1. Dalam surah Al-Baqarah [Lembu Betina](2:153), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
2. Abu Hurairah r.a. berkata, “Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
‘Bagaimana pendapat kamu, jika di depan rumah salah seorang dari kamu terdapat
sebuah sungai yang mengalir dan dia mandi di dalamnya lima kali sehari, apakah
akan tersisa kotoran di tubuhnya?’ Mereka menjawab, ‘Tidak akan tersisa
kotoran di tubuhnya sedikitpun.’ Rasulullah SAW bersabda lagi; ‘Begitulah perumpamaan solat lima waktu,
dengannya Allah akan mengampuni dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,
Tirmidzi dan Nasai).
3. Sebagai seorang Islam, kewajipan utama kepada Allah SWT ialah
mendirikan solat lima waktu. Ia
merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Hukum mengerjakan solat adalah
wajib. Adalah berdosa dan haram jika meninggalkannya. Solat adalah tiang
agama. Sesiapa yang mendirikan solat
maka dia telah mendirikan agamanya.
Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat dia telah meruntuhkan
agamanya. Solat adalah amalan di dunia yang pertama sekali akan dihisab oleh
Allah di Padang Mahsyar nanti. Jika
sempurna solat maka sempurnalah juga amalan-amalan yang lainnya. Begitulah pentingnya solat disisi Allah SWT.
4. Ramai dari kalangan orang Islam yang bersolat lima waktu sehari
kerana ia adalah perintah dari Allah semata-mata tanpa dapat melihat dan
menilai kebaikan dan kelebihan solat dari
sudut kesihatan untuk tubuh badan, mental, bahkan baik untuk keseimbangan
spiritual dan emosional. Malah kebaikannya telah dapat diperolehi seawal dari mengambil air wuduk lagi. Ia telah pun
dibuktikan secara akademik oleh beberapa orang pengkaji. Malah ada antara mereka yang bukan beragama
Islam. Apakah kelebihan dan kebaikan
itu:
4.1.
AIR WUDUK SEBAGAI TERAPI PENYAKIT KANSER KULIT
4.1.1.
Berbagai kajian yang dilakukan tentang penyakit
kanser kulit telah merumuskan bahawa sebahagian besarnya berpunca dari kulit
yang banyak terdedah kepada udara, debu dan menyerap bahan kimia. Kaedah
mencegahnya yang terbaik ialah dengan
membersihkan kulit dengan berulang kali.
4.1.2.
Fungsi kulit manusia ditentukan oleh pH (potential Hidrogen), iaitu kadar
alkali dan kelembabannya. Bersuci atau berwuduk
merupakan salah satu kaedah menjaga kestabilan tersebut khususnya
kelembapan kulit. Jika kulit kerap kering ia mudah mendapat jangkitan kuman.
4.1.3.
Dengan berwuduk bererti terjadinya proses peremajaan dan pencucian kulit,
selaput lendir, dan juga lubang-lubang tubuh yang berhubungan dengan dunia luar
(kulit, rongga mulut, hidung, telinga). Seperti kita ketahui kulit merupakan
tempat berkembangnya banyak kuman seperti Staphylococcus
epidermis, Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, Mycobacterium sp
(penyakit TBC kulit). Sebab itulah seseorang
doktor bedah diwajibkan membasuh kedua belah tangan setiap kali melakukan pembedahan
sebagai proses sterilisasi dari kuman. Kaedah ini baru diperkenalkan pada abad
ke 20 sedangkan umat Islam sudah membudayakanya lebih dari 1,400 tahun lalu.
4.2.
MANFAAT ISTINSYAQ
4.2.1. Istinsyaq adalah membersihkan lubang
hidung dengan cara menyedut air ke lubang hidung lalu menyemburkannya semula
ketika mengambil wuduk untuk solat. Sekumpulan pengkaji dari Fakulti Kedoktoran
di Iskandariah Mesir telah bekerja sama dengan kumpulan pengkaji kesihatan dan
ubat-ubatan melakukan penelitian untuk mencari hubungan antara ilmu pengetahuan
dan amalan berwuduk. Ditemuai bahawa hidung bahagian dalam yang tidak dibasuh
umumnya berwarna pucat, berminyak, penuh debu dan kotoran. Bulu hidung pula
berdebu dan kotor. Pada hidung yang kotor ini ditemui mikroba dan bakteria. Perlu
diketahui bahawa penyakit banyak
tersebar melalui pernafasan seperti influenza, radang paru-paru, kelumpuhan dan
penyakit lainnya. Oleh itu amalan
istinsyaaq boleh menjadi penyelesai dan terapi terbaik kerana ia
dilakukan berulang kali ketika mahu
mengerjakan solat.
4.3. MELANCARKAN SISTEM PEREDARAN DARAH DAN TERAPI
PENYAKIT JANTUNG
4.3.1.
