“Dan
tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam”. {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.
1. Sesungguhnya hanyalah Allah SWT sahaja yang maha
mengetahui akan sesuatu yang dirancangkanNya. Namun dikalangan kita manusia
pastinya timbul juga tanda tanya kenapakah Nabi Muhammad SAW yang merupakan
nabi terakhir di utus di tanah Arab yang gersang. Di kalangan para ulama juga
mereka cuba untuk mencari jawapannya. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid dalam Fiqh
as-Sirah menyebutkan di antara sebab diutusnya para nabi/rasul, khususnya Nabi
Muhammad di tanah/jazirah Arab adalah kerana faktor-faktor berikut:
1.1. Jazirah
Arab adalah tanah yang merdeka:
Jazirah
Arab adalah tanah merdeka yang tidak memiliki penguasa. Tidak ada penguasa atau
kuasa besar yang menguasai politik dan agama secara mutlak di daerah tersebut.
Berbeza halnya dengan wilayah atau kawasan lain. Ada yang dikuasai oleh
Kerajaan Parsi, Romawi dan kerajaan-kerajaan yang lain.
PERHATIKAN KEDUDUKAN MEKAH. IA BERADA DITENGAH DUNIA |
1.2. Kedudukan
geografi: Jazirah Arab terletak di tengah dunia:
Jazirah
arab dikenali oleh Barat sebagai Timur Tengah (Middle East). Dari segi sejarahnya, penghuni dunia Arab sudah biasa
berhubungan dengan penduduk dunia yang lainnya. Justeru ia memudahkan penyampaian
dakwah Islam ke serata penjuru dunia. Sebagai buktinya dalam masa yang agak
singkat, Islam sudah melebar ke pelbagai penjuru dunia, samada ke Eropah atau
Amerika.
1.3. Bahasa
komunikasi mereka hanya Bahasa Arab:
Jazirah
Arab yang terbentang luas itu hanya memiliki satu bahasa untuk mereka
berkomunikasi sesama mereka, iaitu Bahasa Arab. Di wilayah-wilayah lain dunia
memiliki banyak bahasa. Dikatakan ketika itu, di India saja sudah ada 15 bahasa
rasmi (as-Sirah an-Nabawiyah oleh Abu al-Hasan an-Nadawi, Cet. Jeddah: Dar
asy-Syuruq. Hal: 22).
Dapatkah
dibayangkan sekiranya nabi diutuskan di Indonesia. Masing-masing daerah memiliki
bahasa yang berlainan, bahkan sampai ratusan bahasa. Komunikasi akan terhalang
dan dakwah sangat lambat tersebar kerana halangan bahasa.
1.4. Mekah
sudah menjadi pusat kunjungan manusia:
Kota Mekah
telah menjadi tempat istimewa sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.
Oleh kerana itu, banyak utusan dari wilayah Arab lainnya datang ke sana.
Demikian juga jamaah haji, pedagang, para ahli syair dan sastrawan. Keadaan ini
memudahkan untuk urusan penyebaran risalah kenabian. Mereka datang ke Mekah dan
membawa pulang berita risalah kerasulan ke kampung mereka masing-masing.
1.5. Memiliki
agama dan kepercayaan yang pelbagai.
Sebelum
kedatangan Islam, penduduk jazirah Arab ialah orang-orang pagan penyembah berhala. Namun
berhala mereka berbeda-beda. Ada yang menyembah matahari. Ada yang menyembah
bintang-bintang. Paling ramai ialah menyembah patung(berhala). Patung yang
mereka sembah pun bermacam ragam. Setiap daerah memiliki patung-patung tertentu.
Di antara mereka juga terdapat
orang-orang Yahudi dan Nasrani. Dan sedikit sahaja yang masih berpegang kepada ajaran
Nabi Ibrahim yang murni.
1.6. Bangsa
arab terkenal dengan jiwa fanatik kesukuan (assobiyah):
Orang
Arab hidup dalam semangat kesukuan dan kepuakan yang sangat kuat. Pemimpin
masyarakat adalah kepala kabilah. Mereka menjadikan keluarga sendiri untuk
memimpin suatu kabilah tertentu. Ini terbukti tatkala Rasulullah memulakan
kerja dakwahnya. Keturunan Bani Hasyim memberi kekuatan kepada baginda dalam menjaga
dan melindungi beliau untuk berdakwah. Inilah yang berlaku apabila orang-orang
Quraisy Mekah menganggu Rasulullah maka bapa saudara beliau, Abu Thalib yang
membelanya walaupun beliau tidak memeluk Islam. Hal seperti ini dikatakan dirasai
juga oleh sebahagian orang yang memeluk Islam. Keluarga mereka tetap membela
mereka.
1.7. Jauh
dari peradaban besar:
Positifkah
nilai jika ia jauh dari peradaban besar?. Jawabnya ya. Ini kerana pemikiran penduduknya belum dipengaruhi
oleh cara pemikiran puak yang lain yang
lebih maju masa itu. Orang-orang Arab yang tinggal di Jazirah Arab atau khususnya
tinggal di Mekah tidak terpengaruh oleh cara pemikiran orang luar tanah Arab.
Mereka jauh dari ideologi dan peradaban Majusi Parsi dan Nasrani Romawi. Malah
keyakinan paganisma juga jauh dari mereka. Jauhnya pengaruh luar ini menjadikan
mereka lebih jujur dan lebih adil menilai kebenaran wahyu Allah.
1.8. Faktor
keadaan fizikal penduduknya:
1.8.1. Ibnu Khaldun membahagi bumi ini kepada
tujuh bahagian. Bahagian yang paling jauh ialah kutub utara dan selatan. Inilah
bahagian yang beliau sebut dengan bahagian satu dan tujuh. Kemudian dia
menyebut bahagian dua dan enam. Kemudian bahagian tiga dan lima. Kemudian
menjelaskan bahagian keempat sebagai pusatnya. Dia namakan bahagian tersebut
dengan nama “wa sakanaha (Arab: وسكانها).
1.8.2.
Penduduk Arab pada umumnya terdiri dari orang-orang yang memiliki bentuk
fizikal yang seimbang, iaitu tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalau pendek. Tidak pula terlalu besar dan tidak terlalu
kecil. Demikian juga warna kulitnya yang tidak terlalu putih atau terlalu hitam.
Para nabi dan rasul akan diutus kepada orang-orang yang sempurna keadaan fizikalnya.
1.8.3.
Allah SWT tentunya lebih mengetahui dan bijaksana dari hanya sekadar menilai
keadaan fizikal manusia. Allah lengkapkan orang-orang Arab yang ada di Jazirah
Arab dengan perangai yang istimewa. Perkara ini boleh kita temui dalam buku-buku
sejarah yang mengesahkan tentang kelakauan dan perangai bangsa Arab sebelum
kedatangan Islam. Mereka dikatakan jujur, kuat semangat dan dermawan.
2. Itulah antara sebab-sebab atau faktor yang dapat dikongsikan
bersama untuk pengetahuan umum. Semoga
kita memperolehi manfaat darinya. Wallahuaklam.
Di rumah Allah
kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut
pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan
dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan
dasar-dasar Allah. = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dipetik dari
mushahidah.blogspot.my
No comments:
Post a Comment