GAMBARAN KEDUDUKAN TELAGA ZAM-ZAM DENGAN KAABAH |
1. Dalam Surah Al-Anbiyaa
[Para Nabi](21:30) Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”.
2. Allah menjelaskan bahawa air adalah punca segala kehidupan di
muka bumi. Sebaik-baik dan semulia-mulia
air itu ialah air zam-zam. Berkaitan air zam-zam ini Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
2.1. “Air
zam-zam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau
minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya.
Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan
kamu. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan
menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari
Allah SWT untuk Ismail”. (Hadis Riwayat Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari
Ibnu Abbas).
TELAGA ZAM-ZAM ZAMAN DAHULU |
2.2. Rasulullah bertanya kepada Abu Dzarr yang
telah tinggal selama 30 hari siang dan malam di sekitar Kaabah tanpa makan dan
minum, selain air zamzam. “Siapa yang
telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air zam-zam ini,
tapi saya boleh gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku.” Abu Dzarr
menjelaskan, “Saya juga tidak merasa letih atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi
kurus”. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan:
”Sesungguhnya, zamzam ini air yang sangat
diberkati, ia adalah makanan yang mengandung zat”. (Hadis Riwayat Muslim). Air zamzam sangat berkhasiat kerana ia
menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.
3. Air zam-zam juga dinamakan air ubat/penawar (Maun Syifa’):
Rasulullah SAW memberitahu air zam-zam memiliki pelbagai keistimewaan, iaitu:
3.1. Air yang membawa rahmat (maun rahmat);
3.2. Air yang membawa barakah (maun barakah);
3.3. Air yang membawa penyembuhan (maun syifa’);
3.4. Air yang membawa penawar bagi penyakit (maun
saqamun)
4. Oleh sebab itu, Rasulullah
SAW menyuruh orang yang hendak minum air zam-zam supaya berdoa seperti di bawah:
MATA AIR ZAM-ZAM |
5. Apakah maksud zam-zam: Zam-zam dalam bahasa Arab bererti “yang
banyak atau melimpah”. Adapun air zam-zam yang dimaksud oleh syari'at ialah air
yang berasal dari air mata zam-zam yang letaknya dekat dengan Kaabah, iaitu
sekitar 38 hasta sahaja. Dinamakan zam-zam sesuai dengan ertinya kerana memang
air dari air mata tersebut sangat banyak dan berlimpah luah. Tidak habis-habis
walau sudah diambil dan dibawa setiap hari ke seluruh pelusuk dunia oleh orang
Islam sejak ribuan tahun lalu. Nama lain bagi zam-zam ialah barrah (kebaikan),
madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian
Jibril), syifa` suqim (ubat penyakit), tha'amu tu'im (makanan), syarabul abrar
(minuman orang-orang baik), thayyibah (yang baik).
6. Dalam Al-Quran Allah SWT menyebut tentang air berpuluh kali
kerana mahu menarik perhatian manusia. Sesungguhnya air bukan benda yang mati. Ia menyimpan kekuatan dan daya penyembuh.
Islam adalah agama yang paling hampir dengan air kerana banyak membicarakan
tentang air. Contohnya solat wajib perlu ambil air wuduk 5 kali sehari. Sebelum
memulakan solat sunat juga perlu ambil wuduk. Selepas pergaulan suami isteri
wajib mandi junub. Selepas perempuan habis darah haid mesti mandi wajib. Mayat
juga wajib dimandikan (melainkan mati syahid). Tidak ada agama lain yang
menyuruh memandikan jenazah, malahan ada mayat yang dibakar.
