
berbahasa Rusia pula seperti “Ассалам”
(Assalam), dan “Нуруль Ислам” (Nurul Islam) yang diterbit
di Makhachkala, Dagestan.
2.7. Majoriti umat Islam Rusia menganut ajaran
Sunni. Namun terdapat beberapa tempat seperti di Daagestan dan Chechnya
mereka penganut tradisi sufi yang
diwakili oleh tarekat Naqsyabandi & Shazili pimpinan Sheikh Said Afandi al-Chirkawi
ad-Daghestani. Amalan sufi memberikan kekutan semangat untuk orang Kaukasus menentang
tekanan orang asing.
3. PERKEMBANGAN ISLAM DI
RUSIA KINI
3.1. Dianggarkan terdapat sekitar 28 juta umat
Islam di Rusia. Islam menjadi agama
kedua teramai penganutnya selepas Kristian ortodoks. Orang Islam ramai menghuni
kawasan sekitar Laut Hitam dan Laut Kaspia seperti Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, Chechnya, Circassian, Ingush, Kabardin, Karachay dan warga negara Dagestan. Mereka juga ramai tinggal di Perm Krai &
Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast. Kebanyakan
mereka adalah dari kaum Tartar.
3.2. Dianggarkan sekitar 500 buah masjid di
Rusia.
Di wilayah Dagestan sahaja terdapat lebih 200 buah masjid. Dalam masa sepuluh
tahun terakhir ini jumlah masjid di Tatarstan telah melebihi 100 buah. Di
ibukota Rusia, Moscow sahaja bilangan orang Islam dianggarkan berjumlah
melebihi 2 juta orang. Di situ terdapat
20 buah komuniti Islam dengan 5 buah masjid.
MASJID AGUNG MOSCOW
MAJLIS PERASMIAN MASJID AGUNG MOSCOW OLEH PRESIDEN PUTIN
3.3. Pada 24.9.2015 lalu Presiden Rusia, Vladimir
Putin telah merasmikan masjid terbesar di Rusia dan menjadikan ia sebuah masjid
terbesar di Eropah. Ia adalah Masjid
Agung Moscow atau dalam bahasa Rusia dipanggil Moskovskiy Soborniy Mecet. Kos pembinaannya disumbangkan oleh
Kerajaaan Turki dan Kazakhstan. Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan turut
hadir dalam majlis perasmiannya. Masjid
ini berkeluasan 19,000 meter persegi dan boleh menampung sekitar 10,000 jemaah.
Kubahnya setinggi 46 meter dan tinggi menara pula 72 meter. Bahagian tengahnya memiliki kubah berlapis
emas dengan bingkai ukiran ayat-ayat suci Al-Quran. Masjid ini dilengkapi
dengan kemudahan lif, pendingin hawa dan kemudahan untuk orang cacat. Ia
didirikan di atas tapak masjid lama yang telah dibina pada tahun 1904. Dalam
ucapan perasmiannya Vladimir Putin berkata:
"Masjid ini merupakan salah satu
masjid tertua di Moskow dan setelah diubahsuai ia menjadi salah satu masjid yang
terbesar di Eropah dengan penampilan yang sangat moden dan menjadi kebanggaan
bangsa Rusia yang mempunyai pelbagai etnik dan agama."
3.4. Menurut data rasmi Negara Rusia, kini terdapat
sebanyak 3,345 organisasi orang Islam. Jumlah terbesar organisasi-organisasi
itu didaftarkan di daerah Volga (1,945), diikuti Kaukasus Utara (980) &
Ural (316). Jumlah organisasi di tempat lain lebih kecil. Tiga organisasi orang
Islam menurut status dewan federal (pusat) ialah:
3.4.1. Dewan Mufti Rusia (berpusat di
Moscow). Pemimpinnya Mufti Ravil Gainutdin. Dewan ini memimpin 1,686 komuniti.
3.4.2. Pentadbiran Keagamaan Pusat Islam
Rusia (berpusat di Ufa). Dipimpin oleh Mufti Talgat Tadzhuddin dan
mempunyai 522 komuniti.
3.4.3. Pusat Koordinasi Islam di Kaukasus
Utara yg dipimpin oleh Ismail Berdiyev, Mufti Karachai-Cherkassia dan wilayah
Stavropol. Ia terdiri dari 830 komuniti.
3.5. Orang Islam di Rusia kini memiliki kehidupan
yang lebih baik dibandingkan masa dahulu. Untuk pertama kalinya dalam sejarah
Rusia, pemimpin Rusia, Vladimir Putin melantik seorang menteri Islam dalam
kabinetnya.
4. PENUTUP
4.1. Maka benarlah sabda Rasulullah SWT di atas
bahawa pasti agama Allah akan sampai ke mana adanya siang dan malam. Siapa menduga Islam boleh bertapak di sebuah Negara
Komunis yang pernah dikatakan oleh pemimpinnya bahawa agama ini adalah candu
manusia yang perlu dibasmi.
4.2. Berdoalah kita agar agama Allah SWT, Islam
ini akan terus subur, maju dan berkembang di bumi beruang merah.
4.3. Agama Islam kini telah diakui sebagai agama
yang paling cepat berkembang di dunia. Bilangan penganut agama Kristian yang
menukar agama dan memeluk Islam sentiasa ada dari masa ke masa. Islam, agama yang mentauhidkan
Allah SWT sangat ditakuti oleh orang Barat dan Kristian. Kebenaran agama Islam akan terserlah dari
masa ke semasa.
Solat Eidul Fitri di salah sebuah masjid di Moscow. Lihatlah betapa ramainya umat Islam di sana. Kemahuan mereka untuk kembali kepada Islam seperti tidak dapat dibendung lagi.
Solat Eidul Fitri di salah sebuah masjid di Moscow. Lihatlah betapa ramainya umat Islam di sana. Kemahuan mereka untuk kembali kepada Islam seperti tidak dapat dibendung lagi.
“Saintis barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian
benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan
tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa,
kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia?. Lantaran itu didiklah anak-anak
dengan jagaan IMAN dan TAKWA kerana dari benih inilah akan lahirnya tamadun
UMMAH..InsyaAllah...” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik
Mat.
Sebahagian
kandungan dipetik dari Mosaikislam.com dan Wartasejarah.blogspot.my
No comments:
Post a Comment