1. Dalam Surah Al-Israq[Memperjalankan
Waktu Malam](17:36), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
"Dan
janganlah engkau mengikut apa yang tidak engkau mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".
Video Bacaan Surah Al-Israq oleh Sheikh Saad Al-Ghamdi
2. Selain dari surah di atas, surah-surah lain Allah menyebut tentang pendengaran dan penglihatan ialah: Surah Al-An’am[Binatang
Ternakan] (6:46), Fussilat[Yang Dijelaskan](41:22), Al-Mukminun[Golongan Orang Beriman] (23:78), Al-Mulk[Kerajaan](67:23), As-Sajdah[Sujud](32:9), Al-Ahqaf[Bukit-Bukit Pasir](46:26), An-Nahl[Lebah](16:78). Dalam bahasa Arab, pendengaran disebut As-Sam’an dan penglihatan disebut Al-Bashor. Ketika Allah menyebut dua perkataan
ini dalam satu firmanNya, Allah akan mendahulukan kata As-Sam’an sebelum Al-Bashor.
3. Perkara kedua dalam firman-firman Allah ini, Dia akan menyebut As-Sam’an (pendengaran) dengan bentuk mufrad
(satu atau tunggal), dan Al-Bahsor
(penglihatan) dalam bentuk jama’ (banyak), kecuali dalam Surah Al-Isra’[Memperjalankan Waktu Malam](17:36). Apakah rahsia disebalik dua perkara ini?.
4. Kajian telah membuktikan bahawa pendengaran janin dalam
kandungan ibu lebih dahulu berfungsi daripada penglihatan sedangkan untuk dapat melihat
sekelilingnya bayi dalam kandungan memerlukan tempoh masa yang lebih lama. Mengapa
pendengaran selalu disebut dalam bentuk mufrad dan penglihatan dalam bentuk jamak?. Jawapannya ialah kerana pendengaran hanya
boleh fokus kepada satu perkara sahaja manakala penglihatan pula boleh memfokus
banyak objek dalam satu waktu. Pendengaran adalah pancaindera yang tidak pernah
berehat. Ia selalu bekerja walaupun dalam kegelapan malam.
5. Deria penglihatan boleh dikawal oleh manusia kerana kita boleh
memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Manusia dapat memejamkan matanya dari
memandang perkara yang dia tidak suka. Tetapi manusia sukar melakukan perkara
yang sama dengan deria pendengaran. Pendengaran tidak mampu dielakkan melainkan
jika kita menutup telinga. Namun ia
jarang dilakukan manusia.
6. Allah menyebutkan pendengaran dahulu berbanding penglihatan
kerana Allah ingin memberitahu bahawa pendengaran manusia terbentuk lebih
dahulu berbanding dengan penglihatan.
Selain dari itu, ia juga memberikan gambaran bahawa pendengaran adalah
pancaindera yang lebih penting berbanding pancaindera lain. Pendengaran akan
tetap berfungi dalam apa jua keadaan pun. Malah ketika kita sedang tidur pun
pendengaran tetap berfungsi. Berbeza
dengan mata yang memerlukan cahaya baru ia dapat berfungsi. Sama ada gelap atau
terang, siang atau malam, pendengaran manusia akan tetap sama fungsinya.
CAROLYN GRANIER-DEFERRE |
7. Apakah pula fakta hasil dari kajian saintifik tentang
pendengaran manusia. Fakta sains membuktikan bahawa telinga manusia menerima
frekuensi bunyi antara 20 Hz hingga 20,000 Hz. Ia adalah pancaindera yang telah
terbentuk dan berfungsi semenjak manusia dalam kandungan lagi. Ketika kandungan
berusia 34 minggu, bahagian dalam telinga yang dipanggil koklea sudah pun
berkembang dan pendengaran bayi akan menjadi sempurna. Hasil kajian yang
dilakukan oleh seorang saintis Perancis bernama Carolyn Granier-Deferre, beliau
mendapati pembentukan janin di dalam kandungan boleh dipengaruhi oleh bunyi muzik
atau apa-apa bunyian. Menurutnya, bunyi muzik yang lembut akan menimbulkan suasana
selesa dan tenang kepada janin. Ketenangan itu akan terbawa-bawa sehingga
mereka lahir ke dunia. Berdasarkan kajiannya terhadap 5 orang ibu hamil di
antara 35 hingga 37 minggu, Granier mendapati bayi sudah mampu mengingati
bunyi-bunyian yang mereka dengari sejak di dalam rahim ibu lagi.
8. Dalam eksperimen tersebut, janin di dalam kandungan akan
diperdengarkan dengan muzik yang bernada rendah sebanyak dua kali sehari
sehinggalah mereka dilahirkan. Ketika usia bayi itu sebulan, muzik itu akan
diperdengarkan semula ketika mereka tidur. Ketika ini, degupan jantung bayi
akan berubah menjadi perlahan. Ini menunjukkan mereka berada dalam keadaan
selesa. Bagaimanapun, apabila diperdengarkan dengan muzik yang tidak pernah
didengari, degupan jantung bayi turut berubah tetapi tidak begitu ketara. Hasil
kajian ini membuktikan bahawa pendengaran manusia berfungsi dengan baik sejak
di dalam kandungan lagi, berbanding deria lain yang hanya berfungsi secara berperingkat
selepas kelahiran.
9. Islam mengajar penganutnya supaya mengumandangkan azan dan
iqamat kepada bayi yang baru dilahirkan. Malah, kita turut diajarkan untuk
memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran kepada bayi di dalam kandungan. Mengapa?. Ini
kerana pendengaran seorang bayi telahpun berfungsi semasa dalam kandungan lagi.
“Tapak kaki kita
kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah
keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit sahaja sudah
berdarah. Demikian jugalah dengan hati manusia, kalau ia sudah keras maka tidak
terasa lagi bersalah walaupun berbuat dosa”. = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment