Wednesday 18 May 2016

JEAN-CLAUDE VAN DAMME MENIRU GAYA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21)}

 

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.

JEAN-CLAUDE VAN DAMME
1.   Siapakah Jean-Claude Van Damme?. Beliau dilahirkan di Berchem-Sainte-Agathe, Brussels Belgium pada 18.10.1960 dan dinamakan Jean-Claude Camille François Van Varenberg. Anak kepada  Eliana dan Eugène Van Varenberg. Dalam bidang profesionnya beliau lebih dikenali dengan nama Jean-Claude Van Damme (JCVD).  Beliau ialah seorang pelakon filem, penulis skrin, penerbit filem dan juga pengarah filem berunsurkan seni mempertahankan diri (martial arts). Antara filem arahannya yang terkenal ialah  Bloodsport (1988), Kickboxer (1989), Lionheart (1990), Double Impact (1991), Universal Soldier (1992), Hard Target (1993), Street Fighter (1994), Timecop (1994), Sudden Death (1995), JCVD (2008) dan The Expendables 2 (2012).

2.   Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon Belgium yang terkenal dengan aksi-aksi lasaknya. Dengan bentuk tubuh badan yang sangat menarik ketika berusia 55 tahun, Van Damme mempunyai cara yang tidak diduga dalam menjaga kesihatan badannya. Tahukah kita bahawa Van Damme mengaku mengikuti cara hidup yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW.

3.   Dalam satu sesi temu bual dengan wartawan, Van Damme telah ditanya mengenai cara pemakanan yang sihat. Beliau  menjawab bahawa beliau mengikuti cara makan seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Islam. "Bacalah. Penemuan-penemuan daripada Muslim, banyak perkara baik (di situ). Nabi Muhammad sangat bijak," kata Van Damme dengan cermat.

4.   Van Damme menilai Rasulullah SAW sebagai seorang yang bijak kerana beliau dapat mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi tubuh badan manusia di masa hadapan. Seperti yang telah diketahui, Rasulullah telah memberi contoh gaya hidup yang mengelakkan makanan atau minuman yang mempunyai kesan tidak baik bagi kesihatan badan. Salah satunya ialah alkohol. "Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan mengenai tubuh badan manusia." tambah Van Damme.

5.   Tidak hanya sekadar mengikuti gaya hidup Rasullullah, Van Damme juga turut mengajak orang ramai mengikuti gaya hidup Rasulullah. Bagi Van Damme, semua yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh telah ada dalam ajaran mengenai cara makan sihat yang dicontohkan oleh Rasulullah. "Percayalah pada saya, kamu mendapatkan semua yang kamu perlukan di situ," tegas Van Damme.
                                 
                                          KLIK VIDEO FILEM LAKONAN VAN DAMME


"Kebangkitan Islam sekarang telah berlaku di seluruh dunia. Ia tidak boleh disekat, umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ia ditekan, semakin ia akan melantung naik... kuatkan hubungan dengan Allah, tahajjud jangan ditinggal, kalau boleh menangis, menangislah di hadapan Allah SWT.” ~ Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sebahagian kandungan dipetik dari detikislam.blogspot.

No comments:

Post a Comment