MASJID NABAWI, MADINAH |
1. Dalam Surah Al-Qalam[Pena](68:4), Allah SWT telah berfirman memuji akhlak Rasulullah SAW. Firman itu berbunyi:
"Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
2. Kita tidak ditakdirkan oleh Allah SWT hidup bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu hanya kesah-kesah dan cerita tentang Rasulullah sahaja yang kita dengar dan ketahui. Di bawah ini di senaraikan 13 kesah akhlak Rasulullah untuk menjadi renungan kita bersama. Hayatilah kesah ini semoga kita menjadi orang yang sentiasa kasih dan sayang kepada Rasulullah. Apa yang lebih penting lagi ialah jika kita mampu melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah semasa hayatnya. Kesah-kesah itu ialah:
"Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
2. Kita tidak ditakdirkan oleh Allah SWT hidup bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu hanya kesah-kesah dan cerita tentang Rasulullah sahaja yang kita dengar dan ketahui. Di bawah ini di senaraikan 13 kesah akhlak Rasulullah untuk menjadi renungan kita bersama. Hayatilah kesah ini semoga kita menjadi orang yang sentiasa kasih dan sayang kepada Rasulullah. Apa yang lebih penting lagi ialah jika kita mampu melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah semasa hayatnya. Kesah-kesah itu ialah:
2.1. Jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2.2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang
sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan
bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan:
“Kalau Rasulullah berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.”
2.3. Jika mendengar azan, Rasulullah cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai solat.
2.4. Pernah Rasulullah SAW pulang ke rumah pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Rasulullah SAW bertanya: “Belum ada
lagi ke sarapan ya Humaira?” (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
‘Aisyah yang bererti ‘wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak
serba salah, “Belum ada apa-apa lagi ya Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata,
“Jika begitu aku puasa sajalah hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di
wajahnya.
2.5. Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah SAW akan menegur, “Mengapa
engkau memukul isterimu?” . Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
“Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku
pukul dia.” “Aku tidak bertanya alasanmu,”
sahut Rasulullah. “Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”.
2.6. Pernah Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap
isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya Rasulullah dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin
umat.
2.7. Pada suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Dilihat
oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai solat, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” “Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan
segar.” “Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuh tuan?. Kami yakin engkau sedang
sakit…” desak Umar penuh cemas. Akhirnya
Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan
rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menghasilkan bunyi-bunyi halus setiap
kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila
tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi
Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku
sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya. Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
akhirat kelak.”
2.8. Baginda pernah tanpa rasa kekok sedikit pun makan di sebelah
seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
2.9. Hanya diam dan bersabar bila kain yang melilit lehernya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang
dikencing oleh si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan
itu.
2.10. Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah SWT dan rasa kehambaan
yang sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa besar diri
dan sifat ketuanan.
2.11. Seolah-olah anugerah
kemuliaan dari Allah SWT langsung tidak
dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari orang lain, ketika di depan orang ramai
mahupun dalam ketika keseorangan.
2.12. Pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda. Namun
baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus
beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
2.13. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau
telah dijamin masuk syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?.”Jawab
baginda dengan lembut, “Ya ‘Aisyah,
bukankah aku ini hanyalah seorang hamba Allah?. Sesungguhnya aku ingin menjadi
hambaNya yang sentiasa bersyukur
kepadaNya.”
(Sebahagian petikan dari
blog peribadirasulullah.wordpress.com)
“Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan
akhirat di atasnya adalah orang yang bijak. Kawan yang jahat ialah orang yang
suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah. Barang siapa yang
terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina oleh Allah.” – Mutiara Kata
Imam Hassan Basri
No comments:
Post a Comment