SIMON PAUL COLLIS |
1. Simon Paul Collis dilahirkan di England pada 23.2.1956. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah King Edward VII, Sheffield dari tahun 1967 hingga 1973 dan kemudiannya meneruskan pengajiannya di Christ’s College, Cambridge.
2. Selepas tamat pengajian, Simon Paul memulakan kerjayanya dalam bidang diplomatik. Pada peringkat awal beliau
berusaha untuk belajar dan menguasai Bahasa Arab. Dalam bidang diplomatik beliau banyak
menghabiskan masa dalam tugasnya di Negara Timur Tengah dan Asia Selatan. Perjalanan
karier beliau dalam bidang diplomatik ialah seperti berikut:
1981 – 1984 Bahrain,
Second Secretary
1984 – 1986 FCO,
Middle East Spokesman, News Department
1986 UKMis New
York, Temporary Duty
1987 – 1988 FCO,
Head of India Section, South Asia Department
1988 – 1990 Tunisia,
Deputy Head of Mission
1990 – 1991 FCO,
Gulf War Emergency Unit
1991 – 1994 New
Delhi India, First Secretary
1994
– 1996 FCO, Deputy Head, Near East & North Africa Department
1996 – 1999 Amman Jordan, Deputy Head of Mission
1999 – 2000 Secondment
to BP
2000 – 2004 Dubai United Arab Emiriah, Consul General
2004 – 2005 Basra Iraq ,
Consul General
2005 – 2007 Doha Qatar,
Her Majesty’s Ambassador
2007 – 2012 Damascus Syria,
Her Majesty’s Ambassador
2012 – 2014 Baghdad Iraq,
Her Majesty’s Ambassador
3.2.2015 Riyadh Saudi Arabia, Her
Majesty’s Ambassador
till now
BERPAKAIAN IHRAM SEMASA MENUNAIKAN HAJI |
3. Perkhidmatannya yang lama di negara-negara Arab menjadikan diri beliau amat dekat dengan masyarakat Islam amnya dan agama Islam khasnya. Simon Paul Collis telah memeluk Islam tidak lama sebelum berkahwin dengan wanita Syria bernama Huda
Mujarkech. Mereka telah dikurniakan 5 orang anak. Dalam tahun ini, 2016 Collis
dan isterinya Huda telah menunaikan ibadat haji di Mekah dan menjadi diplomat
Britain pertama yang menunaikan haji.
4. Alhamdulillah, Subhanallah. Sesungguhnya cahaya Islam itu akan
tetap bersinar di mana jua. Sinarnya
pasti menembusi jiwa nurani seseorang yang mendapat petunjuk Allah. Seorang
lagi pegawai tinggi Britain yang mendapat hidayah Allah dan menganut Islam.
Jika telah datangnya hidayah maka tidak akan ada manusia yang mampu
menghalangnya. Sesungguhnya manusia tidak berkuasa untuk memberi hidayah kepada
manusia lain. Yang berkuasa hanyalah
Allah SWT. Allah SWT telah berfirman
dalam surah-surah berikut:
“Sesungguhnya
kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi
Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.
{Petikan dari Surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56)}.
“Barang siapa yang Allah menghendaki akan
memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk
agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya
Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit.
Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman”.
{Petikan dari Surah Al-An’am[Binatang
Ternakan](6:125)}.
“Niat adalah ukuran
dalam menilai benarnya suatu perbuatan. Oleh kerana itu, ketika niatnya benar,
maka perbuatan itu juga benar tetapi jika niatnya salah maka perbuatan itu juga
salah.” ~ Mutaira Kata Imam Nawawi Rahimahullah
No comments:
Post a Comment