Hasil dari penelitian dalam bidang perubatan mendapati bahawa banyak kes-kes
tersumbatnya perederan darah berlaku dikalangan orang bukan Islam.
4.3.2. Dikalangan orang Islam yang bersolat
mereka kurang mengalami masalah ini. Ini
kerana pergerakan rukuk dan sujud yang agak lama tatkala solat mampu
menstabilkan denyutan jantung kita.
Hasilnya peredaran darah berjalan dengan lancar dan dapat meminimakan
penyakit tekanan darah tinggi. Pengulangan sujud dalam solat setiap hari minima
dilakukan sebanyak 34 kali. Bilangan tersebut dianggap bilangan yang mencukupi
bagi meningkatkan aktiviti otot dan saraf tubuh badan serta untuk menjaga
keseimbangan antara sendi, khususnya sendi tangan, paha, lutut dan kaki. Semasa
kedudukan sujudlah kepala kita yang mengandungi otak berada lebih rendah dari
kedudukan jantung. Ini membolehkan darah yang dipam oleh jantung turun
sepenuhnya ke otak dan menjadikan otak mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
4.4. SENAMAN
BADAN YANG TERBAIK
4.4.1. Beberapa tahun kebelakangan ini
tersebar penyakit desk di kalangan penduduk Perancis dengan kadar 18 dari 20 orang kerana duduk dalam waktu
yang lama di dalam perpustakaan. Yang menariknya, para doktor yang
menganalisisnya mencadangkan dan menyimpulkan bahawa solat dalam agama Islam
adalah penyelesaian terbaik untuk terapi
penyakit desk. Mengapa jadi demikian?. Jawabnya ialah dengan amalan melakukan
solat setiap waktunya termasuk solat malam, ia mampu merubah pada pergerakan otot.
Justeru ia berupaya membangkitkan semangat baru pada tubuh badan, mengikis
lemak di sekitar perut dan paha serta melambatkan kesan-kesan penuaan pada
badan.
4.4.2. Manfaat dari pergerakan dalam solat
adalah lebih baik dari yoga. Namun setakat ini belum ada universiti yang berani
mengembangkan teknik gerakan solat ini secara ilmiah.
4.5.
MENGURANGI KEKHUATIRAN DALAM DIRI
4.5.1.
Beberapa kajian psikologi moden menemui bahawa semua motivasi dan daya rasa manusia
sangat berkait dengan perubahan zat kimia dalam otak. Meningkatnya adrenalin dalam tubuh badan seseorang
selari dengan peningkatan kekhuatiran dalam diri seseorang. Akhirnya ia akan
meningkatkan denyutan jantung akibat tekanan darah ke jantung. Akibatnya saraf
jadi jauh dari sistem pencernaan sehingga prosesnya terganggu. Kadar gula pada
hati semakin bertambah dan kadarnya meningkat dalam aliran darah.
4.5.2. Dalam surat khabar London West disebutkan
bahawa selama 10 tahun pengkaji dari Eropah membuat
penelitian dan kajian perbandingan antara mereka yang selalu melakukan ritual ibadah
dengan mereka yang tidak pernah sama sekali melakukannya. Kesimpulan yang mereka perolehi
adalah bahawa peratus penderita penyakit tekanan darah tinggi, penyakit
jantung, kemurungan dan stress tidak
begitu banyak menyerang orang yang konsisten dengan ritual ibadah mereka.
4.5.3.
Dengan solat yang khusyuk ia boleh menghilangkan kekhuatiran dalam diri. Maka benarlah apa yang
disabdakan Rasulullah SAW; “Istirahatkanlah diri kamu dengan solat wahai
Bilal”. Demikianlah ajakan Rasulullah SAW agar Bilal mengumandangkan azan supaya
beliau dan para sahabat dapat melakukan solat untuk bermunajat dan menenangkan
hati kepada Allah SWT.
6. Dr. Charles-Marie-Gustave Le
Bon lahir pada 7 May 1841 di Nogent-le-Rotrou Peranchis dan meninggal dunia di Marnes-la-Coquette
Peranchis pada 13 Disember 1931 ketika berumur 90 tahun. Beliau ialah ahli psikologi sosial, sosiologis, dan antropologis Peranchis. Beliau
pernah mengatakan bahawa Islam
merupakan agama yang paling sepadan dengan penemuan-penemuan ilmiah.
CERAMAH USTAZ ISMAIL KAMUS - "PERBETULKAN SOLAT ANDA"
"Setiap orang di dunia ini adalah seperti seorang tetamu dan hartanya adalah pinjaman. Tetamu ini pasti akan pergi samada cepat atau lambat dan pinjaman itu haruslah dikembalikan kepada tuannya". ~ Mutiara Kata Ibnu Mas’ud
No comments:
Post a Comment