7. Pada tanggal 10 November 2002, Pihak Pengurus Masjid dari Wisma
Telekom Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk
menyampaikan ceramah beliau. Di antara
bicaranya ialah mengenai air yang merupakan salah satu rahmat Allah
kepada manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa air dan manusia tidak boleh hidup
tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudiannya menceritakan pengalaman beliau
menghadiri salah satu seminar mengenai air yang diadakan di Hotel Istana yang
dihadiri oleh orang bukan Islam. Hanya Ustaz Abdullah dan seorang pensyarah
dari Universiti Malaya sahaja beragama Islam. Salah seorang pembentang dalam
seminar itu ialah seorang profesor pakar air dari Jepun. Beliau menunjukkan
hasil kajiannya mengenai air. Beberapa slide yang ditunjukkan kepada hadirin
adalah gambar sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut, mata air dan lain-lain). Dari slide
tersebut kelihatan perbagai rupa dan bentuk susunan molekul-molekul air. Ada
yang samar-sama berbentuk seolah-olah seperti jin yang tidak begitu jelas
dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya. Rupanya mengerikan dan
menakutkan. Profesor tersebut berkata banyak lagi sampel-sampel air yang lain
tapi rupa dan bentuk molekulnya hampir sama. Kemudian beliau menunjukkan satu bentuk susunan molekul air yang tersusun
cantik. Bentuknya seolah-olah berlian yang bersinar-sinar. Dari sinarnya ia mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.
Profesor tersebut bertanya: “Siapa yang tahu, sampel air apakah ini?” Hadirin terdiam.
Kemudian seorang pensyarah dari UM menjawab; “Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor meminta pensyarah tersebut menyatakan apakah sebab dia menjawab air
zam-zam. Kata pensyarah itu; “Kerana air zam-zam adalah air yang paling mulia di
dunia ini”.
8. Meskipun usianya sudah lebih dari 4,000 tahun (sejak zaman Nabi
Ibrahim), air zam-zam masih dapat diminum oleh seluruh umat manusia hingga
kini. Air zam-zam mengandungi pelbagai mineral dan zat yang diperlukan oleh
badan manusia. Mineral dan elemen-elemen itu jumlahnya amat menakjubkan, iaitu
hampir 2 ribu miligram per liter. Di antaranya ialah sodium (250 mg./per liter),
kalsium (200 mg./per liter), potassium (20 mg./per liter), magnesium (50 mg./per
liter) sulfur (372 mg./per liter), bicarbonate (366 mg./per liter), nitrat (273
mg./per liter), fosfat (0.25 mg./per liter), dan ammonia (6 mg./per liter).
9. Keajaiban Air Zam-Zam: Air zam-zam memiliki struktur molekul yang unik dan
kemampuan penyembuhan yang luar biasa. Walaupun setiap tahun ia diambil oleh jutaan
manusia dari seluruh dunia sumber air itu tidak pernah kering. Berapa banyakkah
air zam-zam yang di ambil oleh jemaah haji setiap kali musim haji?. Mari kita hitung
secara kasar. Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji berjumlah sekitar dua juta orang. Setiap jemaah haji diberi 10 liter air zam-zam
ketika pulang ke negara masing-masing. Kalau 2 juta orang membawa pulang
masing-masing 10 liter air zam-zam ia sudah berjumlah 20 juta liter. Katakan
selama di Mekah, jika setiap jemaah tinggal selama 25 hari dan setiap orang
meminum 1 liter sehari, maka jumlahnya ialah 50 juta liter!. Bayangkan betapa
banyak ia digunakan tetapi ia tidak pernah kering. Itulah keajaiban air
zam-zam. Puluhan juta liter air boleh keluar dari mata air di Mekah yang
letaknya di tengah padang pasir yang kering kontang. Mekah ialah kawasan gurun yang hujannya cuma 2 kali setahun. Air zam-zam itu pula
keluar dari kawasan mata air yang hanya berukuran sekitar 5 meter x 4 meter dengan kedalaman 40 meter sahaja. Sungguh menghairankan. Bukankah sudah layak air zam-zam ini menjadi salah satu perkara atau benda yang ajaib di dunia?.
10. Hasil penelitian contoh air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan
bahawa air zam-zam mengandungi zat florida yang memiliki keupayaan membunuh
kuman. Ia seperti sudah mengandungi ubat. Perbezaan air zam-zam jika
dibandingkan dengan air lain di kota
Mekah dan sekitarnya ialah kandungan kalsium dan garam magnesium. Kandungan
kedua mineral ini lebih banyak dalam air zam-zam. Mungkin inilah sebabnya air zam-zam
mampu menyegarkan jamaah haji yang
keletihan. Kajian di makmal Eropah mengesahkan bahawa air zam-zam layak dan
sihat untuk diminum.
