"Mereka
didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka
berada dalam alam barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan
kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam
azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!." {Petikan
dari Surah Ghafir [Yang Maha
Pengampun](40:46)}.
لَوْلَا أَنْ لَا تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُسْمِعَكُمْ من عَذَابَ الْقَبْرِ ما أسمعني
“Seandainya
kamu tidak akan saling menguburkan, tentulah aku akan berdoa kepada Allah agar
memperdengarkan kepada kamu seksa kubur yang aku dengar.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad dari sahabat Anas bin Malik radhilallahu’anhu).
1. Sesungguhnya azab sakratul maut itu benar, azab kubur itu benar
dan hadirnya malaikat nukar dan nakir dalam kubur adalah benar. Kubur sedang
menanti untuk menjadi rumah kediaman kita yang seterusnya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dari
tanah manusia dijadikan dan kepada tanahlah juga kita akan dikembalikan.
2. Bila berjalan di atas muka bumi, janganlah kita bongkak dan
sombong. Jangan angkat kepala ke atas.
Sentiasalah tunduk kepala ke bawah untuk melihat rumah kita selepas ini.
Betapa pun kaya dan berkuasa kita di dunia, tanahlah juga kesudahannya menjadi
teman kita. Semasa hidup kita merasa jijik dengan tanah dan menganggapnya
kotor. Tanpa kita sedari itulah rumah kita
satu hari nanti.
3. Sama-sama kita hayati amaran dan peringatan dari tanah (kubur)
kepada manusia:
3.1. Engkau ketawa di atas belakangku, engkau akan
menangis di dalam perutku.
3.2. Engkau bergembira di atas belakangku, engkau
akan bersedih di dalam perutku.
3.3. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,
engkau akan menyesal di dalam perutku.
3.4. Engkau memakan yang haram di atas belakangku,
engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku.
3.5. Engkau berlari-lari di atas belakangku, sedangkan
tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
3.6. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,
engkau akan diseksa di dalam perutku.
3.7. Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas
belakangku, engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.
3.8. Engkau sombong di atas belakangku, engkau
akan menjadi hina di dalam perutku.
3.9. Engkau berjalan dalam keadaan gembira di atas
belakangku, engkau akan berdukacita di dalam perutku.
3.10. Engkau berjalan di khalayak ramai di atas
belakangku, engkau akan bersendirian di dalam perutku.
4. Kita munasabahlah diri kita masing-masing. Apakah
kelemahan dan kekurangan diri yang boleh
diperbaiki. Perbaikilah sementara roh masih dikandung badan. Buatlah persediaan
dan persiapan terbaik sebelum menghuni alam kubur. Kematian itu sudah terlalu hampir dengan
kita. Sesungguhnya azab kubur itu amat menyakit dan menyeksakan.
"Dalam
perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana
Rasulullah SAW merupakan seorang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik),
demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah.
Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan
melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini.” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan
Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sebahagian kandungan dari
detikislam
No comments:
Post a Comment