11. Keistimewaan lain air zam-zam ialah komposisi dan rasa kandungan
garamnya stabil dan sama semenjak
terbentuknya air mata air zam-zam. Air zam-zam tak pernah dicampur sebarang
bahan kimia seperti air paip biasa. Satu kehebatan lagi ialah mata air zam-zam tidak pernah ditumbuhi
lumut sedangkan di seluruh dunia air mata sumber air selalu ditumbuhi lumut dan
tumbuhan mikro organisme.
DR.MASARU EMOTO |
12. Hasil penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepun membuktikan bahawa air zam-zam memiliki struktur unik dan kemampuan penyembuhan penyakit yang luar
biasa. Dalam bukunya
bertajuk “The True Power of Water” yang laris dijual di Jepun dan Amerika
Syarikat, ada kenyataan menyebut air zam-zam memiliki kekuatan penyembuhan yang
luar biasa. Masaru Emoto lahir di Yokohama pada 22 Julai 1943 dan meninggal dunia pada 17
Oktober 2014 ketika berumur 71 tahun. Beliau ialah seorang penulis, pengkaji
dan usahawan. Beliau merumuskan bahawa interaksi manusia mempunyai kesan kepada
molekul air. Baginya air boleh bertindak balas kepada pemikiran dan ucapan yang
positif dan air yang kotor boleh dibersihkan melalui cara berdoa serta
pemikiran yang positif. Baginya air
memiliki sifat sensitif dan reaktif. Jika dibacakan padanya kata-kata yang
baik, air akan bereaksi positif. Sebaliknya jika dibacakan kata-kata yang
buruk, air akan bereaksi negatif sesuai dengan makna kata-kata tersebut. Keunikan
air digambarkan oleh beliau sebagai sebuah kristal yang berstruktur indah
hexogonal (segi enam) ataupun seperti kristal pecah yang berselerak bergantung
kepada ucapan yang diucapkan kepada air.
DR.KNUT PFEIFFER |
13. Seorang lagi pengkaji air zam-zam ialah Dr. Knut
Pfeiffer, M.D. yang berasal dari Jerman. Dalam tahun 1975 beliau menamatkan
pengajian dalam bidang kedoktoran. Kepakaran beliau ialah dalam bidang Gastroenterology, Cardiology, Pulsed
Signal Therapy. Satu temu bual dengan beliau telah diadakan di
Arab Saudi. Beliau menyatakan kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk
menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu timbul apabila dia menerima
sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji.
Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang
reponden. Dia membandingkan air di
Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu bahawa air di Munich adalah
paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya
memang sempurna tetapi dari segi tenaganya tidak sempurna. Katanya walaupun melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke
Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan
mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah
hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air
tersebut. Di dalam temu bual itu Dr.
Knut menjelaskan, air zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak
berbanding air minuman biasa,
VIDEO Dr. Knut Pfeiffer berbicara tentang air zam zam
VIDEO Dr. Knut Pfeiffer berbicara tentang air zam zam
14. Ujian sel badan ke atas orang yang diberi minum air zam-zam
menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan
menyukai air zam-zam. Jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka
tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat. Ia umpama seperti menerima ciuman dari orang yang kita
suka dan cinta. Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila
lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memberikan ciuman itu,
ia penuh bermakna. Begitulah juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam ada rasa
cinta. Kalau sel itu boleh bercakap mungkin ia akan berkata, “Wow! Aku menyukainya.”
15. Bagi beliau air zam-zam adalah pemberi tenaga yang paling hebat
dan boleh membuatkan peminumnya sihat. Jika ada peluang minum air zam-zam setiap
hari seseorang itu akan menjadi lebih sihat kerana ia adalah terapi semula
jadi. Dimasa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan
kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam
bukan sekadar mengenyangkan, menambahkan tenaga tetapi juga sebagai penawar
segala penyakit.
16. Sesungguhnya orang Islam di seluruh dunia memiliki suatu
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Air zam-zam adalah anugerah
khas Allah SWT kepada hambanya yang beragama Islam. Air zam-zam bukan hanya
sekadar air minuman bahkan air untuk mengubati penyakit. Masyaallah.
“Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan
buah.” = Mutaira Kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq
No comments:
Post a Comment